Tuesday, 19 January 2021

Misi menambah pokok Siti Zubaidah.

Setelah beberapa kali pokok bunga Siti Zubaidah atau nama rasminya hydrangae ni lalu kat fb tetiba rasa tak sabar pulak nak melihat pokok ni berbunga di halaman rinduku.  Saya beli pokok hydrangae ni via shopee tapi hingga kini nampak macam jauh lagi perjalanannya nak mengeluarkan bunga.


Alhamdulillah pokoknya nampak sihat. Hingga hari ini dah mula menggeluarkan pucuk baru. Setiap hari saya bersembang dengan pokok bunga ni supaya cepat membesar dan berbunga.

"Cari jelah pokok yang dah berbunga... senang." 

Kebetulan ada anak bujang nak melayan maka pada suatu hari yang indah kami pun keluar mencari pokok di nursery pokok Sg Buloh. Oleh kerana musim covid masih belum berakhir saya tidak bercadang untuk berlama-lama di sana. Sebelum bertolak saya dah siap google mencari nursery pokok yang paling sesuai dan kami pun terus menuju ke Kamal Nursery di Kampung Melayu Sg Buloh sahaja. 

Cantik je depa susun pokok-pokok yang ada.


Banyak juga pilihan pokok-pokok yang ada. Tapi saya straight to the point dengan misi mencari pokok hydrangae. Alhamdulillah depa masih ada stok sebanyak dua pasu. Satu yang belum berbunga dengan harga RM60 dan satu lagi dah berbunga 3 jambak dengan harga RM80. Depa bagi diskaun RM5 sepasu. Tanpa banyak berfikir saya terus ambik yang dah siap berbunga. Sekurang-kurangnya dah boleh terus menikmati keindahan bunganya sementara menunggu pokok yang saya tanam sebelum ini mengeluarkan hasil. Dan seperti biasa, bila dah setel tujuan asal, kita luang masa untuk meninjau pokok-pokok yang lain pulak. Dan kita capai sahaja beberapa item lain yang berkenan di hati.

Lepas selesai urusan pokok bunga kami cari nasi campur untuk makan tengahari di kedai makan yang berdekatan. Seronok pulak lepak kedai makan di sini. Tenang dan aman damai sahaja.

"Rasa macam kat Beseri je Umi..." Tetiba anak dara tu mengimbau kenangan. Terasa rindu pulak nak melawat ke Perlis lagi. Mudah-mudahan Allah beri kelapangan untuk kami ke sana lagi.

Berkenan pulak dengan pokok nangka madu di sebelah kedai makan itu.

Tak perasan dah penuh bonet kereta

Pokok yang saya beli tu dah siap berpasu. Jadi tak perlu fikir tentang pasu dan tanah lagi. Rasa berbaloi jugak dengan harga yang dibayar. Sampai sahaja di rumah kita terus letak pokok bunga tu di tempat yang sesuai. 

Cantik berbunga cantik.

Tiga jambak semuanya.

Kalau diamati, kedua-dua pokok yang saya beli tu daunnya agak berbeza. Yang saya tanam sebelum ini katanya hydrangae kampung dan lebih mudah penjagaannya. Sementara yang baru dibeli ni imported samada dari Siam atau Cina atau dari Cameron Highland. Katanya agak manja dan payah berbunga. Katanya lagi selepas semua bunga yang ada tu gugur agak payah untuk berbunga semula. Apa-apa pun, kita biarkan sahaja masa yang menentukan. Yang penting depa terus hidup subur dan bersemangat untuk membesar sebagai johan.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...