Saturday, 20 April 2019

Katanya teman sepanjang jalan...

Dah menjadi rutin setiap kali hubby keluar kawasan yang dekat-dekat saya akan menyusul selepas beberapa ketika, bergantung kepada keadaan dan aturcara program. Kalau programnya agak padat dan banyak masa di bilik mesyuarat sahaja, maka saya hanya akan datang untuk bermalam sahaja. Sekiranya program diselang-seli dengan acara santai maka saya akan datang lebih awal. Tapi kalau kena naik flight saya akan fikir banyak kali. Takut dikata orang, suka hati bawa bini guna duit kerajaan, padahal kita bayar sendiri. Jadi kalau ada keadaan dimana pintu-pintu fitnah boleh terbuka, kita tutup je terus. Maka apa sahaja program luar yang bersangkut dengan harta negara terutama kalau sampai ke oversea lebih baik kita duduk diam-diam di rumah. Tapi kalau program atas kapasiti sendiri, haruslah jangan kita lepaskan peluang. Dah alang-alang orang nak belanja, baiklah kita terima dengan tangan terbuka. Jangan dikata orang kufur nikmat pulak.

Biasanya kalau pergi berkereta hubby akan gerak terus dari tempat kerja dengan drebar. Saya akan menyusul membawa barang-barang keperluan untuk sepanjang program.

"Tak sangka Kak Mas konfiden drive sana-sini. Ingatkan nampak lembek je..." Hmm... saya pun tak sangka. Benarlah kata orang bila kita dalam keadaan terpaksa, apa pun boleh berlaku, saat kena kejar dengan anjing pun boleh pecut mengalahkan Usain Bolt.

Kebetulan baru-baru ni hubby ada program di Sepang. Dekat je kalau gerak dari Nilai tapi sebab hari sebelum tu kami dah balik Ampang maka kena gerak dari Ampang. So seperti biasa pepagi lagi hubby keluar ke tempat kerja lepas tu terus gerak dari sana. Saya gerak selepas dah selesaikan kerja-kerja rumah dan packing apa yang patut. Kebetulan saya lalu via Putrajaya, so singgah tengok cucu dulu. Sembang punya sembang tak sedar masa berlalu. Dalam pukul 6 petang baru saya gerak ke Sepang. Janji jumpa kat lobi hotel dalam pukul 7.00 malam. Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun jalan agak jam pada waktu puncak orang balik kerja. Saya tiba hotel tepat pukul 7.02 malam. Disebabkan hubby belum habis meeting, maka saya duduk melepak kat lobi dulu. Dan disebabkan dah nak masuk waktu maghrib maka saya gi transit kat surau pulak. Hubby dah bagi nombor bilik so saya gi letak beg kat depan pintu bilik dulu. Malas nak angkut pi merata. Saya transit kat surau sementara tunggu depa habis program. Rupa-rupanya kami selisih lif. Bila saya sampai, beg dah selamat masuk bilik.

Confident je tinggal beg depan pintu.

Lobi hotel waktu Maghrib

Bilik kami mengadap kawasan masjid. Bolehlah tengok kubah masjid tu sambil berangan kengkonon kat Aqsa. Kata orang berangan itu free jadi beranganlah sepuas hati asalkan atas perkara yang baik. 


Malamnya hubby sambung meeting lagi maka saya duduk memerap dan bermalas-malasan dalam bilik hotel sahaja sambil order room service. Sekali-sekala duduk bermalas-malas sambil menternak lemak. Lepas ni nak balik rumah sambung berkebun di halaman rindu lagi. So sementara ada masa ni kita berehat sepuas hati.

Complimentary daripada pihak hotel.
Macaroon+chocolate+strawberry=penambah kolestrol.

Saya stay satu malam sahaja. Cukuplah untuk menghilangkan lelah. Lepas ni nak harung jalan jam pulak. Walaupun dah lali dengan traffic jam kat KL ni tapi sekali-sekala lelah itu datang jua. Sejak berulang-alik Ampang-Nilai memang tak boleh nak elak kawasan jam melalui Ampang dan TBS. Pasrah jelah.

Rasanya baru je depa buat parking tiket. Sebelum ni rasanya free je. Untuk pelanggan hotel memang dapat parking free. Endorse sahaja tiket tu kat receptionist sebelum keluar.


PS: Mudah-mudahan kerehatan ini membawa kebaikan yang berpanjangan.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...