Wednesday, 2 April 2025

Jalan-jalan Malam Raya

"Jom keluar jenjalan KL..." Usai sahaja pengumuman raya, terus kami bersiap untuk keluar jenjalan dimalam raya. Dah macam buang tebiat tapi takpe kita layankan saja sebab raya kali ini tidak seperti tahun-tahun lepas. Lagipun semua urusan masak memasak dah selesai sejak petang lagi.

Saloma Bridge... sepatutnya bermacam warna, tapi sempat snap masa lampu merah je. 

KLCC dengan lampu-lampu... kita berpada sahaja dengan kualiti kamera yang tak seberapa ini buat kenangan.

Belok cari parking di Sogo.

Rezeki dapat parking selepas memusing beberapa kali.

Punya la ramai manusia... tetiba teringat keadaan di Mekah dan Madinah.

Makcik pakcik buang tebiat berposing tengah jalan masa lampu merah. Kita playing tourist.😁

Thank you hubby. Done wish list nak tengok KL by night di malam raya.

"Okay, dah tahu suasana malam raya di kota raya KL sekarang..." Sebelum ini saya selalu dengar KL lengang bila tiba hari raya. Sekarang baru tahu suasana sebenar. Begitulah.

Sekian.😊

Tuesday, 1 April 2025

Kuih Raya di Aidilfitri

Tahun ini tiada homemade kuih raya. Kebetulan anak menantu offer untuk belikan kuih raya di GM Kelang, so kita kirim beberapa jenis kuih yang biasa di makan. Total belian dalam RM100++ sahaja. Selebihnya dari rezeki pemberian hamper dari tempat kerja hubby. 

Hasil belian dari GM Kelang. Dua balang dah selamat sebelum Syawal lagi.😁

Hamper daripada tempat kerja hubby.

Cukuplah buat hidangan di meja makan bila-bila ada tetamu datang bertandang. Semoga raya tahun ini lebih baik dari sebelum ini. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Aidil Fitri 2025

Tahun ini Aidilfitri kami sangat tenang dan sederhana. Kami hanya beraya berdua sahaja. Anak no-1, 2 dan 3 beraya di rumah mertua. Anak no-4 sedang menjaga isteri dalam pantang dan anak no-5 nun jauh di perantauan. Memandangkan kami sangat pasti 1 Syawal akan jatuh pada hari Isnin (31 Mac 2025), maka dua hari sebelum raya saya dah beli lauk-pauk dan bahan-bahan untuk masak rendang. Dan awal pagi hari Ahad lagi saya dah mulakan operasi merendang. Saya blend bahan-bahan tumis dan siapkan basuh ayam dan daging. By Asar semua dah siap. Untuk berbuka hari terakhir Ramadhan saya cuma goreng mihun sahaja.

Rendang ayam in the making.

Tambah rendang daging pulak.

Sekuali mihun goreng untuk berbuka.

Pepagi hari raya saya reheat apa yang patut dan sediakan hidangan atas meja sebelum bersiap untuk solat hari raya di Masjid tepi rumah.

Usai solat kita jamah apa yang ada sebelum ambik gambar self-timer syok sendiri sekitar rumah. Kemudian kami bergegas ke Nilai untuk projek cukur jambul cucu ke-5 yang baru masuk usia seminggu.

Nasi impit + rendang ayam dan daging buat sarapan dipagi raya.

Selpi self-timer dalam rumah...

...luar rumah.

...tepi rumah.

Sepanjang perjalanan ke Nilai kita ambik masa untuk video call dengan anak menantu yang tidak dapat pulang beraya. Terimakasih kepada teknologi terkini yang mendekatkan yang jauh, boleh la Ummi ayah melepaskan rindu pada anak-cucu yang sentiasa dekat di hati.

Full house.🥰

Kami tiba di Nilai dalam pukul 11.30 bagi. Baby baru lepas menyusu so kita teruskan dengan projek cukur rambut dan belah mulut oleh daddy, mummy, nenek dan tok ayah, (very close and intimate). 😍

Dengan cucu yang baru berusia seminggu.

Sebelum cukur... rambut kemain lebat.

Daddy mencukur dengan komfidennya.

Dah butakkk…

Alhamdulillah, walau tidak ramai, Aidilfitri kali ini tetap meriah dengan penambahan ahli keluarga baru. Semoga cucunda membesar dalam perliharaan Allah dan sentiasa menjadi penyejuk mata ayah bonda. Aamiin.🌹

1 Syawal 1446H

Sekian.😊

Friday, 28 March 2025

Bye Unser… terima kasih untuk lebih 20 tahun

Setahun selepas kereta Unser ini diberi nafas baru, tetiba tersadai semula bila hubby masuk kerja full time di KUPTM. Nak harapkan saya memang tak boleh harap la sebab dah malas nak handle kereta manual. Maka selepas hubby tamat tempoh perkhidmatan selama setahun, (Jun 2023) kami ulangi proses baik pulih kereta Unser seperti sebelum ini. Alhamdulillah kali ini tiada servis major yang diperlukan dan bateri kereta pun masih berfungsi. Kami cuma bawa pergi basuh, isi minyak dan pam tayar.

Seperti biasa, isi minyak di Petron tepi rumah.

Kesan over-use melampau…

Pam tayar.

Banyak kesan karat dek terbiar berpanas, berhujan.

Masih gagah. 

{Cerita baik pulih sebelum ini boleh baca sini}

Namun, cerita lama berulang kembali. Kereta bertuah itu tersadai lagi hampir setahun dek kesibukan tuan empunya yang tak kira masa.

“Kita jual lah kalau ada orang nak beli…” Demikianlah plan terakhir… namun Unser itu tersadai lagi untuk kesekian kalinya sehinggalah hubby bulatkan tekad walau apa pun terjadi kami kena buat sesuatu daripada membiarkan ianya tersadai umpama besi buruk. 

Maka pada suatu hari yang indah, (selepas asyik tersadai dan terbiar) hubby terus hubungi ‘penarik/pembeli’ kereta lama/terpakai daripada kad yang depa selitkan di cermin kereta. Hubby pun tak kisah berapa depa sanggup bayar asalkan ada orang sanggup menerima kereta yang telah berjasa selama lebih 20 tahun. Hubby terus buat temujanji dan depa datang dengan bateri spare. Lepas a little chit chat hubby serahkan geran dan kunci, depa start enjin dan bawa kereta pergi. Maka pada 24hb Februari 2025, kami berpisah secara rasmi. Dan depa bayar/transfer RM2000 sebagai saguhati.

Body Unser masih mantap.

Driver’s seat… menjadi kenangan sepanjang jalan.

Tempat anak-anak menuju kehidupan…

Geran dan kunci bertukar tangan.

Lambaian terakhir…semoga berbahagia di tempat baru.

Selepas sebulan, kami ke JPJ Wilayah Persekutuan di Setapak untuk proses tukar hak milik kenderaan. Sampai sahaja ke JPJ, kami terus parking, naik tangga ke Pintu 2, ambik dan isi borang pertukaran hak milik kenderaan kemudian ambik nombor giliran.

Isi borang dulu.

Servisnya sangat laju. Dalam setengah jam sahaja semua urusan siap. Dan pada hari Rabu, 26hb Mac 2025 secara rasminya Unserku menjadi milik orang. Semoga pemilik baru ini akan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Aamiin.🌹

(Dalam ingatan: 17/5/2004 - 24/2/2025 ❤)

Sekian.😊

Wednesday, 26 March 2025

Lipitor vs Diabetes

Hari ni (puasa 25 Ramadhan) tetiba rasa nak buat blood test. So lepas balik dari JPJ tadi saya ajak hubby singgah di Farmasi AA Taman Permata. Sambil tu saya beli ubat batuk untuk saki-baki batuk balik dari Jepun.

Saya buat ujian glukos dan bacaan kolestrol dalam darah. Untuk kolestrol, saya memang dah agak bacaannya cantik sebab saya ambik Lipitor 20mg sejak tahun lepas. Namun saya jadi stress bila melihat bacaan gula yang naik mendadak hingga 6.8 (maksimum 5.5 sahaja kalau berpuasa) walaupun saya konsisten menjaga makan.

Bacaan glukos yang agak tinggi...6.8

Bacaan kolestrol cantik... 3.28 sahaja.

Sebelum ini saya dah cuak untuk ambik Lipitor memandangkan side effect yang tak bagus. Mengikut survey, Lipitor memang akan menaikkan bacaan gula dalam darah. Bila dah terbukti maka terpaksalah saya memilih antara dua. 😭

Sebelum ini bacaan gula saya sentiasa cantik. Tapi bila dah melepasi tahap bahaya maka saya terpaksa memilih cara yang lebih baik. Selama ini pun dah penat nak kontrol pengambilan gula dalam makanan, bila ada unsur lain yang menambahkan beban maka terpaksalah kita mencuba cara lain pulak. Saya cuba stop pengambilan Lipitor buat sementara waktu hingga bacaan gula saya stabil. Sambil itu saya tetap monitor bacaan kolestrol dengan meneruskan makanan alami semula. Mudah-mudahan ada kebaikan dalam kehidupan ini. Aamiin. 🌷

Sekian.😊

Malam malam di The Campus Ampang

Semalam, tiba-tiba sahaja semua anak-cucu balik memeriahkan rumah nenek. Seperti selalu kalau benda-benda unplanned  begini tidaklah nenek n...