Monday, 23 December 2024

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya hanya mengiyakan. Dan bila hubby sewa homestay untuk balik beraya baru-baru ini, rasa seronok pulak kalau dapat berkumpul semua anak-cucu dalam rumah besar begitu. Walaupun tidak semua anak-anak yang dapat balik beraya bersama di Kelantan, kita berangan dahulu. 

Namun setelah 4 hari jalan-jalan, pusing-pusing kawasan Kota Bharu saya masih lagi dengan pendirian:

  • Rumah pencen biarlah sederhana sebab dah tak larat nak mengemas. 
  • Cukup satu dua bilik sebagai tempat berteduh sebelum dijemput Ilahi. Anak-anak dah ada rumah sendiri dan mereka pun hanya akan balik berkumpul sekali- sekala sahaja.
  • Dekat dengan anak-anak agar mudah berjumpa cucu-cucu.

Walaupun homestay agak besar dan luas namun terasa kosong tanpa kehadiran anak-cucu dihari mulia.

Ruang tamu yang luas.

Ruang dapur juga luas.


Cucu nan seketoi buat peneman di pagi raya.

Mesin basuh manual.

Ruang parking muat dua kereta.

"Ikut je Ummi... berapa tahun sangat Ummi nak hidup macam tu. Nanti kalau tak larat, balik KL semula.” Beriya pulak anak jantan saya memberi pandangan (tak pasti negatif ke positif).

Namun ada beberapa hal yang saya resahkan iaitu cuaca di sana yang sangat panas, bekalan air yang mungkin tidak up to standard dan proses pembuangan sampah yang tidak teratur. Dan yang paling penting adalah jarak yang jauh dari anak-anak yang semuanya bekerja dan menetap di KL dan Selangor. Kesian depa nak balik beraya. Kekerapan untuk Nenek dan Tok ayah untuk berjumpa cucu-cucu pun pasti akan berkurangan. 

Tapi bak kata anak jantanku, kita cuba je dulu… kalau tak mampu, there’s always a turning back. Ayuhlah kita mula mencari rumah yang sesuai untuk dua orang makcik-pakcik pencen bertukar angin. Semoga Allah berkahi apa sahaja keputusan yang kita ambil. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Kenduri @Rinching Terrace

Dua minggu lepas kami menerima jemputan kenduri kawen anak kepada sepupu kepada (arwah) kakak ipar hubby. Worih jauh kata orang kampung hubby. Tuan rumah juga merupakan kenalan hubby semasa melanjutkan pelajaran di UK dahulu. Depa buat kenduri di dewan Rinching Terrace, Kajang. Saya pernah ke sana tahun lepas. Masa tu hanya ada dewan kecil fully aircond dan kawasan pun masih dalam pembinaan. Sekarang, kawasan kenduri sudah dibesarkan dengan binaan dewan terbuka yang luas. Kami tiba semasa peak hours dan tetamu jemputan pun sangat ramai, namun begitu, kami dapat tempat duduk yang agak selesa.

Pelamin di dewan terbuka.

Tuan rumah juga merupakan Mufti Wilayah.

Dan seperti biasa saya menjadi plus one, angguk-angguk dan senyum-senyum sahaja dengan tetamu yang duduk semeja. Bila nampak muka-muka yang familiar, barulah kita mula berborak santai. Kami tidak duduk lama kerana memberi laluan kepada tetamu yang lain mendapat tempat duduk pula.

Dengan jiran belakang rumah.

The doorgifts, dalam tu ada coklat dan teh uncang.

By pukul 2 petang kami terpaksa gerak balik ke Ampang semula untuk aktiviti sambut birthday hubby (by anak cucu). Semoga kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang berokah. Aamiin.🌹

{Cerita birthday Tok ayah boleh baca di sini}

Sekian.😊

Saturday, 21 December 2024

Kenduri @Dewan Astana Putri, Gombak

Hujung tahun ini boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja jemputan kenduri kahwin anak-anak kenalan hubby. Ada yang dekat, ada jugak yang jauh. Minggu lepas kami memenuhi jemputan sahabat sekolah dan teman sepermainan hubby sempena pernikahan anaknya. Depa buat di Dewan Astana Putri, Gombak. Rasanya dewan ini baru dibina sebab sebelum ini tempat ini merupakan sebahagian dari tapak semaian (nursery) bunga sejak sekian lama. 


