Wednesday, 20 November 2024

Dinner @Pastribella

“Jom dinner Western…” Jarang hubby ajak makan pelik-pelik ni. Biasanya kalau ke mana-mana mesti cari makanan Melayu, Kelantan. Dan sebagai isteri mithali haruslah kita melompat hingga ke bintang, almaklum la makcik ni memang suka mencuba pelbagai menu. Kebetulan ada kedai (baru discover) berdekatan dengan perumahan kami, ayuhlah kita menjamu selera. Tidak dilupakan anak-anak penyejuk mata, kita ajaklah sesiapa yang free untuk memenuhkan meja.

Pastribella, Wangsa Melawati.

Pesto dan carbonara untuk anak menantu.

Pesto with baked chicken.

Carbonara udang for makcik.

One for the memory.

2/5 yang free and available.

Sungguh bagai dikata, bila anak-anak dah besar dan ada komitmen memasing, pepandailah depa bagi masa untuk ummi ayah. Alhamdulillah setakat ini mereka pandai membahagi masa bergilir-gilir untuk pulang ke pondok bonda. Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan kita semua. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Itu Ini With Gojezes Gombak

Selasa, 16hb Jun 2026 Selepas makan dan berkelah di Janda Baik, Gojezes KB84 Gombak meneruskan aktiviti fizikal pulak. Kali ini kita plan un...