Saturday, 14 December 2024

Santai @TRX Exchange

Semalam teman hubby ke TRX Exchange, jalan-jalan melihat kawasan. Minggu depan hubby ada program di Exchange 106, so kita cuma nak dapatkan feeling macamana untuk sampai ke sana. Seperti biasa bila pergi ke mana-mana mall yang besar, makcik akan ambil gambar tempat parking kereta supaya tidak sesat bila nak balik nanti. 

"Jom makan dulu." Seperti biasa juga, pergi memana pun tidak sah kalau tidak diserikan dengan aktiviti makan-makan. Maka ayuhlah kita cari sarapan dulu. Hubby sangat berhati-hati bab makan dan bila banyak kedai yang diragui kehalalannya, kita singgah di kedai yang paling kurang rasa was-was. Kami makan di Santai Yamcha. Walau tanda Halal jelas terpampang tetaplah kita berhati-hati. Kami pilih yang non-meat sahaja.

Kedai sebelah buat Grand Opening, maka ramailah pengunjung yang mula beratur sejak awal pagi.

Cili padi, kicap dan sambal kering siap atas meja.

Nasi lemak biasa.

Prawn chee cheong fun.

Usai sarapan kami pusing kawasan sambil window shopping. Kebanyakan kedai yang ada tak padan dengan dua orang makcik-pakcik yang dah pencen. So kita sambung berjalan hingga keluar mall sambil playing tourist. 



One for the memory.

Sebelum balik kita singgah mengopi dulu sebagai penutup. Kami singgah di 8 Ounce Coffee Co. Boleh bayar guna HSBC card, so dapat 20% off dari total price.  Hubby wajib pekena kopi O pepagi, dan saya akan pilih minuman sejuk selepas penat berjalan (dalam mall). 

Americano for hubby, matcha latte for makcik. Yogurt tu kita share sorang sikit.

Alhamdulillah selesai urusan, ayuhlah kita pulang. Semoga Allah mudahkan urusan yang seterusnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Monday, 9 December 2024

Overnight @Avillion PD

“Jom teman gi PD. Ada program CBP kat Avillion. Kena gi awal sebab meeting start kul 10 pagi...” 

Ayuhlah kita. Maka pada hari Sabtu, 30hb November kami gerak dari rumah seawal pukul 7:45 pagi bagi mengelak jalan jam dan sempat singgah di R&R Nilai untuk sarapan.

Nasi lemak biasa sambal bilis petai.

Kami tiba di Hotel Avillion dalam pukul 9:30 pagi, cukup masa untuk segarkan diri sebelum hubby masuk meeting pada pukul 10 pagi. 

Cantik pulak bilik air yang terletak di lobi hotel ini.

Tong sampah pun estatik.

Pintu bilik air 'LADIES'... nak kena perhati signboard betul-betul baru jumpa.

Ruang menunggu yang lapang.

Sementara menunggu hubby meeting saya buat carian google 'mall near me'. Google suggest Regina Mall yang hanya 8 minit drive dari hotel. Dalam hati saya berangan nak cari kedai kopi untuk duduk melepak sambil me-time. Rupa-rupanya mall ni agak lengang. Yang ada hanya supermarket The Store, kedai Mr DIY, Guardian dan beberapa kedai lain yang saya dah lupa namanya. So saya hanya habiskan masa jalan-jalan keluar masuk kedai sambil window shopping.

Mall yang sangat lengang, mungkin sebab masih awal pagi.

Usai membeli beberapa barangan yang perlu, saya keluar mencari makan tengahari. Dah alang-alang ke Nogori, haruslah kita cari masak lomak cili api. So saya ke Restoran Citarasa Kampung. Alhamdulillah parking pun mudah dan pengunjung pun masih belum ramai. Saya tapau nasi putih, ketam masak lomak dan ikan talapia goreng berlada untuk bawa balik makan di bilik hotel.

Cantik pulak lakaran di dinding kedai ini.

Saya tiba di hotel semula hampir pukul 1 tengahari. Hubby masih belum habis meeting. Alhamdulillah pihak hotel benarkan check-in awal (biasanya selepas pukul 3 petang). Dapatlah saya terus masuk bilik hotel untuk makan dan berehat.