One for the memory.

Sahabat hubby sejak di bangku sekolah.

Dengan pasangan tuan rumah.

Dewan yang selesa.

Hiasan jambangan bunga atas meja.

The doorgifts… beras dan kicap Faiza.

Pertama kali kami makan kenduri dalam masa yang singkat. Pergi balik setengah jam plus duduk bersembang sejam. Terima kasih kepada tuan rumah. Semoga anakanda pengantin berbahagia hingga keakhirnya. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Wednesday, 18 December 2024

Mini reunion ex-Soton @Bangi

Bila ada kawan lama turun KL all the way dari Penang, haruslah kita ambik peluang berjumpa-jumpaan. So kita buat plan untuk berkumpul dengan beberapa kawan lain yang pernah bersama-sama memegang gelaran isteri-isteri Postgrad semasa di Southampton, UK dahulu. Malangnya saya dah lost contact dengan semua kawan-kawan seperjuangan. Alhamdulillah, ada seorang kawan berbesar hati mengumpul dua tiga orang rakan sekitar KL yang available dalam masa yang singkat.

"Jom saya jemput akak kat hotel..." Tak sangka, timbul keberanian untuk saya bawa kereta masuk KL pagi-pagi hingga ke Oasia Suites, Jalan P Ramlee, KL kemudian terus ke Bangi.

Kebetulan hubby ada program sepanjang hari (Selasa, 3hb Disember) maka dengan izin dapatlah saya berjimba sepanjang hari. Kami duduk makan sambil update kehidupan di kedai makan Bando Muo, Bangi Gateaway kemudian sambung berborak di rumah kawan di Teras Jernang pulak. 

Mee bandung.

Nasi putih dengan ikan telapia goreng.

Penuh meja.


Sambil berborak kita layan pokok-pokok yang memenuhi halaman tuan rumah. Ada pelbagai spesis pokok citrus… limau bali, limau purut, limau nipis, limau kasturi, limau sunkist, lemon, kedondong dan lain-lain.

“Kak Bush try je ni… pokok-pokok buah sebelum ni habis kena kebas ngan monyet. Buah jambu, mangga, pisang, betik… semua habis. Kak Bush tebang buang semua. Bila tanam pokok spesis limau ni baru okay…” Seronok mendengar cerita tuan rumah, sebijik macam pengalaman saya berperang dengan makhluk Allah yang bertuah itu.

Limau Bali.

Pokok lemon.

Buah lemon.

Limau Sunkist.

Limau kasturi.


Kedondong.

By pukul 3:30 petang kami beransur pulang bagi mengelakkan jalan jam terutama dimusim hujan dan cuaca tidak menentu ini.

Buah tangan dari Penang… Rempeyek, kerepek pisang serta jeruk, dodol dan kuah rojak Pak Ali.

Rempeyek yang yummy.

Alhamdulillah tercapai hajat untuk berjumpa teman-teman lama, daripada zaman bergelar isteri-isteri Postgrad yang sibuk menguruskan keluarga dan anak-anak kecik kini dah masuk fasa nenek-nenek. Semoga ukhuwwah berpanjangan. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Dinner @Tim's Tea House & Ganti Nombor Plat Myvi

Selepas beberapa kali cucunda bertanya-tanya mana Tok Ayah, mana Tok Ayah, terpaksalah Tok Ayah mencuri masa dicelah-celah kesibukan melayan cucu nan seketoi itu. Puas bermain di rumah kita sambung aktiviti makan-makan di luar pulak. Yang paling untung haruslah neneknya. Dah alang-alang bawa cucu, nenek pun tumpang sekaki. Ayuhlah kita enjoy western food dan lupakan segala diet-miet di Tim’s Tea House, Taman Melawati.

