Saya tak ingat bila last saya pi sambutan Hari Merdeka. Rasanya masa kat sekolah menengah dulu kot. Kami kena pi stadium ramai-ramai. Cikgu pesan suruh murid-murid yang terpilih semua pergi sebab nak kena penuhkan stadium sebab ada Sultan nak datang majlis perasmian. Masa tu saya tak faham pun apa erti kemerdekaan. In fact sekarang pun masih lagi kelabu asap. Masa tu rasa seronok tengok kawan-kawan dari sekolah lain yang datang ramai-ramai untuk sama-sama penuhkan stadium. Setiap sekolah kena sediakan satu bentuk binaan untuk diusung keliling stadium sambil berkawad. Apa ntah namanya, lupa dah. Saya memang betul-betul datang untuk duduk penuhkan stadium semata-mata. Tidak langsung terlibat dengan perbarisan dan penyediaan binaan tu. Sesungguhnya ambo bukan pelajar mithali.
Pertama kali dalam sejarah tahun ini Persatuan Penduduk taman perumahan kami ada buat sambutan hari kemerdekaan. Alhamdulillah saya berpeluang turut serta memeriahkan majlis. Kebetulan hubby join sambutan hari kemerdekaan di Seremban maka saya wakilkan diri untuk hadir di majlis kat taman perumahan sendiri.
Dengan jiran belakang rumah. |
Majlis bermula jam 9 pagi dengan sarapan. Macam-macam juadah ada, all sponsored daripada lebihan kutipan untuk jamuan Eidul Fitri baru-baru ini. Lepas selesai makan semua pakat berdiri nyanyi lagu Negaraku dan Jalur Gemilang.
Selepas tu ada sesi penerangan tentang perkembangan terkini kawasan sekitar Ukay Perdana secara am. Disusuli pula dengan sesi soal-jawab isu-isu berkaitan taman perumahan kami. Saya hanya mendengar sahaja sambil berborak dengan rakan semeja.
By pukul 11.30 pagi kami bersurai. Alhamdulillah sempatlah beramah mesra dengan beberapa jiran setaman. Selama ini masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Kalau berselisih jalan pun hanya sempat hai-hai bye-bye sahaja. Mudah-mudahan selepas ini dapat lebih mengenali jiran-jiran sekitar dengan lebih dekat.
Depa siap print out lirik untuk para hadirin. |
PS: Masih mencari makna kemerdekaan.....
No comments:
Post a Comment