Friday, 4 October 2019

Jalan-jalan London Day 2: History & Memories

Isnin: 16 September 2019

Oleh kerana malam tadi tidur awal, by pukul 3 pagi semua dah pakat bangun. Almaklumlah waktu Malaysia dah pukul 10 pagi. Perut pulak lapar, apa lagi bermaggilah kita waktu dinihari. Saya bawa mamee lontong dan maggi kari dari Malaysia dengan tupperware serta sudu. Siap la..., lepas ni bilik hotel berbau kari.

Destinasi 1: Tower Hill

By pukul 6:30 pagi kami dah bersiap untuk keluar berjalan. Cuaca agak sejuk walaupun dah cerah. Dari hotel Holiday Villa, kami berjalan kaki sahaja ke Bayswater Tube Station yang memakan masa lebih kurang 10 minit. Bagus juga pepagi dah briskwalking. Dari sana kami ambik tube ke Tower Hill Station. 

Saya tak berapa arif tentang sejarah Tower of London dan Tower Bridge ni. Yang saya tahu tempat ini adalah kubu pertahanan British dari serangan musuh pada zaman dahulu. Hubby ada juga bercerita tentang sejarah British sepanjang perjalanan. Tapi saya cuma nganga, kepala dah sealed off dari sebarang new info. Saya cuma nak enjoy, posing-posing ambik gambar dan menikmati keindahan reka bentuk bangunan sahaja. Apa-apa nanti saya google sahaja. Senang cerita.

Tower of London

Banyak attraction kat sini kalau larat nak berjalan di kawasan berbukit.



Dinding tower dengan finishing batu yang unik.

Kat bawah Tower of London tu katanya ada penjara tempat menyiksa tahanan zaman dahulu.

Traitors Gate. Kat bawah tu penjara London Dungeon. Seram pulak.

Dah puas melihat-lihat senibina The Tower of London, kami menuju ke Tower Bridge pulak. Tower Bridge ni berbeza dengan London Bridge. Kata orang kalau pi London mesti berposing kat Tower Bridge ni. Bukti utama dah sampai London. So kita layankan sahaja. 

Tower Bridge


Quote of the day di pintu masuk Tower Hill Tube Station.. Setiap pagi depa tukar dengan quote yang baru.

Destinasi 2: Barking East London

Sepatutnya plan asal kami nak ke Buckingham Palace dan kawasan sekitarnya tapi disebabkan cuaca mendung dan gerimis so kami tukar plan B. Oleh kerana kami belum sarapan properly, (makan maggi dinihari tadi tak kira sarapan), maka kami terus ke East London. Mengikut google kat sana ada banyak kedai makanan halal. Kami cari kedai recommended by google. Ada satu restoran kat Upton Park tapi tak bukak pulak. Rata-rata kedai hanya akan buka waktu lunch hours hingga malam. Oleh kerana waktu semasa baru pukul 9:00 pagi, jadi kami meneruskan aktiviti briskwalking hingga tiba ke bus stand untuk terus ke Barking. Kami pusing-pusing sekitar Barking sambil cari tempat berehat. Alhamdulillah Vicarage Shopping Mall dah buka so kami ambik peluang pergi toilet dan cari kedai makanan halal. Alhamdulillah ada gerai Pakistan yang jual panini dan kebab roll serta samosa. Hubby order kopi panas dan saya order massala tea dan coke untuk anak bujangku. Total cost £12.80.

Lepas dah kenyang perut kami menapak lagi. Saya dah sedia pakai kasut sport yang selesa untuk berjalan. Hubby ingin melusuri memori lane sekitar Barking. Kata orang tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat belajar, bermain dan tempat cari jodoh. Dulu hubby buat First Degree di University East London. Lepas tu bertemu jodoh, cintan cintun. Lepas tamat belajar, kami bekerja sementara di London. Cukup duit terus nak nikah sebab nak balik Malaysia sesama. Kami diijabkabul di Barking Muslim Community Centre. Lepas nikah kami balik Malaysia dan buat kenduri kecil- kecilan sahaja. Alhamdulillah masih cintan cintun hingga kini. Sekarang dah ada lima anak, dua orang dah nikah. Kami tak kisah kalau anak-anak nak menikah semasa belajar. We knew the feelings. Provided depa mendengar kata, kami sokong je kalau dah sampai jodoh. 

Bangunannya masih seperti dahulu, cuma diberi nafas baru.

Sepanjang perjalanan hubby tak habis-habis mengimbau kenangan zaman belajar dahulu. Daripada rumah sewa pertama hinggalah ke zaman tamat belajar. Rupa-rupanya banyak cerita suka-duka yang belum dikongsi sebelum ini.

