Thursday, 10 August 2023

Tali pusat dan rambut asal anak-anak.

Menyambung kerja-kerja declutter barang-barang dalam rumah ni, saya selongkar laci di bilik tidur pulak. Seronok keluarkan barang-barang dalam laci, terjumpa pulak bungkusan tali pusat dan rambut asal anak-anak yang hubby cukur pada hari ke tujuh kelahiran mereka dulu. Ada lima bungkus semuanya tersimpan kemas dalam satu bekas. Saya simpan sejak kelahiran anak sulong lebih 30 tahun yang lepas sebagai kenangan. Saya memang simpan barang-barang penting dalam laci dan biarkan sahaja di situ selagi tidak ada keperluan untuk dikeluarkan semula. Tak sangka pulak boleh tersimpan lama begitu. Sebenarnya saya dah lupa tentang keberadaan semua itu setelah lama dibiarkan tersimpan. Lagipun ianya tidak pernah mengganggu kehidupan harian saya. Lama-lama dah jadi habit menyimpan barang-barang walaupun tak tahu bila nak digunakan atau dah memang tak berguna. Semuanya sayang…

Rambut dan tali pusat yang tersimpan kemas sekian lama.

Yang penting saya teruskan aktiviti declutter dan sempena Maal Hijrah 1445 pada hari Rabu 19 Julai baru-baru ini saya semadikan semua kenangan itu di halaman rindu padat-padat. 

Korek lubang dulu.

Rambut + tali pusat.

“Hang beranak esok-esok simpan elok-elok tali pusat depa. Boh sekali dalam satu tempat. Dah habis beranak esok tanam semua sama-sama…” saya tidak pernah bertanya kenapa dan mengapa ayah saya berpesan begitu. Saya cuma pasang niat agar semua tali pusat dan rambut anak-anak tu akan ditanam di laman rumah sendiri di mana saya akan tinggal hingga akhir hayat dengan izin Allah. Kini selepas lebih 30 tahun tersimpan akhirnya niat saya termakbul jua. Terima kasih kepada hubby yang menyediakan rumah pusaka untuk kita. Semoga anak-anak saya tetap teguh dalam persaudaraan dan mengekalkan kasih-sayang adik-beradik sehingga akhir hayat.

Sekian.😌

Wednesday, 9 August 2023

Jalan-jalan KB: Pesta Buku Kelantan 2023, Mydin Mall, Tunjung.

Salah satu sebab kami sewa kereta bila balik KB ialah untuk memudahkan pergerakan. Pulang ke KB kali ini (4-7 Ogos) hubby memang khaskan untuk jalan-jalan cari makan dan melihat-lihat kawasan sahaja. Masa kami balik berkebetulan pulak Pesta Buku Kelantan 2023 sedang berlangsung. Depa buat di aras 2, Mydin Mall dari 28 Julai hingga 5 Ogos. Walaupun dah hari terakhir, kita selitkan juga masa untuk ke sana.

Pintu masuk utama.

Promosi oleh SMO bookstore.

Kebetulan juga organiser (Manager SMO bookstore) Pesta Buku tersebut adalah kawan baik hubby sejak dari zaman sekolah, haruslah kena curi masa untuk berjumpa-jumpaan. Sebagai isteri mithali pepandailah kita cari masa healing sorang-sorang sementara tunggu depa berborak.

Jumpa… borak.

…dan borak lagi.

Ruang pameran untuk pesta buku ini tidaklah sehebat pesta buku di KL, tapi cukuplah bagi pengemar yang suka membaca buku secara fizikal. Rata-rata buku adalah untuk budak-budak sekolah, buku rujukan, komik, novel dan alat tulis. Ada juga booth untuk free health check bagi bacaan tekanan darah dan bacaan gula dalam darah sambil depa jual ubat-ubat dan suppliment. Saya hanya melihat-lihat tanpa membeli apa-apa. Kebetulan sedang berlangsung juga acara pertandingan fashion show untuk kanak-kanak, so saya duduk tercongok sahaja melihat hingga acara selesai.

Lambakan buku.

Acara pertandingan fashion show tema pakaian tradisi Melayu.

Usai mini reunion hubby dan kawannya kami turun mengopi di food court di tingkat bawah. Malangnya travelator untuk ke tingkat bawah tidak berfungsi (under maintenance) terpaksalah kami cari lif. Pengunjung memang sangat ramai ditambah dengan rombongan budak-budak sekolah yang datang berbas-bas bersama guru-guru pengiring. Alhamdulillah semuanya well-behave dan kami dapat masuk lif dengan tenang. Mydin Mall ni agak besar dan banyak kedai-kedai untuk golongan marhaen. Saya sempat sambar dua helai tudung bawal dengan harga yang sangat berpatutan.

Ramainya manusia menjelang tengahari.

Keseluruhan kawasan Mydin Mall ni sangat luas. Depa buat parking open air tanpa bumbung. Asalnya kami cari basement parking tapi macam tiada. So terpaksalah berjalan di bawah terik mentari.

