Thursday, 21 January 2021

Bumbung dapur bocor lagi.

Sejak pindah ke rumah ni (dah nak masuk 10 tahun) dah beberapa kali saya panggil orang datang repair bumbung dapur rumah ni. Awal-awal pindah dulu kami tak tukar atap sebab nampak macam okay lagi. Kami cuma suruh depa cat semula supaya nampak baru. Selepas dua tahun, mula nampak tompokan hitam pada siling dapur menandakan atap sudah mula bocor. So saya panggil orang datang tengok. Depa cuma tengok-tengok dari atas dan letak silicon pada tempat bocor dan cat semula siling dapur yang dah bertompok-tompok hitam tu. Bayar RM120, setel. Alhamdulillah tahan lebih dua tahun. Apabila bocor lagi, saya panggil orang lain pulak. Depa caj RM150 untuk ganti sekeping atap yang rosak dan tampal silicon pada bahagian atap yang masih boleh digunakan. Tapi, lepas dua tahun ia bocor lagi. Terpaksa panggil orang repair lagi. Depa caj RM180 pulak. Tak sampai dua tahun bocor lagi. Dah jadi macam paten pulak bumbung dapur saya akan bocor dua tahun sekali. Kali ini depa pasang aluminium sekeliling bahagian yang bersambung dan letak simen apa entah pada tempat-tempat yang bocor tu, menjadikan kosnya agak mahal iaitu RM800. Tak tahu apa masalahnya, tak sampai setahun saya perasan siling dapur tu mula menampakkan tompok-tompok hitam lagi. Disebabkan musim Covid saya terpaksa bertahan sahaja sambil berdoa semoga bocornya tidak melarat dan covid ini cepat berlalu. Kemuncaknya pada musim hujan lebat hujung tahun lepas kawasan dapur saya habis basah dengan air hujan hingga terpaksa menggunakan baldi dan besen untuk tadah air hujan. Air hujan juga meleleh dicelah-celah kabinet dapur hingga papan dan kayu kabinet mengembang. Siling pun dah mula berlubang.

Tompok hitam makin banyak.

Kayu kabinet pun mula kembang.

Bumbung asal yang bertampung di sana sini.

Tampalan sebelum ini.

Bahagian aluminium tu pun habis bocor.

Akhirnya, covid tak covid, PKP tak PKP terpaksalah saya panggil orang untuk tengokkan. Kalau sebelum ini saya cuma call plumber yang ada kebolehan repair atap bocor sahaja, tapi kali ini saya terus panggil pakar. Dah alang-alang nak repair, saya decide untuk tukar semua sekali. Saya call depa pada hari Isnin, hari Rabu depa datang tengok dan buat quotation. Bila dah setuju semua, saya bayar deposit RM300 tunai. Depa setuju nak datang pada hari Jumaat. Tapi disebabkan hubby work from home dan musim hujan masih tidak menentu, saya minta depa datang hari Isnin minggu seterusnya. Kebetulan hari Isnin tu hubby ada kerja di luar maka mudahlah depa nak buat kerja-kerja menukang.

Depa tiba tepat pukul 10.00 pagi, terus buat kerja membuka semua kepingan atap yang lama. Kebanyakannya dah rosak, so about time untuk ditukar dengan yang baru..




Ganti dengan atap baru.

Selesai bab ganti atap depa tampal silicon pada bahagian awning yang bocor pulak.

Siap.

Siap.

Selesai bahagian luar, depa teruskan kerja-kerja di dalam pulak. Oleh kerana depa nak cat keseluruhan siling dapur maka terpaksalah saya alihkan barang-barang dapur yang terdedah. Lepas tu depa alas dengan kain. Depa sapu cat minyak pada kawasan siling yang bertompok hitam dulu. Lepas tu letak undercoat pada keseluruhan siling sebelum sapu dengan cat kapur.




Siap.

Alhamdulillah, semua kerja selesai pada pukul 4.00 petang. Melihat secara luaran, saya berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Sangat berbaloi dengan jumlah kos keseluruhan RM1900. Namun sejak atap tu siap diganti pada minggu lepas, hingga cerita ini ditulis, belum ada tanda-tanda nak hujan lagi. Kita tunggu sahaja, mudah-mudahan tiada kebocoran lagi selepas ini.

3 comments:

Cput said...

Salam sis kat mana yer? Saya pun ada kes sama atap bocor jugak kalau dekat boleh nak contact org yg sama..

Masniah Said said...

Waalaikumsalam. Kat. Selangor

apek saha said...

boleh bagi contact org tu tak

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...