Dulu tak sempat berdating kat Tasik Barking ni.

Barking Park

Setelah puas mengimbau kenangan kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Oleh kerana perjalanan ke sana melalui stesen King's Cross maka kami ambik peluang stop over di situ sebentar. Sambil beli air dan makanan ringan dan cari toilet.

Kings Cross Station.



Destinasi 3: Stadium Arsenal

Kalau dah namanya kaki bola haruslah kena selit juga melawat stadium bola. Kebetulan stadium yang paling dekat di London adalah stadium Arsenal maka ke sanalah kita. Dari stesen King's Cross tadi kami menuju ke stesen Halloway. Lepas tu jalan kaki dalam 10 minit lagi untuk ke stadium.

Depa sediakan program melawat stadium dengan harga  £25 seorang bagi lawatan simple. Simple ni maksudnya kita bebas melawat sekitar stadium tanpa pengiring. Suka hati kita nak masuk ceruk mana mengikut laluan yang disediakan. So bolehlah masuk bilik pemain, tempat mesyuarat, bilik rehat, tempat latihan, bilik persalinan, bilik reporter, bilik tetamu dan berangan jadi VVIP. Lepas tu boleh terus masuk ke padang tapi tak boleh pijak rumput. Lepas tu boleh abadikan foto famili dengan harga £20 untuk satu set. Dalam kepala otak saya rasa macam membazir je tapi tak tahulah apa ada dalam kepala kaki bola, sanggup berhabis duit dan masa demi bola.

Teruja pulak tengok rumput karpet.

Dalam lif

Makcik VVIP kat Diamond Club.

Berangan jelah.

Sempat tengok cara depa kemaskini padang bola.

Baru faham kenapa padang rumput tu nampak berbelang-belang. Rupa-rupanya sebab mengikut arah mesin pemotong rumput tu. Rumput tu semua ditanam mengikut satu arah sahaja. Apabila mesin bergerak mengikut arah rumput jadi warna lain. Tapi apabila mesin tu memotong menongkah arus maka rumput tu seakan terselak. Sebab tu nampak warna berbeza macam berbelang.

Tempat temuramah.

Bilik persalinan.

Kemain dapat sijil

Layankan saja dedua depa ni.


Kami menghabiskan masa selama 40 minit dalam lawatan stadium. Dapat feel macamana susahnya para pemain tu mencari rezeki. Nampak dari luar bukan main glamor tapi hakikatnya depa terpaksa melalui kehidupan yang penuh disiplin untuk berjaya kekal dalam satu-satu team.

Lepas dah puas melayan bola, kami menghala balik ke hotel semula. Perut pun dah lapar sebab belum lunch. Singgah beli shawarma halal kat Taza Kebab yang terletak di Bayswater. Beli air dan buah di kedai runcit sederet dengan hotel kami menginap. Alhamdulillah, untuk makan minum di London ni sangat mudah. Banyak makanan halal. Tak cukup dengan shawarma, by pukul 6:30 petang kami pi terjah kantin Malaysia Hall pulak sebab dah mula kemaruk nasi. Baru dua hari tak pekena menu Melayu macam dah hilang nikmat hidup. Kebetulan Malaysia Hall ni terletak tidak jauh dari hotel kami menginap, apa lagi, kita sambung exercise kaki.

Kantin Malaysia Hall sebiji macam restoran nasi campur kat Malaysia dengan hidangan menu yang pelbagai. Harganya boleh tahan juga. Satu hidangan nasi campur £5-£7 bergantung kepada jenis lauk. Ada ayam, daging, kambing, sotong, udang dan ikan serta pelbagai sayur dan lain-lain pelengkap hidangan. Air  biasa £1.00

Selamat menjamu selera.


Umi punya.. siap ada ikan kering.

Alhamdulillah, setelah menikmati makanan Melayu, malam tu dah boleh tidur dan bangun macam biasa. Hari ni dah dapat lebih dari 10000 steps. Mudah-mudahan esoknya masih bertenaga untuk meneruskan langkah.

Wednesday, 2 October 2019

Jalan-jalan London Day 1: KLIA-London

Sabtu: 14 September 2019

Seperti biasa, tiap kali hendak ke mana-mana hubby akan siapkan semua plan dan itinerary perjalanan. Kebetulan kali ini kami pergi purposely untuk bawa bujangku jenjalan melihat hasil senibina di kota London maka depa buat planning dua beranak. Saya hanya mengikut sahaja, malas nak campur urusan depa anak beranak. Semua urusan daripada booking flight tickets, sewa hotel, transport semua depa dah siapkan sebulan sebelum berlepas. Saya cuma siapkan barang keperluan dan packing luggage sahaja.

