Wednesday, 11 October 2023

Setel loan rumah dan dapatkan geran hakmilik.

Dah lama hubby impikan kehidupan bebas hutang. Setakat ini kami tiada berhutang dengan sesiapa kecuali hutang bank untuk loan rumah dan kereta. So, bila dah mencapai umur layak mengeluarkan duit KWSP maka kami bersetuju untuk setelkan loan rumah. Masa beli rumah hari tu hubby ambil loan Public Bank (Islamic). Memandangkan dah menghampiri usia senja maka kami decide untuk bayar semua loan yang ada walaupun tempoh bayaran hingga umur 65 tahun.

"Kita bayar je semua, senang hidup bebas hutang." begitulah.

Maka sebaik sahaja mencapai umur 55 tahun (Disember 2022) iaitu umur pencen yang dah boleh keluar KWSP maka kami keluarkan duit dan bayar semua loan. (Guna duit hubby la... makcik mana mampu 😄) Masa nak bayar tu mudah sahaja. Kita hanya perlu pergi bank bawa S&P rumah dan kad pengenalan, bagitahu kata nak buat settlement. Mengkala kata nak buat bayaran, laju depa buat kerja. Depa akan bagi nombor akaun dan jumlah akhir yang perlu dibayar. Kemudian kita perlu ke kaunter pejabat KWSP terdekat, bagi kad pengenalan dan nombor akaun bank serta jumlah yang nak transfer. Depa setel buat transfer online dalam masa 2 hari. Laju betul masa nak buat bayaran. Lepas tu, tunggu je bank release dokumen untuk transfer hakmilik. 

Yang jadi masalah ialah bila nak transfer ownership. Masa dalam loan, rumah tu adalah milik bank. Bila dah habis bayar loan baru depa transfer jadi milik kita sepenuhnya. Nak dapatkan transfer hak milik tu yang makan masa. Banyak step-step nak kena ikut, padahal nak ambik harta sendiri je pun. Kami menunggu lebih dua bulan baru ada perkembangan. Bila kami ke bank untuk update perkembangan terkini depa suruh cari lawyer untuk setelkan semua benda. Lepas tu baru bank akan release dokumen kepada lawyer yang kita pilih untuk setelkan bagi pihak kita. 

Loan Department Public Bank, Tingkat 2.

Kami ambik lawyer yang bank sediakan sahaja, untuk memudahkan kerja, kata hubby. Malas nak cari lawyer yang lain. So kami terus ke pejabat lawyer yang disarankan oleh bank. Ofisnya pun tak jauh dari bank. Jalan kaki dalam lima minit dah sampai. Kami serahkan semua dokumen yang diperlukan serta bayaran penuh untuk kos pengurusan (RM1217.80). Tak pasti kenapa angka itu tidak digenapkan. 

Saya pun tak pasti dimana mudahnya. Dah lebih sebulan macam tak ada progres lagi. Beberapa kali saya call lawyer, beberapa kali juga depa bagi alasan yang bank belum release dokumen.

"Sekarang semua kena hold. You tau kan itu owner bank baru meninggal. Kena setel urusan keluarga dulu... so semua agreement kena hold kasi setel mereka punya urusan.." begitu kata puan lawyer, mengikut fahaman saya la. Entah betul entah tidak, saya pun tak pasti. Entah-entah ada reason lain. Apa-apa pun, kita teruskan bersabar.

Sementara itu kami uruskan pertukaran alamat pemilik dan pembayaran cukai tanah di Pejabat Tanah Gombak di Selayang. Oleh kerana hari itu hari Jumaat kami percaya pejabat akan ditutup pada pukul 12 tengahari. Maka bergegaslah kami bergerak dari Cheras terus ke Selayang dan tiba di sana dalam pukul 11.45 pagi. Rupa-rupanya depa tutup pagar pada pukul 11.30 pagi dan bukak semula pada pukul 3 petang. Apa nak di kata, kami cuma terlewat beberapa minit sahaja sebelum pagar ditutup. Maka berlalulah kami mencari makan, lepas tu hubby singgah solat Jumaat di Masjid berdekatan sementara saya lepak di Library Selayang yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Tanah Gombak. Bila Pejabat Tanah dibuka semula pada pukul 3.00 petang, kami pun terus ke kaunter untuk urusan pembayaran. 

Isi borang dulu. Kena pilih borang yang betul.

Setelah disemak rupa-rupanya kami terlepas membayar cukai tanah sejak tahun 2016 lagi. Apa nak dikata, terpaksalah kita jelaskan bayaran yang tertunggak untuk tujuh tahun beserta fi lambat bayar. Begitulah…mudah-mudahan Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik. Lepas dapatkan resit bayaran, saya snap gambar dan terus hantar ke pejabat lawyer. Lepas tu tunggu je pihak lawyer setelkan urusan pertukaran hak milik. Akhirnya by hujung bulan Mac 2023, secara rasminya rumah kesayangan ini menjadi milik mutlak kami.  (Atas nama hubby la… saya tumpang seronok sahaja). His house my home… gitu.

