Tuesday, 4 February 2020

Jalan-jalan KL

Dah lama saya berhajat nak jalan-jalan santai di KL. Biasanya sibuk nak tengok tempat orang, padahal kat tempat sendiri pun banyak lagi yang belum sampai. Selalunya kalau kata nak gi KL haruslah dengan urusan. Kalau saja-saja nak jenjalan tu memang tak kesampaianlah jawabnya. Masa anak-anak kecik dulu adalah jugak hubby bawa melawat tempat-tempat menarik tapi masa tu memanjang dok kalut kepung anak.

Alhamdulillah kebetulan ada hero dua orang ni sedang bercuti maka bolehlah penuhi hajat Umi. Mana-mana yang boleh pergi sendiri kita angkut je hero-hero tu sebagai bodyguard. Tambah pulak ada cek mek molek buat teman maka ke KL lah kita disuatu pagi yang indah.

KL Tower

Destinasi pertama haruslah ke KL Tower. Alhamdulillah cuaca sangat terang dan nyaman. Parking pun senang.

"Rezeki bawa mak pi jalan..."

Kemain ceria... memasing.

Abang mithali.. layan je si adik tu posing sana-sini


Sebenarnya saya tak buat proper planning pun. Kata orang, ikut je ke mana hati terasa nak pergi. So bila dah sampai kat KL Tower ni, kami cari sahaja mana-mana port yang menarik. Kebetulan kami tiba dah menjelang tengahari maka kami terus pekena nasi campur kat kafe yang ada. Bila perut dah kenyang baru senang nak ke mana-mana.



Kat sebelah KL Tower tu depa adakan rumah terbalik. Yuran masuk RM19 seorang kalau ada mycard, boleh bergambar selama 20 minit kat dalam rumah 2 tingkat tu. Tapi tak menarik mana pun. Ada satu dua spot sahaja yang boleh bawak bincang. Yang lain semuanya macam tak kena. Memang tak berbaloi langsung dengan jumlah bayaran RM76. Lagipun kita tak pandai nak buat gaya-gaya tunggang terbalik tu. Tapi sebab dah bayar, kita positifkan diri. 

Abang ngan adik in action.

Bolehlah....

Terbang.

Penceroboh.

Terbang lagi.

Kami tak berlama-lama sebab nak ke Pasar Seni Central Market pulak. Menjelang lunch hour jalan pun agak jam. Tapi biasalah kan, tak KL lah kalau tak jam. Alhamdulillah rezeki parking sangat mudah. Selepas dua kali pusing kami terus dapat parking depan Pasar Seni. Terus masuk cuci mata tanpa membeli apa-apa.




Bila bawa budak-budak muda haruslah nak kena layan perangai hipster depa. Usai cuci mata di Pasar Seni maka menapaklah kami ke kafe hipster, Merchant Lane yang terletak di Petaling Street. Kafe ni di tingkat satu dalam bangunan yang agak buruk. Saya tak pasti samada bangunan tu betul-betul buruk atau depa saja buat gimik. Tapi hiasan dalamannya agak menarik dan unik.

Set-set suka posing



Asalnya kami hanya nak mengopi dan mengeteh sahaja tapi tetiba pulak rasa lapar selepas berjalan jauh tadi. Maka masing-masing buat order sendiri. Harga semua tak kisah sebab kita cuma nak enjoy. Kita swipe sahaja kad ayah hangpa.






Selepas makan nak dessert pulak. Maka kita singgah cari ice-cream di Urban Artisan Cafe pulak.  Kafe ni hanya jual ais krim dengan pelbagai perisa. Depa pilih perasa apa ntah tak kena langsung dengan tekak senja saya. 

Kemain, harga kalah nasi lemak.

Selepas makan kami berjalan-jalan menyelusuri kedai-kedai dan gerai sekitar Petaling Street. Rasanya baru pertama kali saya singgah di sini. Memang banyak barangan jualan yang menarik tapi tak cukup menarik untuk saya berbelanja. Akhirnya kita cuci mata sahaja.


Alhamdulillah, kami tak perlukan banyak belanja. Hanya bayar minyak kereta, tol dan parking. Selebihnya buat belanja makan. Paling penting kudrat harus mantap dan buka hati untuk enjoy the day dan jadikan ianya ibadah.

PS: Lain kali kita ke tempat lain pulak.

Wednesday, 29 January 2020

Short break, katanya.

"Dah buat booking ke belum?" Berkali-kali hubby tanya tentang program hujung tahun baru ni. Dah lama berhajat nak berehat di tepi pantai. Ada beberapa pilihan pantai tapi seperti biasa terpaksa slot in masa hubby kurang sibuk sahaja. Usahkan nak cari pantai, nak cari masa yang sesuai pun susah. 

