Monday, 10 December 2018

Jalan-jalan Singapore I

17 Oktober 2018
Saya belum pernah ke Singapura. Jadi bila hubby ajak teman, kita seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Kebetulan hubby punya all expenses paid maka kita hanya perlu bayar flight tiket saya sahaja. Kami gerak tengahari so tiba sana dah petang. First time jejak kaki kat Changi Airport... memang teruja. Keluar sahaja dari terminal terus exit ke area parking. Tak perlu semput-semput nak menapak. Patut la depa dapat title the best airport in the world.

Saya suka melihat pemandangan sepanjang perjalanan dari Changi Airport ke hotel. Paling teruja melihat pokok-pokok besar sepanjang jalan. Semua pokok dipangkas dengan kemas dan cantik. Walaupun kebanyakan pokok nampak tua tapi dahan-dahan seakan dijaga dengan baik agar tidak melempai dan menutupi tanda jalan. Perjalanan ke hotel mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja.

Kami menginap di Fullerton Hotel yang punya sejarah menarik. Walaupun tak minat sejarah tapi dapat jugak la sedikit info tentang sejarah penubuhan hotel ini. Memang menarik. Depa siap tayang dokumentari sebagai welcoming note dalam bilik hotel. Hiasan dalaman agak tradisional tapi lengkap dengan keperluan peribadi. Depa juga sediakan ensaiklopedia tentang sejarah penubuhan hotel kot-kot kita rajin nak baca.


Speaker, tablet dan handphone
HP tu siap dengan free internet untuk tetamu bawa keluar jenjalan.

Fresh fruit untuk tetamu

Depa siap letak cenderahati untuk saya dan hubby. Saya rasa cenderahati itu daripada pihak organiser. Bersebelahan kotak cenderahati tu ada bekas berisi botol ala-ala champagne siap dengan air batu dan dua biji gelas. Terkejut badak saya first time tengok benda-benda macam ni dalam bilik hotel.


Alhamdulillah depa ada sediakan sudut teh dan kopi yang menepati citarasa saya. Saya ni memang kaki teh. Pergi mana-mana pun pasti cari teh panas. 

Kita pilih teh sahaja.

Menjelang malam kami mula terasa lapar pulak. Seperti biasa kalau pi mana-mana pun kami tetap cari makanan yang kena dengan selera. Kalau dah tekak Melayu mesti nak makanan ala-ala Melayu jugak. So memalam buta kami keluar cari makan menyusur kawasan sungai. Dah lama saya tak keluar memalam kat kawasan tourist begini. Aduhai....sesak nafas dibuatnya. Alhamdulillah terjumpa sebuah kedai makanan India di celah-celah kawasan non-halal. So kita pekena roti nan dengan fish curry dan vegetable curry sahaja. Tak berani nak ambik yang lain sebab ragu-ragu dengan status halalnya. Harga? Kami bayar S$55 untuk dua keping roti nan, semangkuk kari ikan dan semangkuk kari sayur. Berbaloi? Entahlah. Dah namanya tourist area gamaknya gitulah harga yang harus dibayar. Tapi karinya marvelous. Alhamdulillah. 


Selepas dinner sempat lagi bersantai-santai di tepi sungai. Buang tebiat memalam buta di tempat orang. Diwaktu begini kalau kat rumah saya dah siap-siap masuk tidur dah.

Muka penat.....

18 Oktober 2018
Esoknya, program hubby bermula agak lambat. Jadi selepas sarapan sempatlah kami pi ronda-ronda sekitar kawasan hotel. Alhamdulillah hotel Fullerton ni berdekatan dengan Merlion Park. Kami hanya berjalan kaki menyusur sungai dan merentasi jambatan untuk sampai ke sana. 

Fullerton Hotel.

Merlion Park



Selepas shot beberapa foto kami singgah minum teh sambil melihat gelagat orang ramai. By tengahari kawasan ni dibanjiri pengunjung. Rata-rata tourist dari negara luar. 


Selepas membeli sedikit makanan untuk lunch kami balik hotel semula untuk berehat sebelum hubby join program selepas zohor. Semasa hubby berprogram tu saya sambung berehat dalam bilik hotel sahaja. Hajat nak sambung jalan-jalan sekitar hotel lagi tapi tetiba rasa penat pulak. Lagipun hujan mula turun renyai-renyai seakan menyatakan alangkah seronoknya kalau bergolek-golek dalam selimut atas katil. Maka kita akur sahaja dengan keadaan. 

Bila dah duduk sensorang takde apa kerja nak buat mulalah penyakit boring tu datang. Tetiba curious nak tahu bagaiman rupa bentuk air dalam botol semalam. Selepas terbiar semalaman, saya cuba kuatkan hati untuk melihat bagaimana rupa bentuk botol bertuah tu. Nervous juga nak pegang. Air batu pun dah mencair. Bila buka tengok rupa-rupanya hanya jus epal sahaja. Tapi sebab ianya sparkling, rupa airnya pun kelihatan seakan-akan 'benda' alah tu. Saya cuba jamah tapi sah-sah tidak menepati citarasa.... :(

Sparkling apple juice, non alchoholic.

Penutupnya guna gabus.

Tengok rupa penutup pun dah seram bulu roma. Masa memula buka penutup 'cork' tu pun dah meletup keluar asap bagai. Bila tuang dalam gelas tu pulak berbuih-buih. Tak sanggup nak minum takut tersalah niat. Sabo jelah....makcik ni orang kampung. Akhirnya kita duduk-duduk sahaja sambil bertafakur dan tertidur.

PS: Apa-apa pun, never judge a book by its cover.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...