Wednesday, 27 November 2024

Family Lunch, Family Dinner

Hujung minggu biasanya kami khaskan untuk keluar jogging dan aktiviti bersama keluarga. Seperti biasa lepas jogging kita akan pekena roti canai atau nasi lemak tanpa rasa bersalah. Seterusnya hubby akan buat planning makan-makan (lunch or dinner) dengan anak menantu dan cucu yang berkelapangan.

"Jom lunch kat Banglo Kita... malam kita dinner Nasi Berlauk Malam pulak. Ajaklah sapa yang free." Begitulah... alang-alang dah berjogging pagi tadi maka tidak salah untuk menggantikan kalori yang terbakar. 

Dan kebetulan anak no-4 sahaja yang free untuk makan tengahari bersama dan sudi balik all the way dari Nilai, maka kita biar dia sahaja yang pegang stereng. Ummi ayah duduk diam-diam jadi big boss.

Kami makan tengahari di Restoran Banglo Kita yang terletak di Ampang. Katanya baru mula beroperasi pada bulan Oktober yang lepas. Ayuhlah kita mencuba menu yang disediakan.

Set nasi dan asam pedas daging tetel for makcik.

Asam pedas daging tetel yang yummy.

Penuh meja.

Us only.

Cantik jugak kawasannya.

Kawasan parking masih under construction.

Untuk makan malam, anak no-3 turut hadir bagi menambah bilangan ahli. Kami ke Warong Mek Esoh, Setapak Village menikmati menu nasi berlauk malam.

Nasi berlauk itik masak kerutub, ikan rebus dan ikan bilis goreng petai for makcik.

Nasi berlauk ayam dan ikan gulai for hubby.

Tok Ayah dengan cucu kesayangan.

Not a full house.

One for the memory... depan warong.

Usai makan kami tapau sebungkus nasi untuk anak no-2 yang sedang oncall di Hospital Wanita dan Kanak-kanak, HKL sambil bawa cucu nan seketoi bersuka ria di play area lobi hospital yang luas.


Sambil bertinggung pun boleh sembang.

Alhamdulillah aktiviti keluarga hujung minggu ini berakhir hingga lewat malam. Walau penat, tetaplah kita bersyukur dengan kurniaan rezeki dari Allah yang maha Pengasih dan Penyayang. 🌹

Sekian.😊

Tuesday, 26 November 2024

Jogging @KLCC

Setelah dua minggu bercuti tanpa jogging dan briskwalking, hari Ahad baru-baru ini kami meneruskan semula aktiviti maintain sihat cara orang pencen. Tempat jogging paling selesa haruslah di Taman Tasik KLCC. Tak sangka pulak pengunjung sangat ramai dan meriah dengan aktiviti senamrobik dan senaman dalam kumpulan di beberapa 'port' yang strategik. Dan makcik pun ambik peluang berjogging santai sambil menikmati cuaca damai diwaktu pagi sambil merakam kenangan sepanjang jalan.

Tasik yang tenang.

Kolam mandi kanak-kanak.

Mercu tanda Negara tercinta.

Sambil itu kita abadikan keindahan hiasan dalaman Suria KLCC sempena kedatangan (sambutan) Hari Krismas. Kita tidak meraikan hari perayaan agama lain, sekadar mengagumi kreativiti hiasan yang ada sahaja. 

... mengimbau kenangan zaman single-mingle dahulu.

Mudah-mudahan kita dijauhkan dari terjebak dengan perkara yang merosakan Iman dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Sarapan @TGSK & langsaikan hutang pinjaman kereta

Sejak akhir-akhir ini hubby selalu mention tentang kehidupan bebas hutang. Almaklumlah umur pun dah hampir senja, eloklah nanti boleh pergi dengan tenang tanpa apa-apa hutang di dunia. Alhamdulillah hubby dah setelkan urusan rumah dan kereta sebelum ini. Hari ini kami bercadang untuk setelkan hutang kereta (lain) yang masih ada.

Apa-apa pun kita sarapan dulu di TGSK, Bukit Antarabangsa untuk kesekian kalinya. Kali ini kita cuba menu lain pulak.

Nasi kerabu for hubby.

Set satay Johor for makcik.

Usai sarapan kami terus ke Public Bank, Setapak untuk buat settlement kereta. Kami tiba pada pukul 9.10 pagi. Walaupun bank dah buka tapi kaunter Hire Purchase hanya mula beroperasi pada pukul 9.30 pagi. Letak kaunternya di tingkat dua. Alhamdulillah dapatlah makcik menghilangkan lelah dan semput panjat tangga sementara menunggu depa bukak kaunter.

Kami pelanggan pertama. Laju saja urusannya. Kita hanya bagi IC dan nombor kereta. Depa akan keluarkan fail dan serahkan geran kereta dan slip untuk buat bayaran akhir di kaunter bayaran di tingkat bawah. Hubby buat bayaran secara tunai. Depa caj RM100++ untuk proses tukar nama dan sebagainya. Semua urusan JPJ depa akan setelkan secara online. Lepas selesai buat bayaran kita just sit back and relax dan bebas hutang. Alhamdulillah.

Buat bayaran tunai di kaunter.

Usai urusan di bank kami terus ke AEON Alpha Angle. Hubby buat kerja di Coffee Bean. Dan seperti biasa saya akan window shopping sambil me-time sebelum beli groceries untuk bekalan seminggu. 

