Friday, 28 September 2018

Kereta oh kereta....

"Umi, Ein nak guna kereta mana ni? Interview kol sebelas." 

Awal minggu baru ni seharian saya dok setel pasal kereta sahaja. Tak sampai 2 minggu saya setelkan masalah clutch, Unser tu dah buat hal lagi. Kali ini tayar bocor pulak. Saya memang tak perasan sebab dah turunkan hak penjagaan mutlak kepada anak bujangku. Kata orang dah namanya lelaki tu lelakilah jugak. Mana nak boleh diharap menjaga harta setaraf kasih sayang umi. Tayar belakang passenger tu flat terus tak boleh nak diselamatkan lagi.


"Dah lama dah tayar tu asyik kempis. Ein isi angin banyak kali dah. Lepas tu dia kempis balik. Tetiba bunyi zass masa nak korner balik kerja Jumaat hari tu, Tapi Ein tak cek pun...." Hmmm... betullah tu. Typical anak jantan. Bukannya nak cakap awal-awal. Dah last minit takleh gi kerja Umi jugakkk nak kena setel.

Alhamdulillah bengkel kereta sepelaung sahaja dari rumah. So pepagi lagi dah pi tunggu kedai buka ambik mekanik datang rumah. Tak berani nak gerakkan kereta ke bengkel takut kang terbalik pulak masa mendaki bukit nak keluar taman perumahan ini. Dia siap bawa jack dan peralatan yang sepatutnya.


Tertusuk paku ntah datang dari mana...

Pecah dan bengkak teruk.

"Ein cuba kereta Saga lah....." Beberapa kali bujangku cuba hidupkan enjin tapi tak jalan.

Sebenarnya Saga tu pun bermasalah juga. Sejak minggu lepas tak boleh nak hidup. Walau dah tukar bateri baru masih tak boleh ignite. Terpaksa guna jumper baru boleh start enjin. Alang-alang adik mekanik tu dah datang, saya suruh dia tengokkan apa masalah sebenarnya cik Saga.

"Masalah wiring ni kak. Kami kena bawa balik bengkel untuk cek....."

So saya bagi je kunci suruh depa bawa balik Saga tu pi bengkel dan angkut sekali dengan tayar Unser yang dah rosak tu. Pasrah je tengok Saga tu berlalu pergi. Maka tinggallah Unser tu di rumah tanpa tayar sebelah.😅.


"Ein gi interview naik kereta Dayahlah." Kesian pulak tengok bujangku terkulat-kulat nak pergi interview kerja. Masa dah hampir jam 10.30 pagi. Appointment pukul 11 pagi. Alhamdulillah Hidayah takde planning nak guna kereta hari tu. So lepas interview kat Wangsa Maju boleh terus gi kerja kat Damansara. Intern belum habis lagi. Hari tu kira masuk kerja half-day sahaja.

By pukul 12.30 tengahari tiba-tiba dapat mesej dari bujangku.

"Umi kereta kena clamp...."
"Duit takde...."

Maka kelam-kabut lah umi yang pengasih penyayang ni bergegas pi tempat interview tu nak setel bayar saman parking dan buka clamp. Alhamdulillah ofisnya kat Wangsa Maju sahaja. Memang kawasan tu susah parking. Elok pulak dia pi parking kat tempat yang tak sepatutnya memang minta samanlah. Katanya interview sepatutnya sekejap sahaja tapi banyak pulak borak sebab boss tu peramah dan ada common ground. Apa nak dikata, dah salah sendiri maka tanggung jelah.

Kesalahan parking RM50 dan buka clamp RM50, total RM100.

By pukul satu tengahari saya dapat call daripada bengkel kereta pulak. Setelah diperiksa, banyak pulak benda-benda yang rosak. Katanya bukan setakat wayar bateri, segala jenis wayar dah berselirat dalam tu dah rosak. Entahlah... saya bukannya pandai bab kereta ni. Kalau depa nak kelentong pun saya bukannya boleh kata apa. Pasrah jelah dengan ketentuan diri yang yang tak bijak tentang enjin dan motor ni, walaupun masa dulu-dulu pernah ada cita-cita nak jadi engineer. Kalau ikutkan usia Saga ni memang dah layak dapat macam-macam masalah. Dah melepasi usia guna. Biasanya usia guna kenderaan cuma lima tahun sahaja. Kalau pandai jaga bolehlah mencapai usia sepuluh tahun. Saga tu dah over-use sebenarnya. Kesian pulak.

"Awak buatlah apa yang patut, asalkan Saga tu boleh digunakan." Pasrah je saya bagitahu adik mekanik tu. Saya serah je pada yang pakar. Ongkosnya claim ngan hubby...

By pukul 6 petang depa datang pulangkan kereta yang dah siap dibaiki serta tayar baru untuk Unser. Beriya-iya adik mekanik tu buka bonet depan dan bercerita tentang enjin dan penjagaannya. Sepatah haram saya tak paham. Saya angguk-angguk jelah. Jenuh jugak nak paksa neuron-neuron dalam kepala otak saya berhubung semula. Walaupun Fizik SPM saya dapat A tapi jenuh jugak la nak ingat balik apa yang dah belajar dulu.



Bateri baru


Unser bertayar baru.

Sabo je hubby keluar duit. Mudah-mudahan bertambah rezeki selepas ini.

PS: Maintain bini lagi murah dari maintain kereta...


No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...