Wednesday, 24 April 2019

Loq Starq pulak.

Dua minggu lepas hubby ada program di Unimap. Kebetulan dah dekat dengan sekolah putri bongsuku maka hubby terus buat planning untuk ziarah tuan putri tu sekali.

"Tapi Nina ada kem Future Leaders dari 1-10 April."

Oleh kerana kami bertolak pada 11 April maka sepatutnya sempat la berjumpa selepas dia balik dari kem Future Leaders tu. Maka hubby pun siap booking flight tiket ke Alor Setar dan booking hotel di Alor Setar juga.

Kami gerak dari Nilai pada pukul 5 petang. Sempat bersantai makan-makan di airport sebelum fly pada pukul 7 malam. Tiba hotel terus berehat sebab dah malam dan hubby pulak kena gerak awal pagi esoknya ke Arau untuk mesyuarat. So kita buat room service sahaja. Order fish and chips dan mee goreng mamak.

Esoknya selepas subuh hubby terus gerak ke Arau sebab ada meeting pukul 8.00 pagi. Perjalanan ambik masa lebih kurang satu jam maka terpaksalah gerak awal. Tak sempat breakfast. Katanya depa sediakan breakfast kat sana so takdelah haru sangat. Tinggallah isteri terchenta ni pi breakfast seorang diri. Apalagi, kita enjoylah saat-saat me-time begini. Bukan selalu boleh taking my own sweet time bersantai dan melepak kat dalam cafe sensorang macam tu. Orang pun tak ramai maka kita makan je tenang-tenang. Lupakan segala diet, kita nikmati sajian dengan gumbira. Dan seperi biasa saya hanya makan apa yang saya suka sahaja, so sebenarnya takdelah banyak manapun. Masih lagi dalam limit diet. Lepas makan saya melepak dalam bilik sahaja.  

Cucuq ngan bubuq nasi... all time feveret

Penambah kolestrol lagi.

By tengahari saya dah mula bosan dok berkurung dalam bilik. Hajat nak bersiar-siar sekitar hotel pun terbantut sebab cuaca panas. Lagipun perut dah mula berlagu. Maka saya pun bersantai-santai di kafe hotel semula. Menu pun macam okay. Saya order nasi bujang dengan sup tulang. Makan jelah sambil berangan. Tetiba hubby mesej otw, meeting habis awal. Semangat orderkan nasi tumis dengan kari kepala ikan untuk hubby pulak. Walaupun sebenarnya hubby dah makan kat tempat mesyuarat sebelum tu tapi masih layan temankan makan bersama. 

Kari kepal ikan.

By pukul 5 petang kereta sewa tiba. So sebelah petang tu kami pi jalan-jalan kat Pekan Rabu sambil shopping dan makan laksa. Otw balik hotel kami singgah beli nasi kandar Jasmine yang mabeles tu. Kami pernah makan sebelum ni memang mabeles. Malam tu kami rehat je kat bilik sebab esoknya cadang nak gerak ke Perlis jumpa Nina.

Kereta sewa.

"Umi nina terpilih wakil maktab untuk kuiz math. Start Jumaat-Isnin ni. Kat Kubang Pasu."

By right, Kubang Pasu dah dekat dah dengan Alor Setar. Tak payahlah kami nak kena pergi ke Beseri pada hari Jumaat tu. Kiranya boleh terus jumpa kat Kubang Pasu sahaja sebelum kami fly balik KL. Malangnya pukul 3.30 petang baru depa gerak dari sana naik bas. Target tiba Kubang Pasu pukul 5 petang. Maka planning nak jumpa tuan puteri tu tidak menjadi sebab tak nak ganggu preparation depa nak kuiz. So kami pun macam takde kerja nak buat seharian tu sebab flight MAS pukul 9.30 malam. Maka hubby pun cadang tukar flight ke awal sikit. So kami pun gi ke airport Alor Setar nak cari kaunter tiket. Semua kaunter penerbangan lain ada kecuali MAS. Depa suruh call sahaja pusat tiket MAS kat KL. Kalau dah by call tu tahu-tahu sahajalah macamana servisnya. Hmm... sabor jelah.  

Setelah berhempas pulas nak cuba tukar tiket, akhirnya kami redha je dengan waktu yang asal. Nak beli tiket flight lain pun semua dah sold out. So kami extend sewa bilik hingga lewat petang. Lepas tu tunggu je sambil rileks-rileks kat hotel. Bukan selalu hubby boleh melepak macam ni. Bila Allah dah susun sesuatu, kita usaha macamana pun takkan boleh berubah.

Beriya-iya queue walaupun kaunter belum buka.

By pukul 6.30 petang kami keluar hotel sebab dah janji nak hantar kereta pada pukul 7.00 malam. Kami ada masa lebih 2 jam sebelum berleps. Selepas dah siap check-in dan drop bag semua kami pi makan lagi. Terasa hidup ini penuh dengan acara makan-makan sahaja. 

Char kuetiew yang yummy.

Muka tak sabar nak balik rumah.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami tiba Ampang semula hampir tengah malam. 

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...