Dua hari lepas, bateri kereta Accord kong lagi. Saya dah ganti bateri kereta Accord ini pada pertengahan tahun 2024. Depa bagi gerenti setahun. Alhamdulillah dapat bertahan dua tahun. Biasanya saya hanya panggil adik mekanik di Bengkel kereta UP1 untuk ganti bateri. Depa akan datang terus ke rumah saya dalam masa satu jam. Semua maklumat berkenaan diri dan kereta saya depa dah simpan dalam sistem. So bila saya call depa terus tahu siapa dan apa masalah yang saya hadapi. Saya cuma perlu beritahu nombor plat kereta sahaja. Dan semua urusan selesai dalam masa kurang dari 30 minit. Dan saya akan duduk tercongok tengok depa buat kerja. Makcik memang suka menyibuk dalam banyak hal.😁
Kali ini hubby tukar bateri kereta di kedai yang baru dibuka di sini. Nak tolong orang lain pulak katanya. Sama jugak konsepnya. Kita hanya perlu call dan depa datang ganti bateri baru di rumah. Cuma yang menjadi kemusykilan saya adalah semua skrin audio jadi gelap. Lampu jam pun padam. Memang pelik la sebab sepatutnya semuanya back to normal apabila bateri di tukar baru. Oleh kerana saya memang tak masuk campur urusan tukar bateri dari awal maka tidaklah saya hendak memanjangkan cerita. Kita berpada sahaja dengan hasilnya. Yang penting kereta dapat berjalan semula. Mudah-mudahan tiada apa yang serius selepas ini. Aamiin.🌹
Cerita sebelum ini Ganti bateri 2022 , Ganti bateri 2024.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment