Friday, 23 December 2022

Malindo Air to KB, jalan-jalan cari makan.

Setiap kali balik Kelantan, agenda utama haruslah jalan-jalan cari makan. Walau apa pun alasan balik Kelantan, makan-makan sentiasa menjadi agenda nombor wahid.

Kali ini kami balik dalam keadaan sedikit tergesa-gesa. Sebaik sahaja menerima berita pemergian anak saudara yang agak rapat dengan kami, terus sahaja kami decide untuk balik berziarah. Arwah meninggal pada pagi hari Jumaat (25 November) tapi dek kekangan kerja kami hanya dapat balik pada hari Ahad (27 November).

“Takpelah kalau tak sempat tengok jenazah, at least kita balik jumpa keluarga arwah.” Gi nnawat kata orang kampung saya.

Oleh kerana last minute, banyak airlines dah fully booked. So kami ambik je mana-mana yang ada. Oleh kerana MAS dan AA dah penuh kita cuba Malindo Air pulak. Mula-mula cuak juga sebab kapal terbang kecik. Saya ni dah la mudah nak muntah kalau banyak bergoyang. Tapi kita cekalkan hati, berdoa yang baik-baik sahaja. Yang bestnya kami tak perlu ke KLIA sebab Malindo ni naik turun di Subang sahaja. Alhamdulillah perjalanan dari rumah ke Subang airport hanya mengambil masa 35 minit berbanding hampir satu jam kalau nak ke KLIA. Check-in laju dan laluan ke pintu pelepasan pun dekat, tak perlu berjalan jauh macam kat KLIA atau KLIA2. Flight pun on time.

Sebenarnya ini kali pertama saya masuk ke terminal Subang airport ni. Dulu ada sekali dua datang hantar dan pick-up anakanda balik kampung tapi tak sempat explore apa-apa. Tempat ni asalnya adalah Subang International Airport sebelum depa buat KLIA dan KLIA2. Lepas tu depa tukar nama jadi Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (sultan Selangor), namun lebih famous dengan nama Subang Airport/Skypark khas untuk domestik/local flights.

Walaupun flight kami pukul 1:30pm, kami turun dari rumah awal dan tiba sana dalam pukul 11:15 pagi. Kami parking di kawasan parking khas di seberang jalan kemudian naik lif ke jejambat untuk ke terminal. Agak kurang sesuai bagi mereka yang sukakan suasana sejuk berhawa dingin sebab semua tempat di sini open air kecuali dalam terminal. Nak naik flight pun kena keluar bangunan terminal, jalan kaki dan naik tangga ke pintu masuk kapal terbang. Agak panas dan bingit telinga dengan bunyi enjin kapal terbang.

Sebelum terbang kita pekena Rojak mamak @ Kapitan Kopitiam Subang Airport.

Suasana airport yang tenang.



Ruang untuk caj henfon.

Pintu pelepasan.

Kipas blade, sebelah je ngan tempat duduk... seram mak.🤭

Kami tiba di airport KB dalam pukul 2:30 petang, terus ambik kereta sewa dan sambung jalan-jalan cari makan.


Late lunch: Sayur lemak, ulam budu @ Nasi Ulam Cikgu.

Check in:  The Grand Renai, KB.


Minum petang: Colek campur kedai tepi sungai Kelantan, RM29.

Dinner: Nasi ngan ike bekok @ D' Klasik KB.

Complimentary... sup daging campur sayur.

Mee goreng mamak

Esoknya kami sarapan di hotel sahaja sebelum pergi berziarah saudara-mara yang masih ada.

First servings @ Cafe hotel.

Another serving sebelum beredar.

Usai berziarah kami balik hotel semula untuk check-out pada pukul 12 tengahari. Lepas check-out kami melawat kakak hubby yang tinggal di pondok Saidina Abu Bakar, Bachok. Ingatkan depa duduk dalam pondok macam kat pondok tradisional Pasir Tumbuh, tapi rupa-rupanya keadaannya dah upgraded ala-ala studio apartment. Konsepnya masih sama, ada masjid dan dewan belajar serta kemudahan lain seperti dobi dan tempat makan. Katanya, rezeki sangat mewah. Setiap hari ada sahaja orang hantar makanan.

Entrance ke asrama pondok.

Sambil bersembang dengan kakak hubby, kami keluar makan tengahari nasi dagang di kedai makan berhampiran pondok. Usai makan kami ke Kg China, melawat kakak sepupu hubby. Kali ini depa jamu nasi kuning ayam kurma. (Tiada gambar-gambar berkenaan makan-makan sebagai menghormati tuan rumah.. takut orang kata mengada-ngada pulak.😁). By pukul 5 petang dah tiba di airport KB untuk penerbangan pada pukul 6:30 petang dan tiba di Subang semula dalam pukul 7:30 malam. Sebelum pulang sempat lagi order Burger King habuan dinner balik nanti.

Sabar menanti order.

Cross over jejantas untuk ke tempat parking kereta.

Bayar parking fee RM78 untuk 34 jam. Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah dalam pukul 9 malam. Home sweet home.❤

PS: Lepas ni kita cuti naik penimbang selama dua minggu sehingga berat badan kembali normal.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...