Friday, 2 December 2022

Gigi ngilu... scaling, polishing & tampal.

Dah lama saya dok rasa tak selesa dengan gigi geraham kecil ni. Selalu rasa ngilu terutama bila minum air sejuk atau mengunyah makanan keras. Setiap kali rasa ngilu saya akan gosok gigi dengan ubat gigi Sensodyne. Bila dah okay, saya gunakan Colgate Total semula.

Kali ni ngilunya rasa lain macam pulak. Bukan setakat ngilu tapi rasa macam sakit gigi. Takut pulak kalau gigi tu sebenarnya dah berlubang. Malas nak berteka-teki, kita serahkan pada yang pakar. 

Akhirnya pagi tadi, sebelum klinik buka saya dah bersiap sedia untuk ke Klinik Gigi Sharifah Aminah di Greeenwood. Kami memang setia dengan klinik gigi ni sejak lama. Saya tiba tepat jam 10 pagi dan menjadi orang pertama untuk berjumpa doktor. Alhamdulillah, doktornya baik dan sangat teliti. 

"Gigi semua okay... takde lubang. Cuma ada bahagian yang dekat-dekat dengan gusi tu macam haus sikit. Kalau dibiarkan lama-lama mungkin akan berlubang." Doktor cadangkan buat scaling dan polish dulu. Lepas tu buat tampalan pada lapisan luar gigi yang ngilu tu supaya tidak melarat. Insya Allah lepas 3-4 hari keadaan akan kembali normal. Sementara itu boleh teruskan gosok gigi macam biasa menggunakan berus gigi lembut.


Usai urusan, saya jalan-jalan cari makan kat Prima Gombak dan singgah di Old Town White Cafe. Dah lama nak mencuba mee karinya so hari ini kita penuhi hajat dan layan diri sendiri.😊

Mee kari.

Alhamdulillah, by pukul 12:30 tengah hari dah sampai rumah semula dan bersedia untuk sambung urusan rumahtangga seterusnya.

Sekian cerita hari ini.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...