Hotel atas air, cuak jugak diwaktu musim hujan begini.

Hubby selesai mesyuarat pada pukul 5:30 petang. Sempatlah kami keluar ke pantai Riau mengambil angin petang dan menikmati keindahan sunset. 

Sunset dan laut yang tenang.

One for the memory.

Pantai Riau, Hotel Avillion.

Sebelah malam hubby sambung meeting lagi dan selesai hingga tengahari esoknya. Sepanjang masa saya hanya berehat (me-time) di bilik hotel sahaja. Sebelum ini kami pernah menginap di sini dan saya dah habis explore sekitar hotel sementara hubby attend program. So, kali ini kita duduk lepak dalam bilik sahaja, malas nak keluar ke mana-mana. By pukul 12 tengahari kami check-out... for home sweet home.🌹

Cerita sebelum ini boleh baca di sini.

Sekian. 😊

Sunday, 8 December 2024

Happy Bday Tok Ayah

Semalam 7hb Disember, meningkatkan setahun lagi usia hubby. Dah masuk 57 tahun mengikut kiraan takwim masihi. Alhamdulillah semua anak menantu dan cucu berkumpul di rumah bonda. Masing-masing bawa bahagian dan memainkan peranan memasing... ada pizza, kek, satay, air minum, masa dan tenaga untuk memeriahkan majlis.

Bahagia bersama cucu-cucu.

Happy birthday untuk Tok Ayah kepada cucu-cucu saya.❤️Semoga usia diberkati dan diberi kerahmatan untuk usia yang berbaki. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Monday, 2 December 2024

Kenduri @Glasshall, Putra Height

Setiap kali menerima jemputan kenduri dari sahabat Gojezes haruslah tidak dilepaskan peluang. Alhamdulillah hubby sangat memahami betapa eratnya hubungan Gojezes yang telah bersahabat sejak dari Tingkatan 1 hingga kini. Walau dah hampir 45 tahun berlalu namun hasil dari makan dan tinggal bersama selama 5 tahun di asrama menghasilkan ukhuwwah yang mantap. Dan kali ini kita berjumpa lagi sempena kenduri kawin anak kedua kepada sahabat Gojezes di Glasshall, Putra Height. Tuan rumah merupakan sahabat sarapan pagi saya. Kami sentiasa bersarapan bersama saban pagi di dewan makan sekolah.

Pelamin dan pengantin dari jauh.

Ucapan ringkas dari pengantin lelaki, anak tuan rumah.

Dengan tuan rumah (mak dan ayah pengantin) serta rakan sekereta dari Ampang-Shah Alam. 

Sebahagian dari rakan-rakan sekolah menengah.

Gojezes everywhere.

Sebahagian dari Saing Sokmo-sokmo, KB84.

Terimakasih kepada tuan rumah atas layanan mesra, dewan yang selesa dan makanan yang sedap. Semoga ukhuwwah berpanjangan. Aamiin.🌹

Sekian cerita pada hari Sabtu 17hb November 2024. 😊

Keindahan langit di halaman sendiri

Selepas beberapa hari hujan turun tanpa henti, hari ini langit dinihari kelihatan cerah kembali. Alhamdulillah kita masih dapat menyedut udara segar untuk sehari lagi. Ayuhlah kita nikmati hening pagi bersama rumput yang masih basah dek embun pagi di halaman rindu ini.

Langit yang menyimpan seribu rahsia alam.

...sungguh indah.

Warna langit menghampiri sunrise.

Masa zaman kanak-kanak riang di kampung dahulu, makcik selalu duduk bersembang dengan bff petang-petang. Port lepak paling best haruslah di tepi bendang. Kami boleh duduk sahaja sambil melihat pergerakan awan dan perubahan warna langit. Sungguh, saya rindu saat bersahabat dengan alam. Mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada bff makcik dan kita semua hingga keakhirnya. Aamiin. 🌹

PS: Sebelum ini makcik lebih suka tengok sunset, membayangkan langit yang setia menutupi semua rahsia alam, namun sekarang sunrise memberi suasana yang lebih tenang untuk hati dan perasaan.❤️

Sekian. 😊

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...