Sunday, 30 June 2024

Pasang jaring hitam di pintu belakang.

Walaupun kawasan belakang dapur ni ditutup litup dengan wire mesh tapi saya masih merasakan orang boleh nampak dari luar. Awalnya saya gantung langsir terpakai tapi suasana menjadi agak gelap sebab langsir blackout. Hari ini kebetulan ada lebihan masa untuk menghilangkan rasa tidak enak itu maka saya selongkar stor tepi rumah mencari solusi. 

Sebelum.

Selepas.

Terdapat lebihan jaring hitam yang saya guna sebagai teduhan anak-anak pokok di laman sebelum ini. Semuanya masih elok dan boleh digunakan lagi. 

Jaring plastik, gunting dan pengikat.

Dan dengan kudrat yang ada saya panjat tangga dan ikat jaring plastik pada keliling frame pintu. Agak rumit kerjanya kerana terpaksa naik turun tangga dan betulkan pengikat pada frame pintu. Alhamdulillah berkat kesabaran, semua kerja siap dalam masa 30 minit. Mudah-mudahan aurat lebih terjaga dan kita sentiasa terpelihara dari pandangan yang tidak baik.  Amiin.🌹

Sekian.😊

Wednesday, 26 June 2024

Coffee @Tim’s Teapot

“Kul 2 ready nak keluar..." short and sweet sahaja ayatnya. 

Semalam hubby ajak teman potong rambut lepas tu nak cari kuih buat kudapan, kemudian nak basuh kereta, sambil tu nak mengopi. Dah alang-alang berdua-duaan katanya, moh ler kita sembang kedai kopi. Takkan la nak ajak teman sesaja. So, usai gunting rambut di Keramat, kami terus ke Tim’s Teaport Terrace, Melawati. Kami dah beberapa kali berkunjung ke sini sebelum ini. So suasana kedai ini agak familiar.

Kedai English style.

Hiasan dalaman yang cantik.

Beef lasagne for makcik & chicken pie for hubby.

Apa cerita di meja kopi hari ini?

Masa lalu di kawasan Keramat tadi, nampak banyak gerai menjual durian. Maka teringatlah ayahanda akan puteri bongsunya yang jauh di perantauan tanpa melupakan anak-menantu dan cucu yang lain. Maka sambil mengopi sambil menyembang dalam grup whatsapp famili. 

"Banyak tempat nak bawak Nina gi makan. Makan durian… balik cuti kat Kelantan… family staycation…bla, bla, bla…" begitulah hingga habis topik yang dibualkan.

Yang pasti, kesimpulannya, semua orang nak balik rumah dan berBBQ di pondok nenek. Bila? Kita tunggu dan lihat sebab biasanya apa-apa planning pun sentiasa tertakluk kepada perubahan. Biasanya saya jarang campur dalam apa-apa perancangan. Kekdahnya… Hangpa plan la apa yang patut, Ummi menurut sahaja. Saya hanya menikmati menu western yang sangat enak walaupun pada tekak hubby ianya sangat muak. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. Semoga Allah merahmati hidup kita di dunia hingga ke akhirat. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Tuesday, 25 June 2024

Sakit dada, tengkuk, belakang leher dan belikat

Sejak dua hari lepas saya mula rasa sakit di bahagian bawah payudara sebelah kiri. To be precised, sakitnya terasa bila ditekan pada bahagian tulang rangka (dada) paling bawah ke arah sebelah kiri dada. Nak kata ada benjolan pun tak pasti, merah pun tidak, luka pun tidak. Bila ditanya Pakcik Google, jawapan yang paling hampir adalah kemungkinan masalah jantung, pencernaan atau gastrik. Bila ditekan (urut) saya akan sendawa (keluar angin) dengan bahagianya. Namun sakitnya tetap terasa bila ditekan/sentuh. Dan untuk sementara ini saya cuba bertahan dahulu. 

Saya pernah mengalami sakit belikat dan melarat hingga ke bahu dan tengkuk serta belakang leher selama beberapa minggu bermula lebih kurang 3 tahun yang lepas. Saya tak pasti apa puncanya. Saya cuma bertahan sendiri dan bila terasa sakit yang amat sangat saya akan telan dua biji panadol untuk melegakan kesakitan. Alhamdulillah ada hubby dan anak-anak tolong urutkan pada bahagian yang sakit. Dan setiap kali diurut saya akan sendawa (keluar angin) yang banyak dan rasa lega. Dan sambil-sambil berehat saya akan cari info yang berkaitan dengan sakit belakang. Semua benda di hujung jari so kita google sahaja.

Alhamdulillah saya terjumpa perkongsian dalam fb sebijik tentang apa yang saya alami. Saya share di sini untuk kebaikan yang lain juga. Mudah-mudahan pahala berpanjang untuk penulis asal.

Ada juga tentang urutan reflexology. Saya cuba picit/urut kawasan pergelangan tangan dan juga kaki. Alhamdulillah, menjadi.

https://www.doctoroncall.com.my/soalan/sakit-tengkuk.

Selalu juga anak sulong saya belanja mengurut di Spa. Depa buat full body massage which is good, sangat relaxing tapi tidak hit di tempat yang saya sakit. Saya lebih suka anak-anak urut di rumah dan fokus di tempat yang sakit sahaja. Oleh kerana anak-anak dah jarang dapat pulang ke rumah dek kekangan tugas masing-masing maka saya terpaksa memilih cara yang lebih mudah. Alhamdulillah anak no-4 tolong belikan mini massage gun supaya Ummi boleh urut sendiri. 

Mesin urut mini.

Hingga kini saya tak pasti bagaimana saya mampu bertahan dengan sakit belikat yang sentiasa datang dan pergi itu. Yang pasti setiap kali kali menggunakan kekuatan tangan(belikat) untuk angkat berat seperti dukung cucu, belikat saya akan terasa sakit semula. Mungkin kerana tulang dan sendi sudah tua membawa penyakit tulang reput. Namun bila saya praktikkan penggunaan posture yang betul untuk beberapa hari, sakitnya akan berlalu pergi. So sekarang ini saya sudah mahir menjaga posture badan berdasarkan pengalaman sendiri. Kini, bila datang penyakit baru (di bahagian dada), saya terpaksa mulakan semula terapi diri secara cuba jaya. Mudah-mudahan tiada penyakit yang tiada ubatnya. Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua hingga ke akhirnya. Amiin.🌹

Sekian. 😊

Memori Jalan-jalan di Southampton 2024

Semalam, sambil berbaring (walaupun mata kurang mengantuk) saya mengenang semula detik-detik indah berjalan-jalan dengan hubby ketika bercuti di Southampton baru-baru ini. So many peaceful and happy times. Walau a bit chilly dengan angin dan kadang-kadang hujan, we enjoyed everyday. Berjalan laju, berlari mengejar bas sambil mengangkut barang-barang groceries were the moments worth cherished.

Dan setiap kali pergi ke Southampton hubby akan ajak saya berjalan-jalan di Portswood Primary School. Kali ini kami spent more times jalan-jalan pusing kawasan sekolah sambil mengimbau kenangan menghantar dan mengambil anak sulong yang baru masuk pre-school ketika itu. It was nearly 30 years ago, fasa kehidupan yang sangat sibuk dengan urusan keluarga dan anak-anak yang masih kecil. Masa yang saya ada hanya berkisar tentang menghantar dan mengambil anak sekolah, masak-memasak dan menguruskan rumah tangga sementara hubby sibuk dengan kerja-kerja PHDnya.

Padang depan sekolah.

Padang permainan tepi sekolah.

Portswood Primary School.

The entrance.


Selepas hampir 30 tahun, bangunan sekolah masih seperti dulu. Mungkin ada penambahbaikan di sana-sini tapi secara kasarnya bangunan sekolah itu masih tetap ku kenal.😁


Sekarang semua anak saya dah besar panjang dan ada kehidupan masing-masing. Anak sulong saya pun dah punya tiga anak. Cucu sulong saya pun sudah masuk darjah 1. Saya dan hubby pun dah kembali berdua. How time flies.😌 

Apa-apa pun, kita simpan kenangan itu kemas-kemas dan cherish yang indah-indah sahaja. Semoga Allah sentiasa perlihara kita semua. Amiin.🌹

{Boleh baca cerita jalan-jalan Southampton 2019 di sini dan Southampton 2015 di sini}.

Sekian.😊

Monday, 24 June 2024

Aidil Adha 2024 (1445H)

Aidil Adha tahun ini jatuh pada hari Isnin, 17hb Jun 2024. Oleh kerana tiada aktiviti balik kampung, saya hanya duduk di rumah sahaja menunggu anak menantu yang tinggal berdekatan untuk balik beraya. Anak sulong sekeluarga dah pulang ke kampung mentuanya di Terengganu. Sementara menunggu anak-menantu yang lain balik, saya siapkan bahan-bahan untuk juadah hari raya. Anak-menantu no-4 menjadi orang pertama yang balik dengan membawa juadah penuh meja habuan makan petang hingga malam. 

Hubby request nasi kerabu Kelantan untuk menu dipagi hari raya. So saya buat sahaja apa yang patut dalam ruang kapasiti yang terhad berdasarkan resepi yang saya belajar dari arwah mak mentua saya dahulu. Namun, juadah wajib pada setiap hari raya haruslah rendang daging. Anak no-3 akan bawak balik lemang sebagai makan malam keluarga di malam raya dan sambung lebihan di pagi raya.

Bersolat raya bersama anak no-2.

Kami bersolat raya di Masjid Ukay Perdana. Solat Aidil Adha bermula pada pukul 8:00 pagi. So pukul 7:30 pagi kami dah bersiap untuk ke Masjid. Kali ini jemaah wanita diarahkan bersolat di tingkat atas kerana semua ruang di bahagian bawah masjid digunakan oleh jemaah lelaki. So terpaksalah makcik panjat tangga naik ke tingkat atas. Jenuh jugak, sebab sebelum itu dah menapak naik tangga dari kawasan parkir bawah masjid. By the time bentang sejadah untuk solat Tahiyatul Masjid, makcik dah semput terok. Tapi kita terima (berkorban) sahaja sebagai ujian untuk kekalkan stamina. 


Done solat sunat Aidil Adha.

Seronok pulak hubby ber-we-fi sambil menapak turun tangga ke tempat parking kereta.

By tengahari anak no-3 balik selepas berpagi raya di rumah mentua. Suasana lebih meriah dengan kehadiran cucu nan seketoi. So kita abadikan kenangan Aidil Adha dengan anak-menantu yang ada tanpa melupakan yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati.

Missing anak sulong dan bongsu.

Nenek, Tok ayah dan cucu nan seketoi.

The proud Tok Ayah.

Dan seperti tahun-tahun sebelum ini, usai urusan pagi raya di rumah, hubby akan ajak keluar berjalan-jalan untuk sesi petang pulak. Kali ini kami ke The Curve, Damansara. Sambil nak cari handphone baru untuk Ummi katanya. So kita dengan rasa excited hingga ke langit ke tujuh mengikut sahaja apa-apa pilihan yang diberi. Sambil itu kita mengopi di Coffea Coffee, The Curve dan jalan-jalan cuci mata di K-Shop sebelum singgah solat Asar di surau yang disediakan dalam mall. Lepas tu sambung makan lagi. Kali ini kita early dinner di Restoran Congkak pulak. 

Ngopi @Coffea Coffee.

Early dinner @Congkak.

Alhamdulillah, done Aidil Adha untuk tahun 1445H. Walaupun dah sedia menjangka perjalanan hari raya untuk setiap tahun tetaplah kita looking forward dalam setiap perancangan. Yang penting, keakraban keluarga akan sentiasa dijaga hingga akhir usia. Semoga Allah berkati keluarga kecil ini sehingga keakhirnya. Amiin.🌹

Sekian.😊

Sunday, 23 June 2024

Pangkas Pokok Pinang Merah

Pokok pinang merah di halaman rindu ini sangat subur dan rajin beranak. Lama saya dok perati pokok yang makin serabut dipandang mata dan lama juga saya dok berkira-kira nak pangkas dan buang anak-anak yang rimbun membiak di sekeliling induknya. 

"Pokok pinang merah ni kena selalu trim, buang anak-anak... baru nampak cantik". Begitu pesanan Pakcik Aji, tuan punya nursery bunga tepi hiway MRR2 masa mula-mula saya beli anak pokok dahulu. Tapi biasa la, masa awal-awal dulu makcik memang rajin ke laman. Tapi bila dah sibuk walau tak pasti apa yang disibukkan, maka semuanya terbiar begitu sahaja.

Subur dengan anak-anak pokok.

Hari ini selepas balik jogging di KLCC dan badan terasa lebih segar, kita sambung dengan kerja-kerja di halaman rindu laman pulak. Saya sediakan bangku dan gergaji dan potong semua anak-anak pokok dari perdunya. Rupa-rupanya banyak pulak semut hitam buat sarang disebalik akar pokok. Ada akar yang dah reput, memudahkan saya pulas dan tarik keluar. Memana batang pokok yang masih kukuh, saya potong dengan gergaji.

Dah togel, tinggal batang yang besar sahaja.

Bila hubby bermurah hati menolong isteri terchenta dan mengangkut buang pelepah pokok keluar pagar, haruslah makcik lebih bersemangat. Hajat asal nak buat separuh dulu, tapi bila dah ada yang menemani kita bikin romantis kasi clear hari ini juga.

Gigih mengangkut pelepah pokok.

Alhamdulillah selesai tugas memangkas pokok pinang merah. Lepas ni kita fikir macamana nak hias keliling pokok tu biar nampak lebih kemas. Semoga pokok-pokok di rumah ini terus subur dan mendoakan tuan tanah berada dibawah perliharaan Allah sentiasa. Amiin. 🌹

{Cerita berkaitan boleh baca di di sini}.

Sekian. 😊

Friday, 21 June 2024

Happy Father's Day hubby

Father’s Day tahun ini jatuh pada hari Ahad, 16hb Jun 2024. Biasanya anak-anak yang kalut dalam hal sambut-menyambut apa-apa hari penting dalam kalendar. Kebetulan hari bapa tahun ini jatuh bersekali dengan kekalutan menyambut Aidil Adha maka anak no-2 belikan kek untuk sambutan simple Hari Bapa di malam raya.

Daddy's girls... missing anak sulong dan anak bongsu.

The Daddies.


The proud daddy.

Happy Father's untuk hubby yang telah menjadi ayah yang baik untuk anak-anak. Mudah-mudahan diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki sentiasa. 

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan anak soleh/solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ayahanda dan bonda di dunia dan akhirat. Amiin.🌹

Sekian.😊

Kenduri @A-Park, Puchong & Open House jiran setaman

Walau dah masuk bulan Haji (Zulhijah), masih ada lagi cerita hujung-hujung Syawal yang tertunggak. Saya suka catatkan sebagai memori untuk rujukan dimasa hadapan.

11hb Mei 2024

“Mas, jemput mai kenuri tau... saya jemput geng A-level Newark sekali..." Begitulah intipati jemputan personal seorang sahabat dari MRSM Kulim. Depa buat kenduri sempena pernikahan anak mereka di A-Park, Puchong. Walau berbeza mrsm, persahabatan rentas mrsm sentiasa terjalin.

Geng MRSM KB, semua berpasangan inter-mrsm kecuali makcik.

Geng A-Level Newark, juga berpasangan dengan inter-mrsm.

Terimakasih kepada tuan rumah walaupun tiada gambar bersama. Banyak gambar yang diambil tanpa mengetahui siapa tuan punya camera. Cukuplah beberapa keping gambar bersama sahabat yang dikongsi sebagai kenangan. 

Balik dari kenduri di Puchong, kami singgah di rumah jiran setaman pula. Walau dah melepasi tempoh jemputan (2-6pm) tetaplah kita hormati hak dan adab berjiran.😊

Jiran setaman.

Alhamdulillah, kita tutup Syawal 1445H dengan doa agar Ramadhan dan Syawal tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Amiin.🌹

Sekian.😊

Wednesday, 19 June 2024

Pondok Gazebo sempena Aidil Adha 2024

Sejak pemasangan pondok gazebo lebih tiga tahun lepas, ianya seakan terbiar begitu sahaja. Walaupun sebelum keberadaannya di rumah ini, saya selalu berangan-angan bulan bintang, tapi bila dah tersedia depan mata, minat untuk duduk-duduk bersantai terbang entah ke mana. Saya hanya sempat pasang bidai keliling pondok gazebo dan basuh lantai sekali sekala. Selebihnya hanya menjadi tempat tidur dan lepak kucing-kucing liar yang datang bertandang. (Mudah-mudahan ada pahalaku di situ).

Sejurus siap pemasangan pada 3 tahun lepas. Semuanya nampak berkilat.

Kini setelah saya mula berjinak-jinak semula dengan keindahan di halamana rindu laman sendiri, maka saya mula memberi perhatian kepada pondok gazebo yang seakan terbiar ini. 

Saya kemaskan bidai, sapu sawang, lap tiang/dinding dan basuh lantai tempat duduk.

Nafas baru. Jiran belakang rumah pun dah siap renovate rumah mereka.

Saya tebang dua pokok besar belakang gazebo itu supaya keadaan lebih terang. Saya letak beberapa hiasan yang perlu dan sediakan tikar untuk duduk-duduk santai bila cuaca teduh petang-petang. 

Dan sempena Aidil Adha tahun 1445H ini anak no-4 pasangkan lampu lip-lap lip-lap di sekeliling pondok gazebo ini. Maka berbunga-bungalah hati makcik bergambar dengan keluarga di malam raya. Walau muka sembab dan berminyak dek kalut menyiapkan juadah raya tidak menjadi halangan makcik mengabdikan kenangan.

Kita rasmikan lampu liplap liplap dimalam Aidil Adha.

Smol famili... missing anak sulong (sekeluarga) dan anak bongsu.

Alhamdulillah, keadaan tenang-tenang sahaja dimalam raya. Semoga Allah kurniakan ketenangan ini hingga akhir hayat. Amiin.🌹

Cerita sebelum ini boleh baca di sini.

Sekian.😊

Friday, 14 June 2024

Setelkan Bank Islam Go

Beberapa kali saya mencuba untuk mendaftar apps Bank Islam Go tanpa jaya, maka hari ini saya singgah di Bank Islam untuk menyelesaikan masalah. Kebetulan hari ini saya menemani hubby buat kerja di Melawati Mall, so sementara hubby buat kerja saya menapak ke Bank Islam yang terletak di bangunan bersebelahan sahaja.

"Kita kena update detail akak ni. Masih guna IC lama, sebab tu tak boleh sync. Akak isi borang ni. Lepas tu boleh terus ke kaunter 7." Adik cashier di kaunter 1 menerangkan dengan ramah.

Bila disemak semula  rupa-rupanya Bank Islam masih mengekalkan data lama semasa saya awal-awal bukak akaun bank dahulu. Sebab itulah setiap kali saya nak login, asyik keluar statement 'invalid credential'. Depa masih gunakan nombor IC saya yang lama dan alamat rumah lama lebih 20 tahun lepas. Kelakar pulak. Dah berapa kali pindah rumah dah. Walaupun saya sentiasa update alamat pada kad pengenalan tapi alamat bank masih kekal yang zaman tok kaduk. Alhamdulillah, lepas depa dah update semua dan approved, immediately saya dah boleh register apps Bank Islam Go. Lepas tu kena tunggu 24 jam baru boleh activate dan buat urusan.

Usai urusan di bank, saya menapak balik semula ke MM. Pekena segelas air sejuk sambil terus menemani hubby yang khusyuk menyiapkan kerjanya.

3 layer tea as always.

Apa-apa pun, urusan pertama adalah membayar zakat secara online. Dah selesai urusan wajib barulah senang hati nak buat urusan sampingan. Semoga Allah sentiasa mengurniakan rezeki yang barokah. Amiin.🌹

Sekian.😊

Thursday, 13 June 2024

Me-time @AICB sebelum ambik cucu dari sekolah.

Kata  orang, sentiasalah cari peluang untuk stay connected dengan pasangan walau dalam sekecil perkara. Maka bila-bila masa hubby ajak teman ke mana-mana, kita menurut sahaja tanpa banyak soal. Semalam saya menemani hubby meeting di Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) yang terletak di Jalan Dato’ Onn, berhampiran Bank Negara. Tempatnya sangat exclusive dan tenang walaupun terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. 

Tanda arah dari tempat parkir.

Sementara depa bermeeting, saya duduk-duduk sambil me-time di lobi. Kita lupakan semua kerja rumah buat sementara, bila-bila free nanti kita sambung semula. After all, hanya kita dan pasangan sahaja yang nak tengok keadaan rumah (sejak semua anak dah terbang keluar sarang). My house my rules… gitu.

Lobby & reception AICB.

Kosong.

Keadaan di sini agak lengang, so saya cari port yang sesuai untuk healing. Bila tekak rasa kering, saya jalan-jalan cari coffee. Di situ ada Thyme Out Cafe tapi semua tempat duduk macam fully booked/reserved untuk peserta program. Gamaknya ada banyak program yang sedang berlangsung. Depa juga ada menyediakan kafe alternatif, Thyme Out Express Honest Cafe yang beroperasi secara self serviced. Konsepnya macam vending machine, cumanya, depa susun makanan yang dah siap packed dalam almari. Kita ambik sahaja makanan yang diletakan dan pilih/buat kopi sendiri di mesin kopi. Kemudian bayar pakai e-wallet. Mudah sangat. Kaedahnya, pelanggan hanya perlu jujur… ambik dan bayar dengan penuh amanah.

Time for coffee.

Scan QR code.

Makcik baru belajar.

Healing time.

Sebaik sahaja hubby habis meeting (hampir pukul 12 tengahari), kami bergegas ke Putrajaya untuk menjemput cucu dari sekolah menggantikan Mummy & Daddy yang terpaksa bekerja di luar kawasan. Kami tiba depan pagar sekolah dalam pukul 12.30 tengahari, just nice tunggu cucunda keluar pada pukul 12.40 tengahari. Kemudian terus pergi lunch sebelum hantar balik rumah di Cyberjaya.

Kita lunch dulu.

Khas untuk cucunda.

Nenek, Tok ayah tumpang sekaki.

Alhamdulillah, selesai urusan untuk hari ini. Mudah-mudahan Allah kurniakan ketenangan dan kesihatan yang baik hingga akhir hayat. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...