Hujung minggu biasanya kami khaskan untuk keluar jogging dan aktiviti bersama keluarga. Seperti biasa lepas jogging kita akan pekena roti canai atau nasi lemak tanpa rasa bersalah. Seterusnya hubby akan buat planning makan-makan (lunch or dinner) dengan anak menantu dan cucu yang berkelapangan.
"Jom lunch kat Banglo Kita... malam kita dinner Nasi Berlauk Malam pulak. Ajaklah sapa yang free." Begitulah... alang-alang dah berjogging pagi tadi maka tidak salah untuk menggantikan kalori yang terbakar.
Dan kebetulan anak no-4 sahaja yang free untuk makan tengahari bersama dan sudi balik all the way dari Nilai, maka kita biar dia sahaja yang pegang stereng. Ummi ayah duduk diam-diam jadi big boss.
Kami makan tengahari di Restoran Banglo Kita yang terletak di Ampang. Katanya baru mula beroperasi pada bulan Oktober yang lepas. Ayuhlah kita mencuba menu yang disediakan.
|
Set nasi dan asam pedas daging tetel for makcik. |
|
Asam pedas daging tetel yang yummy. |
|
Penuh meja. |
|
Us only. |
|
Cantik jugak kawasannya. |
|
Kawasan parking masih under construction. |
Untuk makan malam, anak no-3 turut hadir bagi menambah bilangan ahli. Kami ke Warong Mek Esoh, Setapak Village menikmati menu nasi berlauk malam.
|
Nasi berlauk itik masak kerutub, ikan rebus dan ikan bilis goreng petai for makcik. |
|
Nasi berlauk ayam dan ikan gulai for hubby. |
|
Tok Ayah dengan cucu kesayangan.
|
|
Not a full house. |
|
One for the memory... depan warong. |
Usai makan kami tapau sebungkus nasi untuk anak no-2 yang sedang oncall di Hospital Wanita dan Kanak-kanak, HKL sambil bawa cucu nan seketoi bersuka ria di play area lobi hospital yang luas.
|
Sambil bertinggung pun boleh sembang. |
Alhamdulillah aktiviti keluarga hujung minggu ini berakhir hingga lewat malam. Walau penat, tetaplah kita bersyukur dengan kurniaan rezeki dari Allah yang maha Pengasih dan Penyayang. 🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment