Wednesday, 17 April 2024

Aidil Fitri 2024: Tentang keluarga & JJCM @KB

Pada hari raya kedua kami masih di KL dan menerima jemputan ziarah raya daripada anak saudara hubby yang tinggal di Jalan Dutamas. Hubby merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ramai abang dan kakak dah kembali kepada Pencipta. Yang tinggal hanya dua orang kakak hubby, dan kami telah menjadi golongan tua (generasi yang hampir pupus) dalam keluarga dikelilingi anak-anak saudara dan cucu-cicit saudara yang ramai. Walau tidak berpeluang untuk berkumpul ramai-ramai dek kesibukan urusan masing-masing hubby tetap mengambil berat tentang anak-anak saudaranya dimana perlu. So dikesempatan Aidil Fitri ini kita ambik peluang menghubungkan silaturahim sesama saudara.

Sebelum ini, anak saudara hubby ini tinggal di Ipoh, Perak dan baru berpindah ke KL awal tahun ini. Mereka menyewa di kondo Royal Domain. Pertama kali juga saya jejak kaki ke kondo ini. Nampak sangat tenang dan terjaga. Depa hidang satay dan roti jala. Kami banyak berborak tentang kisah-kisah lama (ala-ala jejak kasih) dek lama tidak bersua. 

Keluarga arwah abang kedua hubby, bersama kakak ipar serta anak dan cucu saudara.

Pada hari Jumaat (3 Syawal), kami meneruskan perjalanan ke Pantai Timur pulak. Hubby dah beli ticket (Air Asia) untuk penerbangan pada pukul 8.45 pagi ke Kota Bharu. So seawal subuh kami dah gerak ke KLIA2 dan parking kereta di sana. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar dan kami tiba di Airport Pengkalaan Chepa pada pukul 9.45 pagi dan disambut oleh anak nombor dua yang dah tiba pada petang hari raya pertama lagi.

Langit Kota Bharu yang cerah dari tingkap flight.

Dari airport kami singgah sebentar di rumah besan saya sebelum ke majlis doa selamat dan aqiqah cucu saudara hubby di Pasir Tumbuh. Alhamdulillah dapat berjumpa saudara mara yang turut hadir menyerikan majlis.

Bersama kakak dan abang ipar serta anak-anak saudara hubby.

Di tepian sungai…

Di bawah pohon buluh…

Selpi wefi..

Usai menyambung silaturahim kami terus check-in di homestay di Taman Uda Murni. Hubby sewa rumah melalui airbnb untuk tiga malam dan sambung lagi satu malam di Hotel Perdana. Dan selama 4 hari dan 4 malam di Kota Bharu, banyak masa di isi dengan menziarahi keluarga hubby. Tak cukup dengan jamuan hari raya, jemputan makan dan kenduri, kita tambah lagi dengan jalan-jalan cari makan menu 'only in Kelantan'. 

Pada hari Sabtu pagi kami menghadiri kenduri akad nikah anak kepada besan kami di Guchil Bayam. Di sebelah tengahari anak nombor tiga datang menemani Ummi dan ayah sambung beraya selepas selesai urusan beraya bersama mentuanya di Pahang dan Terengganu. Merangkap supir, bolehlah anakanda membawa Ummi dan Ayah jalan-jalan cari makan sambil bersiar-siar di sekitar Kota Bharu.

Mengopi @Nasken Coffee.

Disebelah petang pula kita jalan-jalan cari colek di PCB sebelum bersiar-siar di Tambatan Di Raja, di tepian sungai Kelantan. 

Megi udang @PCB.

Ice cream kelapa.

Ikan celup tepung dan colek.

Hajatnya nak melihat ‘air teh tarik’ tapi elok pulak air sungai Kelantan ni berubah wajah di musim perayaan ini.

“Lama tak hujan, so air bukit tak turun, sebab itulah air nampak lebih jernih…” begitulah. Dek kerana tiada hujan menyebabkan suhu sangat panas hingga mencapai 40 darjah dan ramai sahabat yang mengalami air telaga yang dah kering kontang.

Tok Ayah dan cucu kesayangan.

Nampak jernih pulak air sungai ini.

Bersama anak nombor 3 dan menantu.

Pada hari Ahad, pagi-pagi lagi kami dah ke rumah Cik Yah, sepupu hubby di Kg China. Seperti biasa, Cik Yah akan hidang nasi dagang buat sarapan.

