Sunday, 20 February 2022

Wedding reception bekas pelajar, di hujung tahun.

Sejak bilangan kes Covid-19 mula menurun, ramai yang dah mula buat majlis kenduri kawen. Sangat menyentuh hati apabila ramai anak murid yang dah keluar sekolah, membesar dan bekerjaya tapi masih mengingati cikgu-cikgu mereka yang dah pencen.

12 Disember 2021: Orchird Villa, Gombak.

Selepas beberapa lama tidak pergi kenduri kawen, rasa sangat teruja bila tetiba dapat jemputan. Ini merupakan jemputan pertama yang saya dapat hadir sejak semua aktiviti kenduri kawen dibekukan dek masalah Covid-19. 

Saya memang suka benda-benda yang cantik dan menjadi satu kepuasan kalau dapat menikmati suasana yang cantik dan indah di majlis kenduri kawen.

Meja makan beradab dihias cantik.

Pelamin juga cantik.

Pengantin pun cantik.

Pengantin lelaki adalah bekas pelajar sekolah saya, bertemu jodoh dengan orang Nilai, Negeri Sembilan. Sangat lembut dan manis orangnya. Moga jodoh berkekalan hingga ke syurga.




Cikgu-cikgu pencen dengan bekas pelajar yang dah besar panjang.

19 Disember 2021: Kelab Darul Ehsan, Ampang.

Kali ini jemputan kenduri kawan atas kawan. Kiranya saya jadi plus one untuk tetamu jemputan asal. So saya hanya follow sahaja tanpa mengetahui rupa-rupanya tuan rumah adalah ibu-bapa kepada bekas student saya juga. Saya pernah mengajar pengantin lelaki sejak dari beliau dalam tingkatan satu lagi. Seorang yang bright dan quick learner dan sebaya dengan anak kedua saya. Depa sama batch dan rasanya depa juga pernah belajar dalam satu kelas.

Waktu saya tiba, pengantin baru sahaja masuk dan sedang bersanding di atas pelamin. Jadi kami terus masuk dewan, ambik makanan (secara buffet) dan duduk depan meja beradab. Pelaminnya agak jauh so saya cuma dapat ambik gambar pengantin dari jauh sahaja.

Nampak pengantin dalam upacara salam restu dari kejauhan.

Meja kami betul-betul depan meja beradab.

Nasi hujan panas+ayam masak merah+daging masak hitam.

Sempat melihat pengantin makan beradab.

Dengan seluruh keluarga pengantin... semua adik-beradik pengantin adalah bekas pelajar sekolah saya.

Dengan adik pengantin, one of the top students juga.
dan kawan baik kepada anak ke-4 saya. 
.
Teman setia dalam aktiviti menghadiri kenduri kawen bekas pelajar.

Ada lagi beberapa jemputan daripada bekas anak murid yang telah melangsungkan majlis pernikahan tapi tak dapat dipenuhi undangan mereka dek kekangan masa dan masalah luar jangkaan. Cikgu hanya mampu berkirim doa dari jauh, mudah-mudahan semua pasangan dikurniakan jodoh yang baik dan berkekalan hingga ke akhirnya. Aamiin.

Saturday, 19 February 2022

KB with love: Day 1, JJCM

"Lama tak balik Kelantan.." Beberapa kali jugak hubby dok berzikir ayat-ayat sendu macam ni. Sungguh... sejak covid melanda semua perjalanan jauh seakan terhenti. Tapi sejak akhir-akhir ni banyak ruang ziarah telah dibuka namun kami masih risau dengan penularan covid yang seakan tiada kesudahan.

"Jom la balik... kita drive je... gilir-gilir. Kalau penat boleh stop tido memana dulu... pastu sambung balik esok lusa..." Beberapa kali juga saya sarankan perjalanan ala-ala tour begini. Dah lama saya menyimpan impian nak tour Malaysia dari selatan ke utara, timur ke barat. Tapi entah bilakan kesampaian.

Akhirnya pada hujung tahun lepas apabila bilangan kes covid-19 mula menurun kami ambik keputusan untuk redah je balik Kelantan. Seperti biasa kami booking return flight MAS, KL-KB-KL. Pergi hari Rabu dan balik semula pada hari Jumaat. Takde maknanye nak tour mour bagai. Hubby malas nak drive... dan saya pun akur sahaja dengan apa yang dirancang. Sementara itu saya sentiasa update dengan perkembangan ramalan cuaca terkini. Al maklum lah hujung tahun adalah musim hujan dan banjir di pantai timur. Kebetulan pulak hujung minggu sebelum itu banjir besar melanda kawasan Taman Sri Muda, Kelang dan kawasan Ulu Langat. Memang ramai yang terkesan dan terjejas dengan teruk. 

Pada hari yang dijadualkan, seawal pukul 4.00 pagi saya dah bangun bersiap. Di luar hujan masih renyai-renyai. Berbekalkan doa dan tawakkal kami keluar rumah pada jam 5.00 pagi menuju KLIA. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar. By the time masuk kawasan Sepang dah tiada hujan.

Pasrah je anak bujang jadi supir dinihari.

Kami tiba di KLIA tepat jam 6.00 pagi dan terus bergegas masuk ke balai pelepasan. Kami dah siap check-in dari rumah, jadi perjalanan menjadi lebih mudah. Sementara menunggu flight pukul 7.45 pagi, kami solat Subuh dulu.

Kecik je ruang solatnya, muat untuk 3 orang dengan penjarakan sosial.

Apa-apa pun kita selpi dulu...

Alhamdulillah flight on schedule dan kami selamat mendarat di airport Kota Bharu dalam pukul 8.30 pagi. Lepas tu terus ambik kereta sewa. Kami dah biasa booking kereta sewa dari airport. Senang berurusan. Cuma buat booking, bila nak pick-up baru buat bayaran. Kemudian terus cari sarapan.

Komfem booking sahaja. Tak perlu bayar deposit.

Tadi kat KLIA, eh tetiba dah masuk kereta sewa... (sama je pesen posingnya)

Nasi berlauk daun pisang... tapi entah kenapa tak kena pulak dengan tekak saya.

Hubby ambik nasi dagang... juga tak kena dengan taste.

Seterusnya kami singgah di rumah kakak ipar saya di Pasir Tumbuh. Janji bertemu dalam pukul 11:00 pagi. Depa jamu the real nasi berlauk dan kuih-muih Kelantan. (of course yang manis-manis belaka) By tengahari kami gerak ke bandar Kota Bharu semula. Memandangkan belum tiba masa untuk check-in lagi, kami pusing-pusing bandar dulu sambil cari tempat untuk minum petang pulak. 

Saja nak mencuba, cafe hipster katanya.

Harga pun berpatutan.


Iced blend salted caramel for me.

Spageti+keropok lekor for minum petang.

Dah kenyang perut barulah boleh masuk bilik hotel dengan senang hati. Sebelum Maghrib kami keluar lagi. Kali ini kami hanya keluar pusing-pusing bandar Kota Bharu sahaja. Lepas tu singgah makan roti tempayan cicah kari kambing kat warung apa entah... lupa pulak. 

Roti tempayan + kuah kari kambing yang pekat likat for dinner.

Setel makan malam.

Alhamdulillah done Day 1 yang penuh dengan jalan-jalan sambil makan sahaja. Esok kita fikir lain pulak. 

Friday, 18 February 2022

Anak bujang: Majlis resepsi pihak perempuan @ Hotel Royal Chulan, Damansara..

Selepas hampir setahun tertangguh akhirnya berjaya cari slot untuk buat kenduri kawen. Untuk wedding reception pihak perempuan, depa buat style dinner dome. Disebabkan masih lagi dalam suasana covid, jemputan hanya di hadkan kepada 200 orang tetamu sahaja dengan hanya 8 orang untuk satu meja. Untuk pihak pengantin lelaki, kami diperuntukkan tiga meja. 

