Friday, 28 December 2018

Cempedak oh cempedak...

Dah beberapa kali kami lalu depan gerai cempedak goreng madu 3 kat Kampung Baru tapi takde parking. Bila dah jumpa parking gerai dia pulak tutup. Dan berkali-kali juga hubby sebut nak makan buah cempedak. So kebetulan hubby jumpa buah cempedak kat Village Grocer baru ni tanpa fikir panjang terus je capai sebijik. Mentang-mentang saya takde, sukahati je dia beli buah kampung gitu dalam supermarket. Of course la kena ketuk. Harga sekilo RM13.50 sah-sah la berat kulit daripada isi. 

Kemain cempedak sebiji RM20.

Dah susah payah hubby membeli maka kita layankan aje buat cempedak goreng. Untuk menggoreng cempedak ni saya buat adunan batter sendiri sahaja. Saya gunakan dua senduk tepung beras, secubit kapur sireh (jangan banyak sangat takut nanti pahit), secubit garam dan serbuk kunyit. Tambahkan air secukupnya dan gaul adunan menjadi likat. Campuran kapur sireh dan kunyit tu menjadikan adunan berwarna oren cantik dan hasil gorengan yang rangup. Kalau yang jual kat gerai tu rasanya depa tambah bahan lain lagi. Ntahlah, saya pun tak pasti. 

Besar mangkuk dari buah....

"Kalau nak pilih buah kayu, cari yang buahnya tegang dan padat, baru la ulasnya banyak....." ayah saya memang expert bab buah-buah kayu gini. 

Buah kayu adalah term yang ayah saya guna untuk buah-buah tempatan macam cempedak, nangka dan durian. Saya jarang beli buah kayu. Kalau teringin nak makan saya akan beli yang dah siap buka dan siap packing. Terus nampak rupa ulasnya. Malas nak serabut dengan kulit buah yang bertambun nanti. Kemain belagak kau..

Untuk membelah buah cempadak ni, kena lumur pisau dengan minyak masak dahulu. Tujuannya nak elakkan getah cempedak melekat kat pisau, kang susah pulak nak cuci. Tangan pun kena lumur dengan minyak juga. Kalau malas boleh je guna sarung tangan.

Ada 15 ulas sahaja

Gaul dalam batter

Goreng dalam minyak panas.

Tadaaa....

Alhamdulillah buahnya sangat manis. Saya tak pasti berbaloi atau tidak dengan harga RM20 untuk 15 ulas cempedak ni. Yang pasti hasil gorengan ini lesap dalam sekelip mata sahaja. Berkat air tangan isteri terchenta....

PS: Lain kali boleh buat lagi.... kita pi cari cempedak dusun pulak.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...