Kita teruskan tersengih walau cuaca sangat panas.

Kami beredar dalam pukul 12:30 tengahari untuk ke destinasi seterusnya sambil jalan-jalan cari makan.

Sekian. 😊

Majlis Aqiqah Cucunda Ahmad Naayl.

Saya suka majlis yang sederhana dan kekeluargaan. Tapi bila anakanda putri nak buat Majlis Aqiqah besar-besaran, kita layankan sahaja sebab untuk anak last, katanya. Dalam usia begini saya selalu excited untuk menerima orang baru dalam keluarga. So kalau tak sempat nak tengok majlis nikah cucu, dapat tengok suasana ala-ala kenduri kawen depa pun dah memadai.

Untuk majlis aqiqah ini saya tidak campur tangan langsung. Semuanya atas urusan mereka anak-menantu suami isteri. Depa tempah dewan Grand Oasis Event Hall, Seri Kembangan dan booking katerer untuk kambing aqiqah dan makanan utama serta vendo-vendo untuk makanan sampingan. Macam-macam juadah selain menu utama (nasi dan lauk) disediakan untuk para tetamu. Ada kambing bakar, spageti carbonara, ice cream, cendol, kuetiaw goreng, teh tarik, coffee corner, dessert corner, chocolate fountain untuk kanak-kanak, kuih-mueh Melayu dan buah-buahan. Saya dan hubby hanya datang pada hari kejadian dan duduk menunggu dan melayan tetamu dari awal hingga akhir majlis. Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. 


Pelamin khas.

Ahmad Naayl (Mat Ayel), 13 bulan.

The proud nenek and tok ayah.

Kuzi kambing yang enak.

The family... missing Ciksu.😌

Tahniah untuk anakanda dan menantu serta cucunda Ahmad Naayl. Semoga membesar menjadi anak soleh penyejuk mata Mummy and Daddy.

Sekian.😊

Jogging @ Taman Tasik Titiwangsa

Setelah beberapa kali cubaan untuk ke Taman Tasik Titiwangsa tidak berjaya, Alhamdulillah hari ini kami berpeluang merealisasikan impian untuk berjogging di sini semasa hari bekerja. Kami keluar dalam pukul 8:00 pagi dan dapat parking betul-betul tepi pintu pagar utama. Dari rumah kami ada beberapa laluan mudah untuk ke sini. Nak ikut AKLEH boleh, ambik DUKE pun boleh. Tapi kami ambik laluan Genting Klang bagi mengembalikan nostalgia lama mengangkut anak-anak kecik bawak depa berlari-lari dan bermain di taman permainan dan kayuh basikal keliling tasik. Dan kali ini kami datang berdua sahaja sebagai makcik pakcik pencen, berjalan santai sambil menikmati keindahan taman. 

Trek laluan yang cantik.

Padang yang menghijau.

Kolam/ tasik yang dipenuhi kiambang.

Bunga dari pokok pagar keliling tasik.

Makcik sibuk berposing sementara orang tak ramai.

Tak tahulah bilanya nak kurus… makin jogging makin naik berat badan.

Tak perlu gusar… kita teruskan melangkah. Slowly but surely… gituh.

Alhamdulillah dapat satu pusingan keliling tasik dengan lebih 3000 langkah.

Sekian.😊

Sunday, 6 August 2023

Jalan-jalan KB: Sarapan @ Hotel Perdana.

Hari ni hari kedua kami di KB. Oleh kerana hubby tukar plan saat akhir (sebab nak keluar sarapan dengan member-member sekolah dulu-dulu) maka saya duduk makan sorang-sorang di cafe hotel. Tak perlu banyak bunyi, kita enjoy sahaja me-time yang datang tanpa dirancang. 

Banyak juga menu sarapan di sini yang kena dengan tekak saya. Biasanya kalau makan di hotel saya akan pilih menu yang jarang jumpa di luar. Pilihan utama haruslah porridge/bubur nasi. Berbanding dengan hotel lain porridge di Hotel Perdana KB adalah yang terbaik. Cukup rasa dengan aksesorinya.

Starter... the best ever porridge.

Untuk hari ini depa sediakan nasi kerabu, mihun goreng, roti canai, sosej dan macam-macam lagi menu yang selayaknya tapi seperti biasa saya akan ambik mana yang sesuai dengan selera sahaja. 

Main course... mihun+ayam bakar+salad dan buah.

Licin... walaupun sensorang.🤭

Desserts... nescafe tarik+butir nako+cikmek+croissont.

Alhamdulillah, done isi perut untuk hari ini. Lepas tu kita lepak kat lobi hotel, berangan sambil isi minda.

Bestnya kalau dapat swimming kat kolam renang ni... 

Dah lama tak baca paper, so harini kita browse through sahaja. Banyak pulak cerita politik sempena PRN di enam negeri kali ini.

Sekian.😊

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...