  • Pasport antarabangsa 
  • Duit tunai Pound Sterling secukupnya 
  • Kad bank yang sudah diaktifkan untuk kegunaan di luar negara
  • Pakaian yang sesuai dan mencukupi. Sentiasa update weather forecast untuk pilih baju yang sesuai. 
  • Keperluan solat.
  • Kasut sport untuk berjalan
  • HP/Camera dan charger
  • Ubatan jika perlu
  • Makanan kering jika perlu. Saya bawa maggi dan serunding daging serta minuman 3 in 1.
  • Keperluan khidmat diri (berus dan ubat gigi, lotion, lip balm dan sebagainya)
  • Beg spare yang boleh lipat dan sumbat (untuk isi hasil shopping nanti)
  • Dan lain-lain barang keperluan peribadi.

Pada hari kejadian kebetulan Nina balik dari asrama untuk pulang bermalam wajib maka dapatlah depa dua beradik hantar umi, ayah dah abang ke KLIA. Kami gerak usai solat Maghrib untuk flight MAS jam 11:30 malam. Alhamdulillah masih banyak masa untuk lepak makan-makan dan sembang-sembang sebelum berlepas. Alhamdulillah flight on time. By pukul 10:30 malam kami masuk ke balai pelepasan. Sempat lagi tukar duit pound sterling sebelum naik train ke terminal. Exchange rate  RM5.28 untuk satu pound sterling (£1).

First thing first haruslah mark tempat parking

The whole lot

Yang pergi.

Yang kena tinggal.

One for the family back home. (Selamat boarding).

Alhamdulillah flight on time. By the time nak take off saya dah lena. Maklumlah kita princess ni memang tidur awal. After two hours depa bagi late dinner. Lepas tu sambung tidur through out the journey. Two hours before landed depa serve breakfast pulak. Total perjalanan 13 jam non-stop. Kami selamat tiba di bumi London pada jam 5:30 pagi hari Ahad, local time. Kat Malaysia dah pukul 12:30 tengahari. Beza masa 7 jam.

Ahad: 15 September 2019

Semua urusan imigresen berjalan dengan lancar dan selamat. And the journey began. Anak bujangku dah siap siaga dengan kameranya. Mudah-mudahan berbaloi dengan belanja yang ayah keluarkan. (Walaupun dah bekerjaya semua belanja daddy yang sponsor...)

The proud daddy and son.

The first picture taken @ Heathrow Airport.

Apa-apa pun kita breakfast dulu. Lepas tu setelkan khidmat diri, cari simcard dan beli kad untuk transport sepanjang di London. Kami beli simcard kat mesin sahaja. Bayar £25 untuk penggunaan vodafone selama 15 hari. Kami beli satu untuk bujangku sahaja. Hubby guna roaming daily RM38/day. Saya malas nak beli apa-apa. Nanti guna wifi hotel sahaja. Lagipun saya nak habiskan masa untuk melihat dan menikmati pemandangan sekitar London. So tak perlulah nak tengok handphone. Guna hp untuk ambik gambar sahaja. Balik hotel nanti baru kita mengadap dengan free wifi. 

Untuk travel card kami beli kat kaunter sahaja. Travel card tu depa panggil Oyster harga £25 seorang. Oyster card tu boleh digunakan untuk bas dan tube sekitar London, so kami guna sahaja kemudahan yang ada. Dia cuma tolak amount yang kita guna macam Touch and Go. Jimat masa dan tenaga, tak perlu beratur beli tiket atau bawa cash. Bila dah habis, kita cuma perlu topup kat mesin guna debit card. Pastikan kad bank itu telah diaktifkan untuk kegunaan di luar negara. Guna cash pun boleh. Cuma sediakan cash yang mencukupi. Jadi kalau memang plan nak travel around London, penggunaan kad Oyster ini sangat berbaloi.



The first stop

Dari Heathrow Terminal 4, kami ambik Picadilly Line untuk ke South Kensington. Oleh kerana masa masih awal pagi dan hari Ahad pulak, maka suasana sangat tenang dan damai. Orang pun belum ramai. 


Lepas tu tukar District Line untuk ke Bayswater tube station. Dari sana kami jalan kali sahaja untuk ke hotel di Leinster Gardens. Lebih kurang 10 minit kami tiba di lobi hotel. Lumayan jugak dapat brisk walking di pagi hari sambil heret satu beg tarik.

The journey planned

Check in/left luggage

Kami tiba di Hotel Holiday Villa pada pukul 8:00 pagi. Memandangkan hari masih awal dan bilik hotel belum ready, pihak hotel membenarkan kami tinggalkan beg sebelum check in pada pukul 2 petang nanti. So kami hanya ambik barang-barang penting sahaja, beg lain semua kami tinggalkan dalam stor yang depa sediakan free of charge. Oleh kerana saya pakai kasut bertumit maka perjalanan brisk walking tadi agak memenatkan. Terus tukar kasut sport untuk perjalanan seterusnya. 

Destinasi 1: Hyde Park & The Serpentine

Alhamdulillah hotel kami terletak bersebelahan dengan Hyde Park. So bagi memenuhi masa sebelum boleh check in hotel, kami jenjalan sekitar park. Kawasannya sangat luas jadi kami terpaksa pilih lokasi yang strategik sahaja untuk memaksimakan aktiviti berjalan kaki kami.

Hyde park map

First thing first haruslah morning coffee lagi. Hubby nak feeling- feeling jadi orang pencen pi bercuti oversea. So kami singgah kat cafe yang ada kat dalam park tu. Minum kopi dengan tuna sandwich.

Ambik mood dulu.

Lepas dah kenyang boleh teruskan perjalanan menikmati keindahan dan ketenangan taman. Walaupun cuaca nampak macam panas tapi suhu sangat nyaman. Sekitar 11 darjah Celcius sahaja. Dan seperti yang dijangkakan, sepanjang perjalanan kami banyak ambik gambar bangunan sambil melayan minat anak bujangku. Banyak juga nama-nama besar dalam bidang Architecture yang dia sebut. Salah satunya ialah Zaha Hadid. Beliau banyak mencipta reka-bentuk bangunan yang pelik-pelik. Kita layankan sahaja.

The Sackler by Zaha Hadid.

The morning walk

Clear blue sky

The Serpentine Muzeum

Lepak-lepak depan tasik.



Dengan angsa pun boleh berposing.

Destinasi 2: The Victoria Albert Muzeum

Setelah puas menghirup udara segar di tepi tasik kami melawat muzeum pulak. Banyak idea senibina yang menarik minat anak bujangku tapi tak tercapai dek akalku. Maka saya hanya melihat-lihat syok sendiri sambil snap gambar mana-mana objek yang nampak menarik tanpa memahami nilai estetikanya. Asal nampak cantik, kita ambik je.

Replika daripada buluh oleh arkitek dari Jepun.

Mak posing jelah sementara tunggu anak bujang mengumpul ilham.

Sambil belek bunga yang ada sekitar lamam muzium.

Dah puas melepak di luar kami masuk ke dalam muzium pulak. Banyak replika bahan-bahan artifak sejarah. Saya hanya mampu mengagumi. Penat nak baca cerita sejarahnya. Kalau tetiba nak tahu lebih lanjut nanti kita google aje.











Arca kaca sepatutnya bentuk orang tengah baring.

Tak perasan rupa-rupanya kami menghabiskan masa yang agak lama dalam muzeum tersebut. Keluar je, matahari dah memancar di luar. Suhu agak panas hingga kami terpaksa cari tempat teduh. Perut pun dah mula lapar sebab belum lunch so kami cari connecting transport untuk balik hotel.

Alhamdulillah sepanjang jalan balik hotel ada beberapa kedai menjual makanan halal. Kami singgah makan di restoran milik orang Syria. Harganya boleh tahan. Asalkan jangan convert duit Malaysia kita pejam mata makan je apa yang ada.

The original Fish and Chips for hubby £10

Enjoying the meal.

Pilau Rice for Umi £9 per dish.

We ended the day by 3 o'clock in the afternoon. Terus check in kat hotel Holiday Villa di Bayswater untuk berehat. Alhamdulillah biliknya agak selesa. Ada satu katil queen dan dua katil single. Bilik air pun okay, ada sinki sebelah toilet bowl (senang nak qada hajat), bath tub serta shower. Agak Muslim/Melayu friendly untuk kita yang selalu nak guna air mencurah-curah. Towel pun cukup. Cuma mereka tak sediakan shampu, hanya ada sabun buku kecik sahaja. Depa juga sediakan tea & coffee pantry siap ada kettel untuk masak air. Lepas membersihkan badan kami semua pakat lena sebab waktu Malaysia dah pukul 12 malam walaupun local time baru pukul 5 petang.

Alhamdulillah setiap hari sepanjang berada di London saya dapat mencapai target untuk berjalan kaki lebih dari 10 000 steps. Ada hari saya dapat cecah hingga lebih 15 000 steps. Begitu gigih makcik berjalan kaki di kota London kayak orang muda. 

Malam malam di The Campus Ampang

Semalam, tiba-tiba sahaja semua anak-cucu balik memeriahkan rumah nenek. Seperti selalu kalau benda-benda unplanned  begini tidaklah nenek n...