Sejak hubby pencen ni setiap kali terima jemputan kenduri kahwin kami akan cuba penuhi melainkan ada hal-hal yang menghalang. Lagi pulak kalau jemputan adalah dari keluarga terdekat, walau jauh nun di pantai timur tetaplah kita penuhi. Sambil-sambil tu bolehlah ambik peluang untuk break away sekali. Kali ini kami dapat jemputan sempena pernikahan cucu pertama sepupu rapat hubby. Depa buat kenduri pada hari Jumaat 5hb Jun 2026. Seminggu sebelum hari kejadian hubby dah beli tiket flight, booking kereta sewa dan hotel. Kami bertolak pada hari Khamis tengahari dan tiba di Kota Bharu dalam pukul 3 petang, ambik kereta sewa dan terus check-in di hotel Perdana KB.
 |
| Lepak minum di Old Town White Coffee KLIA2 sebelum boarding di Gate J8. |
Kami berehat di hotel sementara menunggu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Depa buat akad nikah selepas Solat Isya'. Usai Maghrib kami keluar dari hotel untuk join solat Isya' berjemaah di masjid. Pertama kali saya bersolat fardu di sini. Saya pernah solat raya di sini lama dahulu, tak ingat tahun bila. Seronok sangat sekali-sekala dapat bersolat Jemaah di masjid besar. Usai solat depa baca surah al-Mulk ramai-ramai. Saya tak pasti ini adalah rutin bacaan setiap malam atau tertentu untuk malam Jumaat sahaja. Malu pulak nak bertanya dengan jemaah yang lain. Kemudian ada orang agihkan mee goreng buat semua jemaah. Sedekah malam Jumaat katanya.
 |
| Jemaah wanita tidak ramai. Ada dalam dua saf sahaja. |
Majlis akad nikah sangat simple. Yang hadir cuma keluarga kami (pengantin perempuan) dan keluarga pengantin lelaki dan beberapa kawan rapat mereka. Imam bacakan khutbah nikah pendek dan majlis selesai tak sampai setengah jam. Kemudian kami bergerak ke rumah sepupu hubby untuk makan malam sebelum balik ke hotel semula untuk berehat.
 |
| Abe Zu, (sepupu hubby) dengan cucu perempuannya. |
 |
| Akad nikah yang ringkas. |
 |
| Keluarga yang hadir. |
Esoknya, pepagi lagi kami dah berkemas dan turun sarapan di hotel sebelum bergerak ke tempat kenduri. Depa buat kenduri di sebuah villa berhampiran jalan PCB.
 |
| Sarapan bubur nasi as always. Saya suka bubur nasi di Hotel Perdana ini. |
 |
| Salad & Pasta. |
Kami tiba di tempat kenduri dalam pukul 12 tengahari. Walau tetamu agak padat kami dapat tempat duduk yang strategik. Makcik enjoy ambik makanan dan bergambar macam di rumah sendiri.
 |
| Dengan sepupu-sepupu hubby sebelah ibu. |
 |
| Dengan Kak Dah, sepupu hubby yang sangat rapat. |
 |
| Dengan Kak Yah, adik Kak Dah. |
 |
| Dengan pengantin baru. |
 |
| Pengantin di meja santapan. Makcik suka hati gi ambik gambar. |
 |
| Barang hantaran. |
Selesai semua urusan, kami terus gerak ke airport untuk pulangkan kereta sewa dan boarding flight untuk balik rumah.
 |
| Terserempak dengan sahabat Gojezes KB84 di airport. |
Alhamdulillah selesai memenuhi tuntutan seorang saudara, ie memenuhi jemputan perkahwinan. Semoga hubungan silaturahim ini sentiasa dipelihara. Aamiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment