Wednesday, 8 February 2023

Berurusan di JPJ, WPKL.

Sejak akhir-akhir ni banyak pulak dapat surat saman. Saman JPJ, saman parking dan macam-macam lagi. Apa nak dikata, semuanya dek kerenah anak-anak bujang yang bawa kereta ayah depa macam harta sendiri. Dah kereta semua under nama ayah maka ayahlah yang nak kena setel semua benda. Hubby pulak tak minat nak guna apa-apa apps, maka terpaksalah isteri mithali ni menemani semua urusan di kaunter.

First thing first haruslah nak kena setel urusan saman speed trap. Dah satu hal pulak kereta kena black list. Rupa-rupanya still nak kena register guna QR code kat pintu masuk sebelum depa bagi nombor giliran. Walaupun nak berurusan di kaunter kena jugak download apps. Mujurlah makcik ni ada sedikit ilmu tentang internet. Bolehlah untuk ikhtiar hidup.😁

To kaunter saman...beriya nak kena senarai hitam. 

Kaunter bayaran. Done bayar saman.😌

Kebetulan dah tiba sana kami uruskan sekali hal geran kereta Unser yang tersalah letak entah di mana. Usai urusan di kaunter saman kami ke bangunan kaunter geran pulak. Kaunternya di tingkat 2.

"Boleh buat di kiosk je Encik, free. Kalau kat sini kena isi borang dulu lepas tu bayar RM50." Apo... bila turun ke kiosk, terus nampak notis, harap maaf, bla...bla. terpaksa naik atas semula, isi borang dan tunggu giliran di kaunter. 

Kiosk under maintenance pulok.😅

Sambil menunggu hubby setel kerja saya pun menyelit renew lesen kereta di kaunter lesen.

"Akak boleh renew lesen kat pejabat pos je. Tak perlu datang sini..."

"Akak ada bawa gambar tak? Kalau takde kena ambik gambar kat sebelah sana. Tapi kurang cantik la sebab instant"

"Akak ada bawa IC? Kita copy gambar IC pun boleh..." 

Apa-apalah dik oi... makcik mengikut sahaja. Yang penting saya dah siap renew lesen untuk lima tahun. Tak perlu buat apa-apa hingga tahun 2028.😁

Drivers License done.

Sekian.😊

Tuesday, 7 February 2023

Putrajaya & Kiddytopia IOI City Mall.

Cuti hari Wilayah tahun ini jatuh pada hari Rabu, so boleh la orang KL dan Putrajaya tambah cuti sehari lagi. Tapi apa nak dikata hubby pula tetiba kena outstation ke Terengganu. Perginya pada hari Selasa dan pulang semula pada hari Rabu, kerja solo, tak perlu bawa bini. Maka terpaksalah saya membawa diri ke tempat anak-anak. Takut pulak nak duduk rumah sorang-sorang terutama dimalam hari.

“Ummi tido umah Dayah lah…”

“Tido rumah Iman pun buleh…”

Alhamdulillah dengan adanya anak-anak yang duduk dekat-dekat memang melegakan rasa dan minda. Oleh kerana dua-dua anakanda putri pun tinggal di Putrajaya maka kita raikan hidup dengan cuti Hari Wilayah di sana. Bila hubby dah selamat tiba di KLIA untuk penerbangan ke Kuala Terengganu maka saya pun terus gerak ke Putrajaya dan tiba sana dalam pukul 7:00 malam. Usai solat Maghrib kita nikmati malam di Putrajaya dengan anak menantu dan cucu. Dinner di 10 Grams Gourmet, Ayer@8. Lepas makan kita jalan-jalan ambik angin tepi tasik sebelum menikmati keindahan cahaya lampu di Secret Garden.

Esoknya sambung aktiviti di IOI City Mall sambil layan cucu masuk Kiddytopia. Nenek duduk cokoh kat tepi sahaja. Pepandailah depa main ditemani Ciksu dan Cikda mereka. Bila tiba masa hubby dalam perjalanan balik KL semula maka saya pun beransur balik rumah. Begitulah aturannya.

Pizza & pasta @10 Grams Gourmet.

Momen-momen yang pasti dikenang.







The best Ciksu and Cikda in town.😁

Nasi lemak udang for breakfast @Bungkus KawKaw, IOI City Mall.



Gelang entrance ke Kiddytopia, nenek masuk free.

Enjoying the slide.

Dalam lautan bola-bola.

Ciksu gigih melayan anak-anak sedara terchenta.

Sekian cerita cuti hari Wilayah pada 1hb Februari 2023.😊

3 Abduls @ Cafe Jeliro Sengoti

“Ummi, jom lunch ike bekok, Ein bawak..” Boboy nan seorang ni memang suka ajak Umminya keluar makan. Kali ini kami ke kedai makan Cafe Jeliro Sengoti. 