Moga Allah sentiasa kurniakan kerukunan dalam rumah tangga ini. Amiin.

Sekian.😊

Tampal gigi geraham

Dah lebih seminggu gigi geraham bahagian atas sebelah kiri ini terasa ngilu. Saya tak pasti gigi yang mana satu. Mungkin antara tiga batang gigi geraham yang belakang sekali. So untuk mengelakkan keadaan makin buruk dan membuang segala teka-teki maka saya terus cari masa untuk ke dentist. Dan seperti biasa Klinik Pergigian Sharifah Aminah tetap menjadi pojaan hatiku. Walau jauh di Greenwood sana tetap juga kugagahi driving dari Ampang.

Biasanya saya akan walk-in sahaja. Haruslah kena call dulu untuk pastikan slot masih ada untuk walk-in. Biasanya kalau doktor tak sibuk dengan appoinment atau operation, kita boleh je slot in anytime. Depa buka klinik untuk sesi pagi dan petang. Kali ini saya pilih sesi petang. Depa bukak klinik pukul 2.30 petang, pukul 2.35pm saya dah tercongok depan kaunter menjadi patient pertama.

“Gigi semua okay, tiada lubang, tiada retak… Ngilu mungkin sebab erosion sikit. So kita bersihkan dan tampal sikit.” Begitulah. Gusi dah tua ni, gigi pun asyik mengalami kesan erosion. Depa caj RM100 untuk tampalan dan RM30 untuk consultation. Dalam masa satu jam saya dah balik rumah semula. Alhamdulillah. 

Balik rumah, kita terus google tentang tooth erosion untuk kemaslahatan masa depan. Yang penting, untuk sementara waktu ini kena kurangkan makanan berasid/masam bagi mengurangkan hakisan pada gigi. Sambil itu kita teruskan memberus gigi dan floss gigi seperti biasa. Cuma perlu tambahkan floride dalam aktiviti mencuci gigi. Moga Allah bantu.

Saya dah pernah alami kejadian sama pada hujung tahun lepas. Boleh baca ceritanya di bawah.

Cerita sebelum ini.

Sekian. 😊

Monday, 9 October 2023

Grading Taekwondo cucu sulong & ziarah anak saudara di Dengkil.

Hari Sabtu baru ni was a big day untuk cucu sulong saya. Tadikanya buat ujian Taekwondo Grading di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi. Tak pasti pulak dalam daerah mana, Sepang atau Dengkil. Seawal pukul 7.30 pagi nenek and tok ayah dah gerak dari Ampang. Dari hiway PLUS kami ambik exit 212A Southville City menuju ke Dengkil. Bukan main semangat nak tengok cucu beraksi. Masa kami sampai, dewan dah penuh, so kita jenguk-jenguk dari luar dahulu. Biasalah, semua orang pun angkut satu famili untuk sama-sama bagi semangat buat budak-budak cilik. 

Ready for the big day.

Depa buat ujian in groups of 10-15 students so perjalanannya agak laju. By the time giliran cucunda tiba, kami dah boleh masuk dewan dan boleh tengok depa beraksi depan-depan. By pukul 9.45 pagi cucunda dah selesai buat ujian grading.

“Dah dapat tali pinggang kuning ke? Ke calit kuning je?” Seperti biasa Pak Abu, anak nombor tiga saya memang suka menyakat anak saudara nan seorang itu. Kita tunggu sahaja keputusannya nanti.


The proud nenek and tok ayah.

Dan seperti biasa, dah alang-alang ke Dengkil kita tambah lawatan ke rumah anak saudara hubby. Last minutes plan, rupa-rupanya depa agak busy di sebelah pagi so kami decide untuk pergi ziarah mereka pada sebelah petang. Sementara itu kita balik ke Putrajaya dahulu untuk late breakfast di kafe Presint 9g/7. Apa entah nama kedainya. Lupa pulak. Seperti biasa, saya akan ambik telur separuh masak dan roti bakar. Usai sarapan kami lepak di rumah anak nombor satu sambil layan cucu.

