Tuesday, 10 February 2026

With Friends: Gojezes KB84 @ Ampang

Jumaat 14hb Januari 2026

Saya tidak ramai kawan. Hanya ada a few groups of friends/geng here and there yang masih in contact hingga kini. Ada dua-tiga kawan dari sekolah rendah, beberapa kengkawan dari sekolah menengah, rakan-rakan semasa di IPT dan geng rakan sekerja. Tempat pertemuan utama haruslah semasa kenduri kendara. Sekali-sekala ada kelapangan kami akan keluar makan dan borak-borak sambil update kehidupan. 

Dan pada suatu hari Jumaat yang mulia baru-baru ini saya keluar sarapan dengan rakan-rakan dari sekolah menengah, Gojezes KB84. Kami ke Restoran Cikgu Sue di Ampang yang menjual makanan menu Pantai Timur. Ada nasi kerabu, nasi dagang, laksam, nasi lemak dan sebagainya.

Restoran Cikgu Sue @Ampang.

Cucur udang.

Kuih-muih yang ada.

Alhamdulillah.. tiada pembaziran.

Lain kali boleh berjumpa lagi.

Masa kami tiba, pengunjung agak ramai tapi masih ada tempat duduk sebab kedainya agak luas. Kami duduk makan dan berborak dari pukul 10-11 pagi. Saya cuma makan kuih dan minum teh-O ais sahaja. Mungkin lain kali saya akan datang lagi bersama hubby pulak. 😁

Sekian.😊

No comments:

Makan-makan dengan Besan @Putrajaya & Kenduri ex-Student @Sg Buloh

Ahad 18hb Januari 2026 Family in law anak no-2 saya selalu berkunjung ke KL & Putrajaya namun jarang dapat berjumpa dek kekangan masa. B...