Beberapa lama hubby ajak tukar kerusi makan baru tapi asyik tertunda sebab saya masih sayang dengan kerusi lama. Masa awal pindah masuk rumah ini hubby biarkan saya uruskan hal-hal susunan rumah sepenuhnya. Suka hati saya nak hias macamana to make it a home... rumahku syurgaku.
Saya memang suka konsep kayu dengan warna-warna senada. Namun, selari dengan peredaran masa kita harus berubah dan akur dengan minat orang lain juga. Maka, pada suatu hari yang indah saya dan hubby ke SSF Melawati Mall. Anak no-3 pun ikut serta memberi buah fikiran. Saya biarkan anak dan ayahnya berbincang dan buat keputusan tanpa gangguan sebelum hubby buat bayaran penuh. Oleh kerana tiada stok di kedai, depa minta tempoh seminggu sebelum stok dihantar dari warehouse mereka. Bila barang tiba di kedai mereka, kami order Lalamove untuk hantar barang ke rumah pulak. Depa caj RM98.
 |
Lalamove dari Melawati Mall ke rumah.
|
 |
| Penuh dua kotak. |
 |
| Set kerusi kena pasang sendiri. |
 |
| Kaki kerusi lengkap dengan skru dan pemutarnya. |
 |
| Kita pasang satu-satu. |
 |
| Siap.😍 |
Sepuluh tahun lepas saya pernah buat make over kerusi makan sebelum ini. Boleh baca link di bawah.
{Repair kerusi sebelum ini}
Mudah-mudahan kerusi baru ini boleh bertahan selama itu juga. Aamiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment