Kata orang jauh berjalan luas pemandangan. Namun, walau ke mana pun saya pergi berjalan, saya tetap ingin melihat pemandangan indah di rumah sendiri. Selepas tiga hari meninggalkan halaman rindu, menghadiri kenduri kat Penang, saya kembali melihat bunga ros yang mekar indah. Baru seminggu lepas saya letak baja dan trim pokok-pokok bunga ros itu. Alhamdulillah mereka dah mula kembali segar.
Pokok pinang tepi pagar pun galak berbuah. Nak buat apa tah ngan buah pinang haluih-haluih tu. Hari tu pernah nampak tupai-tupai bergedik-gedik memanjat turun naik pokok-pokok pinang tu. Kadang-kadang jadi tempat burung bertenggek. Rasa teruja pulak sebab dapat menyediakan khidmat taman permainan untuk makhluk-makhluk Allah itu.
Jinak rupanya makhluk Allah ini......
Baru ni pernah tengok kulit rambutan ni bersepah atas bumbung kereta saya. Kebetulan kereta saya memang parking kat bawah rambutan tu. Saja nak bersangka buruk cik mon buat kenduri buah rambutan yang dah mula masak mengkal. Agaknya depa bersenang hati duduk bersila panggung atas bumbung kereta sambil menikmati keenakan buah rambutan segar dari gugusan. Sabo jelah. Terpaksalah menganggap ianya sebagai sedekah. Kot-kot la dapat menambah saham akhirat nanti.
Pagi tadi dah upah orang potongkan rumput. Alhamdulillah dia siap cabut rumput dalam pasu, trim dahan-dahan pokok yang melempai keluar pagar, cuci longkang dan sapu sampah.
Habis gondol laman saya.....huhu.
Tenang melihat suasana yang lapang....
Sepatutnya sambil melihat keindahan laman ni sambil makan cucur bawang, tapi hubby tetiba ajak makan kat luar. Hihi.....selamat, takyah masak dinner. Mood malas sentiasa ada.
Kedai apa tah, kat Ampang.
Nan garlic with beef keema & chicken massala.
Unik pulak minum dalam kasut.....
PS: Hidup lebih indah dengan keindahan hati.
2 comments:
berapa upah kerja potong rumput dan potong dahan tu ya?
Dia tak tetapkan harga. Seikhlas hati katanya. Jadi saya bagi RM150.
Post a Comment