Matcha Green Tea for makcik.

Makan lagi.

Alhamdulillah, selesai urusan untuk hari ini. Semoga Allah mudahkan urusan kita seterusnya. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Thursday, 21 November 2024

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat Shopee. Saya order dua hari lepas, semalam sampai, harini terus nak pasang. 

Malangnya bila buka bungkusan, depa bagi barang sahaja tanpa manual (cara pemasangan). So kita rujuk balik gambar dalam Shopee link dan pepandailah ikhtiar hidup.😁

Gambar rujukan.

Kita lambak dulu semua bahagian atas karpet. Warna putih ialah bahagian bawah tray.

Finally, pasang roda.

Depa include peralatan yang diperlukan.

Hasil kejadian.

Alhamdulillah, mudah saja pemasangannya. Bolehlah buat letak barang-barang keperluan makcik bila berehat melepaskan lelah di ruang tamu. Semoga Allah sentiasa kurniakan kesihatan yang baik untuk kita semua. Aaminn.🌹

Sekian.😊

Wednesday, 20 November 2024

Dinner @Pastribella

“Jom dinner Western…” Jarang hubby ajak makan pelik-pelik ni. Biasanya kalau ke mana-mana mesti cari makanan Melayu, Kelantan. Dan sebagai isteri mithali haruslah kita melompat hingga ke bintang, almaklum la makcik ni memang suka mencuba pelbagai menu. Kebetulan ada kedai (baru discover) berdekatan dengan perumahan kami, ayuhlah kita menjamu selera. Tidak dilupakan anak-anak penyejuk mata, kita ajaklah sesiapa yang free untuk memenuhkan meja.

Pastribella, Wangsa Melawati.

Pesto dan carbonara untuk anak menantu.

Pesto with baked chicken.

Carbonara udang for makcik.

One for the memory.

2/5 yang free and available.

Sungguh bagai dikata, bila anak-anak dah besar dan ada komitmen memasing, pepandailah depa bagi masa untuk ummi ayah. Alhamdulillah setakat ini mereka pandai membahagi masa bergilir-gilir untuk pulang ke pondok bonda. Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan kita semua. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Tuesday, 19 November 2024

Tiga Malam @Hotel Ibis Style, KB

Semasa balik ke Kota Bharu baru-baru ini kami menginap di Hotel Ibis Style selama tiga malam. Hotelnya bagus, memenuhi keperluan kami seadanya. Depa ada basement parking dan ada pintu masuk terus ke lobi hotel, menyenangkan makcik pakcik berjalan keluar masuk hotel serta selamat dari hujan dan panas mentari. Urusan daftar masuk pun sangat mudah dan staf semua berbudi bahasa belaka. Ruang lobi agak luas dengan kerusi warna-warni. Depa sediakan air minuman sementara menunggu, ada sudut pameran, ruang bermain untuk kanak-kanak dan vending machine.

Comel pulak nampak kerusi ni, gemuk macam makcik.

Sudut jualan baju batik.

Jambangan bunga orked besar gedabak tepi pintu lif.

Kawasan laluan ke lif dan keluar ke basement parking. Ada ruang permainan kanak-kanak di sebelahnya.

Kawasan lobi yang luas.

Vending machine dan sudut santai.

Sudut sejarah.

Kami dapat bilik di tingkat 11, tidak jauh dari pintu lif. Biliknya sederhana luas, nampak modern dan selesa, cukup buat makcik pakcik melepaskan lelah. Cuma perlu berhati-hati dengan bilik air yang lutsinar, boleh nampak bayang-bayang orang yang berurusan di dalam. Yang bagusnya depa pisahkan ruang shower dan ruang toilet so boleh la sorang nak mandi, sorang lagi nak qadha hajat. Pisahkan tu dah bagus dah, tapi disebabkan letaknya sebelah-menyebelah dengan dinding dan pintu kaca lutsinar, makcik agak kurang berkenan di situ.

Pintu lif tingkat 11.


Ruang TV.

Ruang pantry dan open wardrobe dengan iron plus ironing board.

Bekas air panas dan sejuk.

Di sebelah kanan tu kawasan shower dan toilet dengan pintu dan dinding kaca lutsinar.

Welcoming guest.

Waktu malam boleh jalan-jalan ambik angin di kawasan roof top. Seronok melihat limpahan cahaya di bandar Kota Bharu dari tempat tinggi. 

Ball pool untuk budak-budak.

Swimming pool untuk budak-budak.

Swimming pool dewasa. Teringin jugak nak berkuak lentang tapi segan pulak bila dah masuk usia begini.

Pemandangan malam di Kota Bharu.

Overall stay, makcik bagi 4 bintang for easy parking dan easy access. Cuma satu masalah yang  agak mencabar, bila kita nak keluar dari kawasan hotel ke kanan jalan besar dan juga bila nak belok kanan masuk ke kawasan hotel dari jalan besar. Lebih mencabar bila masa banyak kereta dengan motorsikal yang memecut laju. Depa tak bagi peluang langsung. Memang BP makcik asyik mencanak naik je masa ni. So, to be safe, kami keluar/masuk ikut kiri sahaja. Lepas tu kalau perlu ke kanan kita cari je mana-mana tempat yang boleh buat U-turn. Better safe than sorry kata orang bijak pandai. Begitulah. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam perliharaan Allah. Aamiin. 🌹

Sekian untuk rujukan dimasa hadapan.😊

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...