Nasi dagang @ Kg China.

Keluarga @Kg China.

By pukul 3:00 petang anak nombor 3 dah bergerak balik ke KL semula. Despite jalan sesak teruk, mereka selamat tiba di rumah pada pukul 3 pagi, selepas 12 jam bertarung di jalan raya. Anak kedua pulak balik naik flight bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Tinggalah kami berdua meneruskan aktiviti makcik-pakcik pencen berhari raya dengan menyewa kereta untuk dua hari.

Roti tempayan plus kari kambing for early dinner.

Seawal pukul 8.30 pagi hari Isnin kami dah bersedia untuk check-out dari homestay. Selepas meletakkan kunci rumah di tempat asal kami terus bergerak ke Pejabat Tanah dan Jajahan Daerah Kota Bharu untuk urusan pertukaran (nama) hak milik tanah hubby kepada anak saudaranya. 

Unit Hasil @ Pejabat Tanah Kota Bharu.

Usai semua urusan kami ke AEON Mall, window shopping cuci mata dan menyejukkan badan sementara menunggu waktu untuk check-in di Hotel Perdana.

Kek pandan gula melaka @Hazukido.

Nasi Sumatera ayam kampung for lunch.

Usai makan tengahari kami check-in di Hotel Perdana dan berehat sebelum keluar semula ke Suwarinjinda Cafe bersama anak-anak saudara hubby, Hafiz, Nani dan Ati (Anak-anak Che' Tah) untuk makan malam.


Miang pla.

Daging bakar (harimau menangis).

Pulut mangga.

Hari terakhir kami di Kota Bharu, kami hanya duduk berehat di hotel sahaja bagi melepaskan lelah setelah sibuk ke sana-sini menyambut raya. Kami turun sarapan di hotel dalam pukul 9.15 pagi dan duduk makan santai-santai. Banyak jugak menu yang menarik tapi saya hanya pilih yang ringan sahaja. 

Telur separuh masak, bubur nasi dan mee kari.

Roti canai, buah dan teh tarik.

Usai makan, kita bersiar-siar sekitar hotel. Kami tidak berlama-lama sebab cuaca masih panas membahang. Kesian jugak mendengar cerita sahabat-sahabat yang tinggal di Kelantan tentang masalah air (yang berlarutan sekian lama) dan cuaca yang panas kering.

By pukul 12:30 tengahari kami check-out dan terus ke airport untuk pulangkan kereta sewa. Sementara menunggu flight pukul 4:00 petang kami hanya duduk menunggu di airport sahaja. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar. Kami tiba di KLIA2 dan disambut oleh anak kedua dan tiba di rumah dalam pukul 9:00 malam. Home sweet home.

Sekian cerita Aidil Fitri tahun ini. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah. Amiin.🌹

Monday, 15 April 2024

Aidil Fitri 2024 (1445H) @Ukay Perdana

1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Rabu, 10hb April 2024 selepas 29 hari rakyat Malaysia berpuasa. Pada petang sebelum pengumuman hari raya semua anak-menantu (kecuali anak no-5 yang masih di perantauan) pulang ke rumah untuk berbuka buat kali terakhir di bulan Ramadhan 1445H. Usai berbuka barulah saya kelam-kabut bersilat di dapur untuk penyediaan juadah hari raya. Kali ini saya hanya buat rendang daging, rebus nasi impit, ayam masak merah, acar jelatah dan nasi hujan panas dengan bantuan anak-menantu. Semua bahan asas telah saya sediakan lebih awal maka urusan masak-memasak menjadi lebih mudah. Alhamdulillah semua urusan memasak selesai dalam pukul 12.30 malam/pagi sebelum kami borak-borak di meja makan sehingga pukul 2.00 pagi.

Solat Aidil Fitri di Masjid Ukay Perdana.

Aktiviti utama selepas solat raya dan makan-makan haruslah berposing sakan. Oleh kerana saya masih lagi jet-lag ditambah lagi dengan tidak cukup tidur dek sibuk di dapur pada hari dan malam sebelumnya maka saya (macam zombie) cuma menurut sahaja aktiviti bergambar  sebelum sambung tidur semula (tak sedar diri) hingga ke petang.

Girls only... missing menantu no-4 dan anak no-5.

Nenek & Tok ayah with cucu- cucu.

Yang ada di pagi Aidil Fitri.

Boys only... missing anak no-4.

Sebelah petang giliran anak sulong dan anak no-3 beraya bersama mentua pula dan diganti dengan kehadiran anak no-4 bersama isteri. Seperti biasa kita buat acara wajib dulu dengan bergambar kenangan. 

Bersama anak no-4 dan menantu.

Last sebelum anak no-2 pulak balik ke rumah mentua.

Oleh kerana belum sempat bergambar berdua dipagi Aidil Fitri dek kalut dengan anak cucu (dan saya pun dah rupa zombie) maka kita tunda bergambar ke petang hari. 



Kata orang, raya is about family, maka walaupun tidak semua anak-anak dapat pulang beraya dalam satu masa, kita masih boleh gunakan teknology terkini untuk cipta kenangan... yang jauh kita dekatkan dan yang dekat kita rapatkan. 

Raya bersama sakura, katanya.

Setelah seharian sibuk beraya, tiba masa untuk semua anak-anak pulang ke tempat masing-masing. Oleh kerana ayahanda bermurah hati untuk menghantar anak no-2 ke airport untuk pulang ke rumah mentua di Pantai Timur maka ke KLIA pulaklah kita.

Bye... kita jumpa semula pada hari raya ketiga.

"Kosong dah rumah... last-last tinggal kita berdua je..." Komen hubby sebaik sahaja tiba di rumah semula. Barangkali merindui kemeriahan Aidil Fitri lagi. Menghampiri usia senja begini saya dah mula menerima kenyataan bahawasanya kita akan sendiri akhirnya. Begitulah kehidupan. Semoga Allah merahmati kita semua. Amiin.🌹

Sekian.😊

Sunday, 14 April 2024

Majlis nikah anak besan di Kota Bahru

Sabtu 12hb April/ 4 Syawal 1445H

Hari ini hari kedua kami di Kota Bharu. Pepagi lagi saya dan hubby dah bersedia menunggu anak no-2 datang ke homestay untuk menjemput kami ke majlis akad nikah adik iparnya (lelaki). Kami menyewa homestay di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa. Majlis nikah akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Jalan Guchil Bayam. Sementara menunggu semua ahli rombongan tiba, kami berkumpul di rumah besan saya di Taman Harian dahulu sebelum bergerak bersama-sama (8 buah kereta) mengiringi pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.

Dulang hantaran mas kawin/wang hantaran.

Hiasan bunga atas dulang.

Pelamin akad nikah (dari jauh).

Anak no-2 semangat jadi dulang girl.

Dengan dulang hantaran mas kawen.

Doorgift yang unik.

Kacang hijau diukir menjadi buah-buahan mini.


Dengan besan dan mempelai, raja sehari.

Besan saya.

Besan kami.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan anak no-2 saya selamat menerima biras baru dalam keluarga mentuanya. Tahniah kepada keluarga besan saya. Semoga pasangan pengantin berbahagia hingga ke akhirnya. 

Selambak doorgift extra untuk tetamu istimewa, katanya. 

Sekian cerita di pagi hari raya ke-4. Semoga Allah merahmati kita semua. Amiin.🌹

60 Days in UK: Last day dah, jom balik Malaysia.

Ahad, 31hb Mac 2024

Hari ini hari ke-60 kami di bumi bertuah ini dan merupakan hari terakhir saya menemani hubby menjalankan tugas mencari rezeki. Kami check-out dari hotel pada pukul 12.30 tengahari dan terus keluar berjalan kaki menuju ke Terminal 4, Heathrow Airport. Oleh kerana flight kami pada sebelah malam dan malas pulak nak berjalan ke mana-mana dalam cuaca sejuk, maka kami duduk menunggu di kawasan airport sahaja. . 

Alhamdulillah walau terpaksa menunggu hampir 9 jam, tidak terasa masa berlalu agak pantas.

Beg yang sentiasa beratur menurut perintah.

Duduk melepak di arrival hall dulu.

Menunggu di departure hall pulak.

Kami duduk menunggu bergilir dari arrival hall ke departure hall kemudian ke arrival hall semula sambil ambik masa untuk solat di surau (multi faith room), tengok Netflix, scroll hp, baca Quran dan termenung. Sedar tak sedar dah tiba masa untuk check-in bagasi dan bersedia untuk boarding.

Time to check-in luggage.


Ready to go.

Sementara menunggu waktu berlepas, kita berbuka dulu. Hubby beli makanan di Costa Coffee dan kami berbuka ala kadar sahaja.