Kata je cuti hujung tahun tapi awal tahun baru boleh tunaikan. Akhirnya saya buat booking untuk satu malam di Hotel Thisle PD. Daftar masuk hari Khamis 2 Januari dan keluar hari Jumaat 3 Januari. Kami booking untuk dua bilik attached sebab nak angkut anak menantu dan cucu sekali. Kata orang, bercuti lebih meriah kalau ada budak kecik. Boleh lepak-lepak sambil tengok depa main. Dah alang-alang on the way gi PD kami singgah Putrajaya ambik cucu dan Mummynya dulu. Daddy follow kemudian selepas habis kerja.

Lepas ambik cucu kami stop over di Masjid Sri Sendayan untuk solat Zohor sambil menikmati keindahan senibinanya. Memang cantik. Katanya mengambil idea bangunan Masjid Nabi dan Taj Mahal.


Kami tiba di masjid masa azan Zohor. Oleh kerana tandas dan tempat wudhu muslimat terletak agak jauh dari ruang solat utama masjid maka terpaksa lepaskan solat berjemaah. Almaklumlah orang perempuan ni banyak urusan, kena allow banyak masa sebelum solat. Kalau terkejar-kejar begitu memang tak merasalah solat berjemaah. Nampak dah hikmah mengapa Islam tidak mewajibkan perempuan solat berjemaah di masjid. Ruang solat wanita pulak terletak jauh di tingkat atas masjid. Kena  menapak naik tangga beberapa tingkat. By the time tiba di ruang solat dah semput. Kena rehat sekejap dengan solat tahiyatul masjid. Sebenarnya ada lif tapi saya selalu bebaskan diri dari menggunakan lif selagi mampu. Saya percaya lif hanya untuk OKU dan warga emas. Makcik perasan muda. Usai solat baru boleh menikmati keindahan seni bina masjid.

Saja nak bergalok.


Kami tiba di hotel dalam pukul 3 petang, cukup masa untuk check-in. Selepas berehat sekejap kami terus ke pantai. Alhamdulillah dengan cuaca terang dan pantainya yang agak bersih, bolehlah bermain pasir dengan tenang. Saya siap bawa eksesori plastik untuk bermain pasir dengan cucu, padahal nenek yang terlebih excited sebab tak sempat main masa kecik dulu. 




Cik mek molek berangan pergi Hawaii.

Seperti biasa setelah penat bermain pasir kami terus cari tempat untuk makan malam. Target untuk merasa makanan Thai sebab masing-masing mengidam nak makan kerang bakar, seafood dan tomyam serta ikan bakar dan stim. Masa pilih ikan dan seafood tu nampak fresh je semua benda tapi bila dah masak macam tak segar pulak. Tak pasti pulak adakah ianya hanya perasaan saya sahaja sebab tengok orang lain makan okay je semua.

Untuk sarapan esoknya kami dapat 4 baucer free untuk 4 adults. Selebihnya kami tambah lagi 2 baucer dengan harga RM35 seorang. Cucu comel tu boleh sarapan free. Tak banyak pilihan pun. Saya cuma ambik telur separuh masak, mee kari dan pastry serta salad dan buah. 

As always, pilihan utama makcik haruslah telur separuh masak.

Usai sarapan kami isi masa dengan lepak-lepak di sekitar kawasan permainan kanak-kanak sambil berrekreasi. 

Beriya main tembak-tembak




Dari bilik hotel.

Sebelum check-out sempat lagi menyusur pantai buat kali terakhir sambil melayan cik mek molek tu berposing tepi pantai. Sambil-sambil tu makcik pun tak lepas peluang, buat perangai macam orang muda. Mujurlah hubby pun sudi melayan.




Alhamdulillah, walaupun tiada perancangan yang teliti dapat juga keluar dari rutin harian. Lain kali boleh bercuti lagi. Moga Allah bantu.

Monday, 27 January 2020

Hari-hari hari bahagia.

Saya jarang sambut birthday. Buat celebration jauh sekali. Almaklumlah kita orang kampung tak pernah terfikir pasal umur. Lagi pulak dah menghampiri usia emas ni saya cuma nak duduk tenang-tenang sahaja memikirkan ajal yang akan datang bila-bila masa sahaja. Asalkan ada kudrat dan badan sihat sudah cukup untuk melalui hari-hari mendatang. Tapi apabila inbox saya penuh dengan ucapan  dan gambar-gambar kek dan bunga dari sahabat handai dan rakan taulan hati pun turut teruja dengan semua ingatan dan doa. Terasa diri ini sangat disayangi. 

Antara kek kegemaran saya.


Kebetulan pada tarikh birthday saya, hubby pi out-station, maka kita penuhkan masa dengan aktiviti bersama anak-anak bujang sahaja. Pepagi lagi saya ajak depa pi Ikea Damansara cari barang rumah sambil cuci mata. Kami target untuk breakfast+lunch sekali. Bertolak selepas orang dah pergi kerja sebab nak elak jalan jam. Sampai sahaja terus pi beratur untuk beli makanan kat kafe. 

Konon on diet, kita ambik salad sahaja.

Mek-mek yang suka posing.

Makcik, the birthday girl.

"Bestnya... Birthday Umi, tapi Umi yang belanja..." apa-apalah labu. Bukan duit Umi pun. Umi  bayar pakai kad ayah hangpa jugak.