Tuna sandwich for Tok Ayah.

Chicken lasagne for nenek.

For everybody.



One for the memory.

Usai makan, on the way nak balik tetiba pulak ternampak plat nombor Myvi dah lesap… tertanggal, terjatuh atau tercabut. Tak pasti bila kejadiannya. Apa-apa pun kita buat report polis dahulu, takut-takut nombor plat itu disalahguna untuk aktiviti yang tidak baik. 

“Kejadian biasa je ni kak… kereta saya dulu pun pernah tertanggal. Sekarang ni musim hujan, kalau termasuk lopak atau banjir memang mudah tanggal…” Baik budi bahasa adik polis yang bertugas di Balai Polis Ukay Perdana malam itu. Dan banyaklah cerita-cerita plat nombor kereta Myvi lain yang mengalami kejadian yang sama.

Keesokan harinya, pepagi lagi hubby dah ajak keluar untuk ganti plat baru. Kami ke kedai aksesori kereta di Taman Permata. Mudah sahaja urusannya. Kita cuma pilih huruf dan nombor yang dikehendaki kemudian depa akan tampal pada kadbod dan gamkan semula pada plat kereta. Jumlah bayaran cuma RM20 siap pasang dalam masa 15 minit. 

Lepas dah siap pasang nombor plat baru, bolehlah sambung jalan-jalan cari kopi. Kami singgah di Warung Kopi Malaya, Taman Melawati. Saya order kopi Puteh Ramli (kopi susu) sementara hubby setia dengan kopi O kosongnya.

Konsep hiasan kedai yang menarik.

Lepas mengopi barulah boleh balik sambung kerja-kerja di rumah pulak. Semoga Allah mudahkan urusan kita semua. Aamiin. 🌷🌹

Sekian.😊

Saturday, 14 December 2024

Santai @TRX Exchange

Semalam teman hubby ke TRX Exchange, jalan-jalan melihat kawasan. Minggu depan hubby ada program di Exchange 106, so kita cuma nak dapatkan feeling macamana untuk sampai ke sana. Seperti biasa bila pergi ke mana-mana mall yang besar, makcik akan ambil gambar tempat parking kereta supaya tidak sesat bila nak balik nanti. 

"Jom makan dulu." Seperti biasa juga, pergi memana pun tidak sah kalau tidak diserikan dengan aktiviti makan-makan. Maka ayuhlah kita cari sarapan dulu. Hubby sangat berhati-hati bab makan dan bila banyak kedai yang diragui kehalalannya, kita singgah di kedai yang paling kurang rasa was-was. Kami makan di Santai Yamcha. Walau tanda Halal jelas terpampang tetaplah kita berhati-hati. Kami pilih yang non-meat sahaja.

Kedai sebelah buat Grand Opening, maka ramailah pengunjung yang mula beratur sejak awal pagi.

Cili padi, kicap dan sambal kering siap atas meja.

Nasi lemak biasa.

Prawn chee cheong fun.

Usai sarapan kami pusing kawasan sambil window shopping. Kebanyakan kedai yang ada tak padan dengan dua orang makcik-pakcik yang dah pencen. So kita sambung berjalan hingga keluar mall sambil playing tourist. 



One for the memory.

Sebelum balik kita singgah mengopi dulu sebagai penutup. Kami singgah di 8 Ounce Coffee Co. Boleh bayar guna HSBC card, so dapat 20% off dari total price.  Hubby wajib pekena kopi O pepagi, dan saya akan pilih minuman sejuk selepas penat berjalan (dalam mall). 

Americano for hubby, matcha latte for makcik. Yogurt tu kita share sorang sikit.

Alhamdulillah selesai urusan, ayuhlah kita pulang. Semoga Allah mudahkan urusan yang seterusnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...