Setelah dua minggu bercuti tanpa jogging dan briskwalking, hari Ahad baru-baru ini kami meneruskan semula aktiviti maintain sihat cara orang pencen. Tempat jogging paling selesa haruslah di Taman Tasik KLCC. Tak sangka pulak pengunjung sangat ramai dan meriah dengan aktiviti senamrobik dan senaman dalam kumpulan di beberapa 'port' yang strategik. Dan makcik pun ambik peluang berjogging santai sambil menikmati cuaca damai diwaktu pagi sambil merakam kenangan sepanjang jalan.
Tasik yang tenang. |
Kolam mandi kanak-kanak. |
Mercu tanda Negara tercinta. |
Sambil itu kita abadikan keindahan hiasan dalaman Suria KLCC sempena kedatangan (sambutan) Hari Krismas. Kita tidak meraikan hari perayaan agama lain, sekadar mengagumi kreativiti hiasan yang ada sahaja.
... mengimbau kenangan zaman single-mingle dahulu. |
Mudah-mudahan kita dijauhkan dari terjebak dengan perkara yang merosakan Iman dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah. Aamiin. 🌹
Sekian. 😊
No comments:
Post a Comment