"Kita bagi satu meja untuk famili Pasir Tumbuh, satu untuk Kg China dan satu lagi untuk kita"  sebagai isteri mithali, haruslah kita sentiasa akur dengan cadangan suami.

It's a fair deal. Keluarga Pasir Tumbuh adalah saudara hubby dari susur galur sebelah bapa sementara keluarga Kg China dari susur galur sebelah ibu. Disebab ibu dan bapa hubby sudah tiada maka sangat molek kita raikan keluarga yang masih tinggal. Sementara menunggu mereka tiba dari KLIA kita kemas rumah dulu dan prepare apa yang patut.


Kami juga sediakan penginapan untuk saudara yang datang dari jauh. Sebelum ke tempat penginapan depa transit di rumah kami dulu untuk sarapan dan makan tengahari sambil lepak-lepak sementara menunggu nak check-in pukul 3 petang nanti. 

Kak Yah dan Kak Dah... sepupu hubby.


By pukul 3:00 petang kami dah tiba di lobi hotel Royal Chulan, Damansara tapi bilik masih belum ready. Sambil-sambil menunggu kita pusing-pusing sambil tengok pihak pengantin perempuan buat rehearsal dalam dewan.

Depan pintu masuk dewan

Staff sedang set-up meja

Meja pihak lelaki

Usai urusan masuk bilik untuk saudara semua, kami balik ke Ampang semula untuk bersiap dan patah balik semula ke Damansara dalam pukul 6.00 petang. Masa agak suntuk, tapi Alhamdulillah sempat tiba dalam masa yang sepatutnya untuk solat Maghrib dan bergegas ke dewan untuk majlis yang akan bermula pukul 8.00 malam. Oleh kerana majlis di pihak perempuan, maka kami dipihak lelaki hanya datang sebagai tetamu sahaja.... masuk dewan, duduk dimeja yang disediakan, makan dan balik.

Sempat posing sebelum masuk dewan.

With the one and only kakak kesayangan

Doorgift yang cantik

The whole family

One for the memory.

1hb Januari 2022, selesai majlis resepsi pihak perempuan selepas hampir setahun menikah.  Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Semoga Allah merahmati segalanya.

PS: Tak banyak sangat bergambar sebab kengkonon behave kat majlis orang. Tunggu majlis kenduri di pihak lelaki pulak.

Friday, 11 February 2022

Shellambak Bukit Antarabangsa

"Jom oder shellambak..." Tiba-tiba pulak suami ambo ni buat decision nak makan seafood selepas sekian lama berpantang. Asalnya nak keluar dinner tapi tukar plan bila penyakit malas muncul tiba-tiba. Oleh kerana tempat shell lambak tu sepelaung sahaja jaraknya dari rumah, kita buat order untuk pick-up sendiri sahaja, tak perlu guna adik grab. 

Katanya shell lambak Bukit Anarabangsa antara yang tersedap di Lembah Kelang. Kami place order dalam pukul 5.30 petang, depa akan bagi tahu untuk pick-up bila dah siap. By pukul 6.30 petang kami keluar je sambil jalan-jalan ambik angin petang. Sementara tunggu order siap kita lepak atas bukit dulu. Dah lama berangan nak melihat keindahan alam/KL dari atas Bukit Antarabangsa ni. Terima kasih kepada anak menantu yang pasrah melayan kerenah Ummi mereka ini.🤭

Layan je Ummi depa ni.🥰

View tak berapa cantik dek awan mendung.

Nak capture sunset tapi tak tahu kat mana.😅

Kami order set untuk 6 orang. Depa bagi 6 set nasi putih dengan selambak sotong, ketam, udang, lala, kepah dan 2 ekor ikan siakap sederhana besar, plus jagung dan brokoli. Depa bagi kuah asing. Kuah dia ala-ala gulai lemak berperisa kari. Memang sangat berbaloi dengan harga RM155. 

Tudia... memang selambak sungguh.