Rupa-rupanya rumah anak saudara hubby yang terletak di Taman Mawar tu dekat sangat dengan Dewan Serbaguna tadi. Dah macam kena patah balik ke sana semula. Tapi takpe kita tiada masalah untuk buang masa jalan-jalan berdua-duaan. Kami gerak dari Putrajaya dalam pukul 3 petang dan tiba di rumah anak saudara hubby dalam pukul 3.30 petang. Borak-borak selama lebih satu jam sambil menjamu selera hidangan air tangan tuan rumah. Anak saudara hubby itu pandai masak dan peramah saling tak tumpah seperti arwah ibunya (kakak ipar hubby). Kami banyak terhutang budi dengan keluarga (arwah abang dan kakak ipar) ini sejak lama. Semoga Allah ganjari mereka dengan sebaik-baik ganjaran. 

Desserts.

Puding caramel.

One with them.

Alhamdulillah dapat jugak berziarah anak saudara yang tertangguh sejak sekian lama. Kata orang sambil menyelam sambil minum air. By pukul 5 petang kami gerak balik Ampang semula dan tiba di rumah sebelum Maghrib.

Sekian. 😊

Friday, 6 October 2023

Sarang lebah di laman.

Bila tiba musim panas baru-baru ini banyak makhluk Allah yang datang bertandang. Alhamdulillah setakat ini saya masih bertahan dengan makhluk-makhluk yang singgah dan berlalu pergi. Walau banyak yang meninggalkan jejak yang menyakitkan hati tapi kita masih dapat bersabar. Sepanjang saya menikmati laman sekangkang kera ini banyak tinja kucing yang terpaksa saya bersihkan, bangkai binatang mati yang terpaksa dipusarakan, tanpa menidakkan kebahagiaan berinteraksi dengan alam. Saya suka mendengar kicauan burung di waktu pagi, rama-rama yang pelbagai warna, pepatung, belalang, tupai, kucing jiran… semuanya boleh dijadikan kawan. Tapi bila pada suatu pagi yang dingin, tetiba ternampak sarang lebah maka haruslah kita mengambil langkah proaktif. Tak daya nak proses sorang-sorang, saya panggil pakcik potong rumput untuk tolong setelkan masalah yang datang.

Seketul sarang lebah dicelahan dahan pokok.

Mudah sangat tengok pakcik tu buat kerja. Dia kumpul ranting dan daun kering. Lepas tu buat unggun dan bakar di bawah sarang lebah tu. Kemudian dia biarkan unggun api tu berasap naik hingga ke sarang. Tak sampai 30 minit semuanya selesai. Kemudian dia potong dahan pokok tu dan buang.

Kumpul ranting dan daun kering.

Buat unggun api dan bakar.

Moga Allah sentiasa hindari dari perkara-perkara yang tidak baik di laman ini. Amiin.

Sekian. 😊

Port Dickson balik hari.

Masa anak-anak kecik dahulu kami selalu bawak mereka ke Port Dickson. Kadang-kadang mengikut hubby bila-bila masa ada program di sana. Adakala kami pergi balik hari sahaja. Dan sejak dah tinggal berdua ini, from time to time saya akan browse through kenangan lama. Kadang-kadang saya akan buka album melihat gambar-gambar kenangan secara fizikal. Adakala saya akan baca balik apa yang tercatat dalam blog. Dan hari ini tetiba pulak terjumpa cerita yang telah hampir dua tahun tersimpan dalam draft. Maka dalam senggang masa yang ada ini kita sambung kembali cerita yang tertunda sekian lama.

Saya tak pasti bila exactly kami ke sana. Yang pasti ianya berlaku dalam dua tahun yang lepas, semasa negara terchenta ini sudah menghampiri ke penghujung zaman PKP. Kami keluar awal pagi bersama anak nombor 4 dan 5 sahaja dan singgah makan di Original Pak Lang Kopitiam, Port Dickson sebelum bercanda di tepian pantai. 

Nasi lemak telur mata.

Nasi ayam.

Ummi, ayah baru belajar buat ‘peace’.

Sentiasa dengan mask bila keluar rumah.

Saya tak pasti bila sebenarnya pantai Port Dickson ‘dicemari’ dengan pandangan yang kurang enak. Selama saya berkunjung ke sana memang pemandangannya sangat cantik dengan pantai yang tenang dan bersih seperti dalam gambar-gambar di bawah.




Kemain depa dua beradik.

Sabo jelah abang melayan adik bongsu.


One with anak bujang sebelum naik pelamin.

Pantai yang lapang dan tenang.


Empat ketoi syok sendiri.

Begitulah rakaman memori dua tahun lepas. Kami keluar pagi dan balik petang. Cukuplah jalan-jalan balik hari sahaja. Kini, pada pandangan saya, pantai Port Dickson tidak lagi seindah dahulu. Mudah-mudahan ada pihak-pihak yang berkenaan sudi mengambil inisiatif untuk mencantikkan kembali pantai lejen ini demi kemaslahatan industri pelancongan kita. Amiin.

Sekian. 😊

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...