Tuesday, 11 December 2018

Jalan Jalan Jakarta

20 November 2018/12 Rabi'ulawal 1440
Beberapa kali jemputan oleh sahabat hubby untuk ke Jakarta tertangguh-tangguh akhirnya berjaya dipenuhi. Of course la hubby pi atas urusan kerja dan seperti biasa saya hanya mengekor sahaja. Biasanya kalau ke Indonesia hubby pi sendiri tapi kali ini kebetulan Nina cuti sekolah maka kita angkut sekali. Saya pernah pergi temankan hubby pada tahun 2013 dahulu. Bawa Amin dan Nina bercuti. Cuma kali ini hanya Nina sahaja yang available. Amin dah masuk UITM, sibuk dengan projek, ujian dan sebagainya. 

Kami ambik flight tengahari, tapi sebab perbezaan masa, kami dapat jimat satu jam, maka tiba di sana pun tengahari juga, tepat masa untuk makan tengahari. Lepas selesai urusan emigresen dan bagasi, kami terus gerak ke tempat makan. Depa bawa ke tempat special katanya. Kebetulan hari tu cuti umum sempena Maulidur Rasul maka tempat makan tu agak penuh dengan pengunjung. Kami terpaksa menunggu untuk mengambil tempat duduk. Sambil menunggu tu haruslah kita menikmati alam sekeliling dahulu....

Di kaunter pertanyaan...

Restoran Talaga Sampireun ni berkonsep makan-makan tepi tasik. Depa bina pondok-pondok kecil berhawa dingin untuk makan-makan keluarga. Ada juga tempat duduk open space bagi yang inginkan suasana asli.

Talaga Sampireun ni berasal dari Bahasa Sunda bermaksud tempat singgah di tepi danau.



Pilihan menu yang pelbagai

Laluan berbumbung ala-ala pagola

Tempat basuh tangan yang unik

Makan bersila dalam pondok berhawa dingin.

Lepas makan tengahari kami terus meuju ke hotel untuk berehat. Jalan dah mula macet(jam) tapi masih boleh dibawak berbincang. Tiba sahaja di hotel, hubby terus join program yang disediakan. Seperti biasa apabila hubby berprogram, saya sambung berehat dalam bilik hotel sahaja. Sepatutnya malam tu depa ajak pi dinner tapi saya dah malas nak keluar. Lagipun kawan-kawan hubby semua lelaki jadi agak kekok untuk saya join sekali. Depa pi makan Nasi Padang. Saya senang hati tunggu hubby bawa balik tapau.....

21 November 2018
Seperti biasa apabila hubby ajak teman keluar kawasan saya akan cari kawan buat teman sepanjang berada di sana. Alhamdulillah kali ini Ibu Nabihah(Bie) berbesar hati menemani saya selama 4 jam di Jakarta. Bie adalah kawan sekolah saya semasa di MRSM dahulu. Dah beberapa tahun menetap di Jakarta mengikut suami bekerja.

"Bie jumpa Mas kat hotel lepas kul 10 ye..."

Disebabkan bandar Jakarta ni sentiasa macet (jam) pada waktu puncak depa buat sistem nombor kereta ikut nombor hari bulan. Waktu puncak bermula dari pukul 6.00-10.00 pagi dan dari pukul 4.00 petang, hingga pukul berapa ntah... lupa pulak. Jadi contohnya, hari itu 21hb (nombor ganjil), maka  hanya kereta bernombor plat ganjil sahaja boleh melalui jalan-jalan utama pada waktu puncak. Kereta dengan plat nombor genap hanya boleh lalu selepas pukul 10.00 pagi. Disebabkan kereta kawan saya tu bernombor plat genap maka hari itu dia hanya boleh keluar selepas pukul 10 pagi. Makanya temujanji kami bermula selepas pukul 10 pagi....

Oleh kerana saya hanya nak jalan-jalan cuci mata, jadi kami terus sahaja ke Tamrin City Mall. Konon saja nak melihat-melihat tanpa tujuan tapi tersambar jugak beberapa helai baju batik buat kenangan.

Mabuk kain

Banyak sangat pilihan

Dah puas berjalan, haruslah kita isi perut pulak. Saya memang suka masakan ikan gurame. Mulanya nak order gurame bakar tapi out of stok. So saya ambik second best...., gurame goreng, nasi putih dan sup. Minum haruslah the ever green jus alpukat (avokado blend)

Lunching.

Tak terasa masa berlalu sangat pantas. Sedar-sedar saya dah kena balik hotel semula sebab hubby hanya bagi masa hingga pukul 3 petang sahaja. Lagipun ibu Nabihah harus pulang sebelum waktu puncak 4.00 petang sebab plat keretanya nombor genap. Hari ni 21hb iaitu nombor ganjil. 

Petang itu host kami berhajat membawa kami berziarah ke Sekolah Tinggi Ekonomi Islam (STEI SEBI) Ciputat, Tangerang yang terletak di Kota Depok, Jawa Barat. Lebih kurang 40km dari hotel kami. Saya dah dapat bayangkan keadaan saya dalam perjalanan waktu puncak itu nanti. Tapi sebagai tetamu kita raikan sahaja hajat tuan rumah. Memang adat mereka mengajak tetamu melawat tempat tinggal mereka, untuk lebih berokah katanya.