Dengan juadah memasing.

Kami tak shopping sakan pun. Beli apa yang perlu sahaja. Tapi bila balik rumah excited pulak nak shopping kat Shoppee. Saja buang masa brows through katalog dia. Ada pulak anak dara dok promote kat sebelah, memang menjadilah. Tetiba terasa nak beli mini chopper padahal selama ni elok je pakai lesung batu. Bujangku siap bukakan akaun Shoppee. Hurmm... suka hati depa je. Alhamdulillah saya bukannya kaki shopping, tapi terjebak jugak la beli mini chopper tu. Depa siap cari review dan buat order. Saya bagi duit sahaja. Yang lain semua depa setelkan. Selepas dua hari barang selamat sampai depan rumah. Ala-ala present untuk diri sendiri.

Kemain makcik shopping online.

Nampak dalam gambar macam besar

Saya memang nak yang bersaiz kecil. Konon senang nak chop buah tomato buat sambal. Kalau pakai lesung batu asyik terpercik sahaja. Sehingga hari ini belum dicuba lagi. Masih simpan buat hiasan.

Setinggi batang pen je pun.

Seperti biasa setiap kali ada special occasion, hubby akan bawa family keluar makan. Sebaik sahaja balik dari out-station terus sahaja ajak keluar dinner walaupun tak cukup ahli. Spesel untuk isteri terchenta katanya.

"Nanti Dayah balik, kita keluar lagi..."

Royal Hadramawt Ampang. Missing Dayah.

Weekend selepas itu baru Dayah dapat cuti untuk balik rumah. Beriya pulak depa buat surprise beli present untuk Umi terchenta.

"Penat Ein dengar Umi asyik komen henfon pecah..." sebab itulah depa berpakat adik-beradik belikan henfon baru yang up sikit. Biasa la mak-mak memang suka mengomen.

Handphone saya memang dah retak seribu. Tapi asalkan boleh baca mesej dan contact, rasanya takde keperluan nak ganti hp baru. Saya bukannya ada business juta-juta nak perlu guna henfon 24/7. Tapi dah orang nak bagi kita terima saja dengan tangan terbuka dan sengih hingga ke telinga...

Padahal makcik bukan reti pun nak pakai henfon canggih.

First photo, haruslah of them all...

Alhamdulillah that weekend penuh rumah, maka sekali lagi hubby angkut semua orang keluar dinner. Kali ini kali pusing-pusing kat Publika sambil ambik angin malam.

The girls.

Full house 
Full house jugak.

PS: Pada usia mencecah 53 tahun, saya hanya inginkan pengakhiran yang baik. Moga Allah bantu....

Wednesday, 22 January 2020

Bubur cha cha ubi kayu.

Masa kat kampung dulu nenek selalu buat bubur cha cha gandum. Simple sahaja cara membuatnya. Mula-mula nenek akan bancuh tepung gandum dengan air dan sedikit garam. Buat ala-ala adunan lempeng/pancake. Lepas tu masak atas kuali macam nak buat lempeng/pancake. Bila dah masak, sejukkan sebentar lepas tu potong kecik-kecik sebesar batang mancis. Kemudian jerang santan, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa serta sehelai daun pandai. Bila mendidih masukkan lempeng yang sudah dipotong tadi. Kacau sebentar. Siap. Kalau rasa nak bagi nampak banyak, tambahkan segenggam biji sagu yang telah direndam dahulu.

Sekarang dah tak perlu buat lempeng lagi. Beli je bubur cha cha segera. Rebus biar empuk, lepas tu masukkan santan, sedikit garam dan gula secukup rasa. Siap. Nak lagi mudah, pakai je santan kotak.

Bubur cha cha segera.

Baru-baru ini kawan saya bagi ubi kayu. Agar tidak membazir saya potong kecik-kecik dan rebus. Lepas tu saya masak bubur cha cha dan campur dengan ubi kayu yang dah direbus tu. Biasanya orang letak ubi keledek dan ubi keladi dalam bubur cha cha tapi kita suka hati buat resepi sendiri.

Ubi kayu.

Potong dan rebus sampai empuk.

Tapis buang air rebusan.

Rebus bubur cha cha.

Alhamdulillah anak-anak semua balik penuh rumah, maka menjamu seleralah seisi rumah. As always depa makan bubur cha cha sahaja, ketul-ketul ubi kayu itu dibiarkan begitu sahaja. Sayalah tukang perabih ubi rebus tu, maka keesokan harinya terpaksalah bergelut dengan kembung perut dan sakit urat saraf. Walaupun dah tahu kita alah dengan ubi kayu tapi sebab tak nak membazir punya pasal maka kita bergelutlah sensorang. Alhamdulillah semuanya kembali normal selepas dua hari.

Singgah Nilai visit Cucu

Hari Khamis minggu lepas hubby ada kerja di Nilai. So sementara menunggu, kita curi masa jalan-jalan di AEON Mall Nilai sambil layan cucu.  ...