Saya makan nasi dengan siakap dan beberapa ketul lala dan ketam sahaja. Dah lama tak makan ramai-ramai selambak macam tu. Tiba-tiba terimbau kenangan dulu-dulu pernah makan ramai-ramai dalam talam... indahnya ukhuwwah.

Siap dengan ikan siakap

Walaupun untuk 6 orang tapi jumlahnya agak banyak dan masih ada left overs buat makan esoknya. Lebihan tu boleh simpan dalam peti ais, lepas tu boleh panaskan bila nak makan. Nasinya pun boleh tahan lama. Selepas dua hari pun masih elok. Saya buat nasi goreng buat sarapan.


Nasi goreng bodo katanya.

Kalau ada rezeki InsyaAllah next time boleh order lagi.

Wednesday, 9 February 2022

Doorgifts kenduri kawen, mission accomplished

 "Ummi nak isi apa untuk doorgifts"

Sepanjang minggu saya dok berkira-kira apa yang patut diberi kepada tetamu sebagai buah tangan dan berapa jumlah yang patut disediakan. 

"Buat 200 pax je. Pastikan dalam bekas senang orang nak bawak" Ringkas dan padat arahannya. Awalnya memang kami hadkan tetamu seramai 200 orang sahaja sebagai mematuhi SOP covid-19. Memandangkan ramai juga kawan-kawan pengantin yang hendak dijemput maka kami naikkan jemputan hingga 300 tetamu plus 50 untuk VIP. Alhamdulillah kapasiti dewan juga mencukupi. 

Apa nak isi dalam paper bag:

  • Kerepek/biskut gula
  • Sweets/coklat
  • Potongan kek

Untuk VIP, kita tambah bunga telur dan biskut Danish (order via Shopee). 

So bermulalah misi menyiapkan 300 pax doorgifts untuk para tetamu. Mula-mula kita cari tempat shopping dulu. Kemudian ajak anak bujang jadi supir ke GM Kelang. Saja cari alasan sebab belum pernah menjejakkan kaki ke sana lagi. Banyak jugak kedai peralatan perkahwinan dan seperti biasa saya akan rambang mata nak buat pilihan. Tapi kita stick to the plan.

  • Paperbag putih (300+50)
  • Bekas/zip lock (350)
  • Uncang putih(350)
  • Bunga telur (50)
  • Kerepek
  • Sweets/coklat
Haruslah ada bahan bukti kat GM Klang.

Pilih zip-lock

Hitam ke putih?

Pasrah je bujang ni mengekor Ummi.

Dah penat memilih kami rehat dulu sambil pekena lunch kat Secret Recipe. Lepas tu solat zohor sebelum bertolak balik Ampang sementara jalan belum jam.

Favourite ever.

Sampai je rumah terus isi kerepek ke dalam bekas. Kemain semangat nak tengok hasilnya.

Buat sample dulu...

Sambil tampal sticker


Siap

Oleh kerana bahan doorgifts belum mencukupi maka kami cari masa untuk ke Chow Kit pulak. Alhamdulillah everything complete dan harga pun berpatutan. Cuma parking parking agak payah... tapi dah namanya rezeki, dapat juga parking dekat dengan kedai. Alhamdulillah.

Lengkap dengan bunga telur, paper bag dan uncang.

Tambah biskut gula untuk budak-budak.


Untuk sweets dan coklat, saya pilih beberapa jenis buat campur-campur, kemudian sumbat je dalam uncang dan ikat sambil lepak-lepak me-time depan TV. 





Siap.

Ready untuk diangkut ke dewan kenduri.

Slice cake from KDE

Depa siap pack dalam kotak

Nak isi dalam paper bag.

Tenaga kerja pada petang sebelum hari kejadian.

Siap

Siap susun pada pagi hari kenduri.

Untuk VIP kita letak bunga telur satu sorang.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Semoga tetamu berpuas hati.

Malam malam di The Campus Ampang

Semalam, tiba-tiba sahaja semua anak-cucu balik memeriahkan rumah nenek. Seperti selalu kalau benda-benda unplanned  begini tidaklah nenek n...