Friday, 4 October 2019

Jalan-jalan London Day 2: History & Memories

Isnin: 16 September 2019

Oleh kerana malam tadi tidur awal, by pukul 3 pagi semua dah pakat bangun. Almaklumlah waktu Malaysia dah pukul 10 pagi. Perut pulak lapar, apa lagi bermaggilah kita waktu dinihari. Saya bawa mamee lontong dan maggi kari dari Malaysia dengan tupperware serta sudu. Siap la..., lepas ni bilik hotel berbau kari.

Destinasi 1: Tower Hill

By pukul 6:30 pagi kami dah bersiap untuk keluar berjalan. Cuaca agak sejuk walaupun dah cerah. Dari hotel Holiday Villa, kami berjalan kaki sahaja ke Bayswater Tube Station yang memakan masa lebih kurang 10 minit. Bagus juga pepagi dah briskwalking. Dari sana kami ambik tube ke Tower Hill Station. 

Saya tak berapa arif tentang sejarah Tower of London dan Tower Bridge ni. Yang saya tahu tempat ini adalah kubu pertahanan British dari serangan musuh pada zaman dahulu. Hubby ada juga bercerita tentang sejarah British sepanjang perjalanan. Tapi saya cuma nganga, kepala dah sealed off dari sebarang new info. Saya cuma nak enjoy, posing-posing ambik gambar dan menikmati keindahan reka bentuk bangunan sahaja. Apa-apa nanti saya google sahaja. Senang cerita.

Tower of London

Banyak attraction kat sini kalau larat nak berjalan di kawasan berbukit.



Dinding tower dengan finishing batu yang unik.

Kat bawah Tower of London tu katanya ada penjara tempat menyiksa tahanan zaman dahulu.

Traitors Gate. Kat bawah tu penjara London Dungeon. Seram pulak.

Dah puas melihat-lihat senibina The Tower of London, kami menuju ke Tower Bridge pulak. Tower Bridge ni berbeza dengan London Bridge. Kata orang kalau pi London mesti berposing kat Tower Bridge ni. Bukti utama dah sampai London. So kita layankan sahaja. 

Tower Bridge


Quote of the day di pintu masuk Tower Hill Tube Station.. Setiap pagi depa tukar dengan quote yang baru.

Destinasi 2: Barking East London

Sepatutnya plan asal kami nak ke Buckingham Palace dan kawasan sekitarnya tapi disebabkan cuaca mendung dan gerimis so kami tukar plan B. Oleh kerana kami belum sarapan properly, (makan maggi dinihari tadi tak kira sarapan), maka kami terus ke East London. Mengikut google kat sana ada banyak kedai makanan halal. Kami cari kedai recommended by google. Ada satu restoran kat Upton Park tapi tak bukak pulak. Rata-rata kedai hanya akan buka waktu lunch hours hingga malam. Oleh kerana waktu semasa baru pukul 9:00 pagi, jadi kami meneruskan aktiviti briskwalking hingga tiba ke bus stand untuk terus ke Barking. Kami pusing-pusing sekitar Barking sambil cari tempat berehat. Alhamdulillah Vicarage Shopping Mall dah buka so kami ambik peluang pergi toilet dan cari kedai makanan halal. Alhamdulillah ada gerai Pakistan yang jual panini dan kebab roll serta samosa. Hubby order kopi panas dan saya order massala tea dan coke untuk anak bujangku. Total cost £12.80.

Lepas dah kenyang perut kami menapak lagi. Saya dah sedia pakai kasut sport yang selesa untuk berjalan. Hubby ingin melusuri memori lane sekitar Barking. Kata orang tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat belajar, bermain dan tempat cari jodoh. Dulu hubby buat First Degree di University East London. Lepas tu bertemu jodoh, cintan cintun. Lepas tamat belajar, kami bekerja sementara di London. Cukup duit terus nak nikah sebab nak balik Malaysia sesama. Kami diijabkabul di Barking Muslim Community Centre. Lepas nikah kami balik Malaysia dan buat kenduri kecil- kecilan sahaja. Alhamdulillah masih cintan cintun hingga kini. Sekarang dah ada lima anak, dua orang dah nikah. Kami tak kisah kalau anak-anak nak menikah semasa belajar. We knew the feelings. Provided depa mendengar kata, kami sokong je kalau dah sampai jodoh. 

Bangunannya masih seperti dahulu, cuma diberi nafas baru.

Sepanjang perjalanan hubby tak habis-habis mengimbau kenangan zaman belajar dahulu. Daripada rumah sewa pertama hinggalah ke zaman tamat belajar. Rupa-rupanya banyak cerita suka-duka yang belum dikongsi sebelum ini.

Dulu tak sempat berdating kat Tasik Barking ni.

Barking Park

Setelah puas mengimbau kenangan kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Oleh kerana perjalanan ke sana melalui stesen King's Cross maka kami ambik peluang stop over di situ sebentar. Sambil beli air dan makanan ringan dan cari toilet.

Kings Cross Station.



Destinasi 3: Stadium Arsenal

Kalau dah namanya kaki bola haruslah kena selit juga melawat stadium bola. Kebetulan stadium yang paling dekat di London adalah stadium Arsenal maka ke sanalah kita. Dari stesen King's Cross tadi kami menuju ke stesen Halloway. Lepas tu jalan kaki dalam 10 minit lagi untuk ke stadium.

Depa sediakan program melawat stadium dengan harga  £25 seorang bagi lawatan simple. Simple ni maksudnya kita bebas melawat sekitar stadium tanpa pengiring. Suka hati kita nak masuk ceruk mana mengikut laluan yang disediakan. So bolehlah masuk bilik pemain, tempat mesyuarat, bilik rehat, tempat latihan, bilik persalinan, bilik reporter, bilik tetamu dan berangan jadi VVIP. Lepas tu boleh terus masuk ke padang tapi tak boleh pijak rumput. Lepas tu boleh abadikan foto famili dengan harga £20 untuk satu set. Dalam kepala otak saya rasa macam membazir je tapi tak tahulah apa ada dalam kepala kaki bola, sanggup berhabis duit dan masa demi bola.

Teruja pulak tengok rumput karpet.

Dalam lif

Makcik VVIP kat Diamond Club.

Berangan jelah.

Sempat tengok cara depa kemaskini padang bola.

Baru faham kenapa padang rumput tu nampak berbelang-belang. Rupa-rupanya sebab mengikut arah mesin pemotong rumput tu. Rumput tu semua ditanam mengikut satu arah sahaja. Apabila mesin bergerak mengikut arah rumput jadi warna lain. Tapi apabila mesin tu memotong menongkah arus maka rumput tu seakan terselak. Sebab tu nampak warna berbeza macam berbelang.

Tempat temuramah.

Bilik persalinan.

Kemain dapat sijil

Layankan saja dedua depa ni.


Kami menghabiskan masa selama 40 minit dalam lawatan stadium. Dapat feel macamana susahnya para pemain tu mencari rezeki. Nampak dari luar bukan main glamor tapi hakikatnya depa terpaksa melalui kehidupan yang penuh disiplin untuk berjaya kekal dalam satu-satu team.

Lepas dah puas melayan bola, kami menghala balik ke hotel semula. Perut pun dah lapar sebab belum lunch. Singgah beli shawarma halal kat Taza Kebab yang terletak di Bayswater. Beli air dan buah di kedai runcit sederet dengan hotel kami menginap. Alhamdulillah, untuk makan minum di London ni sangat mudah. Banyak makanan halal. Tak cukup dengan shawarma, by pukul 6:30 petang kami pi terjah kantin Malaysia Hall pulak sebab dah mula kemaruk nasi. Baru dua hari tak pekena menu Melayu macam dah hilang nikmat hidup. Kebetulan Malaysia Hall ni terletak tidak jauh dari hotel kami menginap, apa lagi, kita sambung exercise kaki.

Kantin Malaysia Hall sebiji macam restoran nasi campur kat Malaysia dengan hidangan menu yang pelbagai. Harganya boleh tahan juga. Satu hidangan nasi campur £5-£7 bergantung kepada jenis lauk. Ada ayam, daging, kambing, sotong, udang dan ikan serta pelbagai sayur dan lain-lain pelengkap hidangan. Air  biasa £1.00

Selamat menjamu selera.


Umi punya.. siap ada ikan kering.

Alhamdulillah, setelah menikmati makanan Melayu, malam tu dah boleh tidur dan bangun macam biasa. Hari ni dah dapat lebih dari 10000 steps. Mudah-mudahan esoknya masih bertenaga untuk meneruskan langkah.

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...