Perjalanan sepatutnya mengambil masa 40 minit menjadi lebih 2 jam. Sepanjang jalan macet(jam) tadi saya dah tak larat menahan muntah. Tiba sahaja di tempat perhentian saya terus cari toilet untuk muntah. Alhamdulillah pening kepala saya tidak berlarutan. Masih boleh berjalan dan memaniskan muka. Kami berhenti di Restoran Ciganie Nasi Padang untuk makan malam dan solat Maghrib.

Sepanjang berada di Jakarta ni saya rasakan sentiasa mewah dengan maknanan. Host kami sangat pemurah menjamu macam-macam jenis juadah. Namun untuk saat itu saya dah tak mampu menjamah apa-apa makanan. Alhamdulillah depa sediakan ulam-ulaman. Saya ambik beberapa helai daun temangi buat ratah sambil berselawat. Alhamdulillah, selepas beberapa ketika pening kepala saya mula hilang dan saya dapat minum air dengan tenang. Tapi masih tak mampu nak menjamah makanan berat. Jadi, saya bagi alasan masih kenyang makan lunch dengan kawan saya tengahari tadi.

Mewah dengan makanan

Kita maniskan muka menghormati tuan rumah.

Depan Restoran Ciganea Nasi Padang

Alhamdulillah kami tiba di STEI SEBI dalam pukul 9 malam. Suasana tenang kerana kebanyakan pelajar dah berehat di asrama masing-masing. Yang ada hanya mereka yang menghadiri proram yang sedang dianjurkan.

Etika kolej

Depa jemput hubby bagi sepatah dua kata sempena kunjungan kami. Alhamdulillah, walaupun saya tidak bersedia dengan sambutan mereka, terasa diri segar semula despite rasa pening semasa dalam perjalanan tadi. Rasa terus segar dengan sambutan hangat para pelajar yang mengambil kursus perakaunan dan ekonomi di sana. 

Terpaksa join depa bergambar pulak

Selepas bergambar kami dijamu dengan kuih dan buah. Alhamdulillah. Setelah melawat kawasan kolej dalam suram cahaya malam kami bergerak balik dah tiba di hotel semula dalam pukul 12 malam. Hari yang panjang tapi telah banyak menambah pengalaman saya di tempat orang.

22 November 2018
Pepagi lagi hubby dah keluar untuk perjumpaan di Universitas AlAzhar Indonesia (UAI), Jakarta selatan. Programnya bermula pada pukul 8 pagi jadi pukul 7 pagi hubby dah kena gerak bagi mengelakkan jalan jam. Siap pesan suruh saya get ready pukul 9.30 pagi sebab nak terus pergi airport selepas tu. Kereta tiba agak lewat sebab macet(jam) jadi sempatlah saya pi sarapan dan lepak-lepak kat lobi hotel sambil baca surat khabar Jakarta Post. Dah lama tak baca paper ori... 

Hotel Sofyan Cut Meutia

Rupa-rupanya kereta yang nak jemput kami tu bernombor plat nombor ganjil, jadi terpaksa tunggu pukul 10 baru boleh melalui jalan utama ke bandar Jakarta. So driver tu buat beberapa pusingan sekitar kawasan hotel sementara menunggu waktu yang sepatutnya. By pukul 9.59 kami dah bersedia di garisan sempadan. Tepat pukul 10 pagi polis mula melepaskan semua kereta yang sedia menunggu. Saya tak pasti berapa bayaran samannya. Kata driver tu, sesiapa yang melanggar peraturan ni akan didenda 500ribu rupiah. Saya dok congak-congak exchange ratenya lebih kurang RM150.  Huhu... boleh tahan jugak tu.


Jakarta dan macet berpisah tiada.

Setelah lebih sejam mengharung jalan jam, kami tiba di Universitas AlAzhar Indonesia (UAI) untuk menjemput hubby sama-sama ke airport. UAI ni ada sejarah dan bangunan yang menarik tapi saya tak sempat nak explore disebabkan kesuntukan masa. Mudah-mudahan ada rezeki saya untuk ke sini lagi.


Perjalanan ke Sukarno Hatta Airport mengambil masa 30 minit sahaja. Tapi kami terpaksa berpusing-pusing mencari kaunter check-in sebab tanda arahnya agak mengelirukan. Walaubagaimanapun masih ada masa untuk beli sedikit barang cenderahati dan makan-makan sebelum berlepas.

Brunch sebelum balik

Alhamdulillah everything goes smoothly. Kami touched down KLIA pada pukul 3.30 petang. Tunggu bagasi dalam 30 minit. Lepas tu terus gerak balik Nilai sebab hubby ada kelas pada pukul 5 petang. Sempat la balik mandi dan salin baju sebelum pergi kelas.


Malam tu kami tidur di Nilai. Esoknya pepagi lagi hubby dah keluar gi meeting di Bangsar. Saya tunggu jalan reda dahulu sebelum gerak balik Ampang sebab nak jumpa Dayah sebelum balik ke Kelantan. 


PS: Bila fikir-fikirkan balik, teramatlah hecticnya  hidup ini. Mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk bergerak ke sana ke sini .... macam sibuk bebenor....


No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...