Hubby sempat lagi buat kerja di celah-celah kesibukan.

Iftar 21 Ramadhan.

By pukul 8.20 malam dah boleh boarding di Gate 8. Alhamdulillah semua urusan sangat lancar. Masuk sahaja dalam flight dan pasang tali pinggang keledar saya terus tidur, bangun sekejap untuk makan dan tidur semula walau sentiasa terganggu dengan bunyi-bunyian yang tidak diingini. Tapi kita tepis semua dan tidur selagi boleh. Sedar-sedar kami dah selamat tiba di KLIA dan disambut oleh anak nombor 4 dan menantu tercinta dan terus berbuka puasa di rumah anak nombor 2 dengan kehadiran anak sulong dan anak nombor 3, menantu dan cucu-cucu. Full house lah kiranya walaupun missing puteri bongsu. Semoga Allah kurniakan kebahagian kepada keluarga kita di dunia dan akhirat. Amiin.

Sekian. 😊

Tuesday, 2 April 2024

60 Days In UK: Jalan-jalan Cari Buku & Iftar @Makan Kafe.

Sabtu, 30hb Mac 2024

Hari ini hari ke-59 kami di bumi bertuah ini. Kami tiada apa perancangan yang spesifik untuk hari ini melainkan nak keluar berbuka di Makan Kafe yang terletak di Portobello Street, London sambil bersiar-siar. Hubby ingin menyambung misi mencari buku di kedai buku Foyle di Tottenham Court Road, maka ayuhlah kita ke sana sementara menanti waktu berbuka puasa.

Cuaca sangat terang tapi masih lagi ada hawa sejuk. Kami keluar dari hotel dalam pukul 2:00 petang, terus ke Terminal 4 untuk naik train Elizabeth Line. Kemudian tukar ke Central Line di Ealing Broadway untuk ke Tottenham Court Road. Sepatutnya Elizabeth Line boleh terus ke Tottenham Court tapi untuk Easter Holidays ni depa stop sampai Paddington sahaja untuk engineering work (kerja-kerja baik pulih). Semua destinasi selepas Paddington ke East London di bekukan untuk hari ini.

Cuaca sangat baik.

Semasa kami tiba di kedai buku, pengunjung sangat ramai. Tak sangka masih ramai yang minat membaca (buku) secara fizikal walau semua ilmu/maklumat ada dihujung jari. Saya hanya shorlist beberapa buku yang mungkin boleh dibeli kemudian (atau secara online) sebab takut terlebih muatan beg untuk naik flight nanti.

Bacaan ringan.

Lean In... harus nak kena beli.

Shortlist buku hubby. Nak beli kemudian sebab agak berat, takut lebih muatan beg.

Usai menilik buku kami patah balik ke tube station Tottenham Court Road semula. Kebetulan ada pertunjukan The Butterfly Trail di Centre Point, bersebelahan tube station, maka kita singgah sebentar menikmati work of art yang ada. Saya dah pernah singgah sebelum ini dengan anakanda puteri, kali ini kita temankan hubby pulak.


The Butterfly trail.

Lepas dah puas melihat-lihat, kami ambik tube Northen Line dan tukar tube Bakerloo Line ke Paddington sambil berjalan-jalan menambahkan bilangan langkah. Kemudian kita ambik Hammersmith&City Line dan turun di Ladbroke Grove untuk berbuka di Makan Kafe.

Hiasan dalaman yang menarik.

Dah mula makan baru teringat nak snap gambar. Done Iftar 20 Ramadhan. 

Usai makan kami patah balik ke Paddington untuk naik train Elizabeth Line terus ke Terminal 4, Heathrow Airport. Kelam kabut jugak sebab ada gangguan perjalanan dek kerja-kerja penyelengaraan. Tapi kita selamba je berlari-lari anak kejar train. Terlupa sekejap yang diri dah dipenghujung usia. Kami tiba di hotel semula lewat malam dan menjadi penumpang terakhir dalam train. Tiba-tiba teringat cerita The Final Destination.😅

Train dah kosong.

Kita je ada... dah macam final destination pulak.

Makcik & pakcik pencen selpi wefi syok sendiri.

Langkah terakhir sebelum balik Malaysia.

Alhamdulillah setel urusan hari ini dengan jumlah langkah lebih 10k. Esok dah nak gerak balik Malaysia. Moga Allah mudahkan urusan seterusnya. Amiin.

Sekian. 😊

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...