Hari tu dah pernah try datang dengan hubby tapi selepas dua tiga kali pusing tak jumpa terus give-up. Kali ini kami cuba lagi. Dan selepas dua kali pusing baru jumpa kedainya. Tempat ni memang secluded, memang tak nampak langsung keberadaannya dari jalan utama. Tapi dengan kehebatan orang muda dan kuasa viral, mudah je depa cari jalan. Tempatnya sempit sahaja dengan susunan meja yang agak padat. Parking pun main selit-selit tepi jalan sahaja. Uniknya sejak kami tiba dan hingga kami habis makan, tak putus-putus orang datang, bersilih-ganti. Tempat duduk yang disediakan tak pernah kosong padahal dah lepas waktu makan tengahari. Menu utamanya ialah nasi putih, singgang ikan tongkol, ulam budu dan ikan gelama (bekok) goreng. Ada tambahan ayam goreng, daging harimau menangis dan pelbagai sup serta kerabu mangga… (dan lain-lain lagi)


Daging harimau menangis RM38 sepiring.

Ike bekok RM17 sepiring.

Geng 3 Abduls with partners.❤

Signboard pun haluih beno. Betul-betul kat sebelah kedai tayar MRR2. Memang tak perasan langsung kedainya di situ.

Wajah-wajah ceria yang kekenyangan.🥰

Sekian. Next time boleh datang lagi.😊

Monday, 6 February 2023

Breakfast date @Restoran Rebung by Chef Ismail

Dah lama tidak berjogging di Taman Botani Perdana, nama baru bagi Taman Tasik Perdana. Bila dapat berjogging kita sambung aktiviti cari makan pulak. Dah alang-alang parking kereta kat bangunan parking bertingkat tu terus sahaja kami bersarapan di Restoran Rebung yang terletak di level 5.

Rupa-rupanya depa buat Breakfast Buffet. Boleh walk-in. Depa caj RM21 seorang tanpa had. Banyak jugak menu yang ada... nasi lemak, lontong, roti canai, mihun goreng, nasi goreng dengan pelbagai lauk dan kuih-muih, teh tarik dan kopi-O. Semuanya menu Melayu. Walaupun ada banyak menu, saya hanya mampu ambik nasi lemak, kuih dan teh tarik sahaja. Terus rasa kenyang.😁

Nasi lemak + ayam+ paru goreng crunchy.

Teh tarik kaw.


Restoran ni memang berkonsepkan Melayu tradisional. Daripada hidangan menu dan susun atur serta hiasan dalaman semuanya berkonsepkan Melayu lama. 

Hiasan dinding bergantungan.

Hiasan ala desa bersebelahan main entrance.

Pinggan mangkuk legend.

Kawasan makan di bahagian luar.

Ampaian baju Kedah 


Kalau ada rezeki lepas ni kita cuba buffet Ramadhan pulak. Sekian.😊

Jogging @Taman Botani Perdana.

"Jom jogging... lepas tu breakfast kat Rebung..." Dah banyak kali hubby buat cadangan tapi asyik tak menjadi dek pelbagai alasan.

Alhamdulillah, kali ini kita buat sampai jadi. Kami keluar pukul 7:30 pagi, tiba sana tepat jam 8:00 pagi. Buat stretching, and briskwalk dulu sebelum mula berlari. Benarlah kata orang, malang tidak berbau. Tengah asyik berlari macam arnab, (padahal briskwalking je sebenanrnya) tetiba pulak kasut joggingku lekang dan koyak. Maka terpaksalah kita meneruskan perjalanan dengan berjalan bak kura-kura. Yang penting perjuangan harus diteruskan. Sambil tu kita nikmati keindahan alam sepanjang jalan.

Sebelum apa-apa, kita study peta laluan dulu.

Air terjun Tembusu sumbangan Yayasan Albukhary Foundation.

Air terjun lagi.


"Wah... pencinta alam ke?" Terkejut makcik bila sedang asyik mencari sudut foto, tiba-tiba disapa oleh pengunjung lain.

Nampak pelik pokok ni dengan akar-akar berselirat di batang pokok.

Akar-akar pokok bunga orkid rupanya.

Orkid yang cantik.

Kemboja putih yang entah berapa tahun umurnya. Tengokkan batang tu macam dah sangat veteran dah.

Kawasan kartun untuk kanak-kanak.

Makcik yang makin tembam.😅

Lepas ni nak kena cari kasut jogging baru. Sekian.😊

Malam malam di The Campus Ampang

Semalam, tiba-tiba sahaja semua anak-cucu balik memeriahkan rumah nenek. Seperti selalu kalau benda-benda unplanned  begini tidaklah nenek n...