Thursday, 1 December 2022

Dorsett Putrajaya lagi.

25-26hb November, 2022.

“Ummi gi Dorsett lagi? Asyik Dorsett je… takde hotel lain ke.?” Hmm… entahlah. Dah ayah depa ada program kat situ, Umminya follow saja. Kali ini hubby buat program Qiyamullail dengan staf tempat kerja depa di Masjid Besi maka hotel Dorsettlah yang paling dekat dengan tempat program. Jalan kaki 5 minit dah sampai. Dan seperti biasa saya akan keluar rumah lepas Asar, jemput hubby kat tempat kerja, drive terus ke hotel, parking kereta kat basement dan terus check-in. Lepas tu kita minum petang di kafe sebelah HeroMarket sambil take away sandwic buat bekal dinner. Kali ini kami menginap di tingkat 7.

Cafe latte.

Kengkonon mirror selpi 🤭

Esoknya seawal jam 3:00 pagi hubby dah keluar untuk program Qiyamullail dan terus sambung dengan program depa hingga tengahari. Saya pula buat program sendiri. Masa nak keluar sarapan terserempak dengan sahabat lama satu tempat belajar dulu. Lebih 30 tahun tidak bersua muka, hanya sekali sekala berhai-hai bai-bai di alam maya sahaja. Alhamdulillah sempat bertanya khabar dan selpiag gambar sekeping dua sebelum kami sambung urusan memasing.

Still maintain after 30 years

Kemain makcik selpiag

Setiap kali gi Putrajaya saya akan make a point untuk berdating dengan anakanda putri yang tinggal di sana. Kali ini kami janji keluar sarapan sama-sama dengan cik mek molek tu sekali. Masing-masing tak ada preference nak makan apa maka kita pusing satu Putrajaya, jalan-jalan cari makan. Akhirnya kami singgah di kedai Kak La Nasi Ulam, Jalan Diplomatik 3, pekena nasi lemak ngan teh tarik. Usai makan kami pi jalan-jalan kat Alamanda Shopping Centre, window shopping sambil cuci mata. Tak boleh berlama-lama sebab makcik  kena balik hotel semula untuk check-out.



Kemain jumpa Elfira Loy, sesama makan nasi lemak kat kedai ni.

Gegirls… Dalam Body Shop, Alamanda.

Lepas check-out, nak pi cari lunch pulak. Sekali lagi kami tawaf keliling Putrajaya jalan-jalan cari tempat makan yang menarik. Hubby teringin nak makan kat satu kedai ni tapi tutup pulak. So kita jalan-jalan ambik gambar lagak macam pelancong .😁



Akhirnya kami ke Tamarind Square, Cyberjaya cari nasi campur kat Restoran Lauk Kampung. Alhamdulillah menunya agak menarik dan rasa pun sedap. Usai makan kita singgah Emart24 pulak layan orang muda nak suruh Ummi ngan ayah depa ni beromantik-romantik kat tengah dunia. Kita layankan saja niat murni anak-anak.

Lauk kampung


Emart24

Sekian cerita kali ini. 

Mudah-mudahan ada peluang untuk ke sini lagi.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...