Friday, 14 September 2018

Clutch kereta rosak

Semasa rata-rata manusia menggunakan kereta automatik, saya masih lagi kekal dengan Unser manual. Kereta yang banyak berjasa kepada kami sekeluarga sejak dari Nina baby hingga dah masuk tingkatan empat, sejak saya kelam-kabut angkut anak-anak penuh kereta berperang pergi sekolah pagi-pagi hingga kini kosong tiada penumpang lagi. Sungguh... Unser itu banyak menghimpun kenangan pahit manis....

"Umi.... clutch dia macam tak naik la. Tak leh nak jalan....."

Haruslah clutch dan gear tu buat hal. Penat naik turun bukit. Sejak hubby belikan saya kereta BRV saya dah pass on Unser tu kepada bujangku untuk dia bawa ulang-alik pi kerja (Intern) kat Damansara. Dah namanya third hand, dapat kat bujang yang tengah galak pecut kereta pulak memang jahanamlah Unserku itu. Baru pakai tak sampai setahun dah timbul masalah. Sepanjang dalam jagaan saya Alhamdulillah tiada masalah besar yang timbul. Cuma masa awal-awal take over daripada hubby dulu saya terpaksa berbelanja untuk service dan make-over. Almaklumlah, manakan sama lady driver dengan male driver. Kita ni punya la berlemah lembut dan bersopan santun bawa kereta, nak tukar masuk gear pun sangat berhati-hati. Dapat kat depa main belasah je bawa sana-sini.

So terpaksalah panggil budak forman datang tengok. Alhamdulillah bengkel kereta sepelaung saja dari rumah. Dia datang bawa minyak clutch dan periksa keseluruhan paip dari tangki minyak clutch tu hingga ke pedal.

"Ada bocor ni....." Tangki minyak clutch tu memang dah kosong. Takde minyak.

Mula-mula dia tuang minyak clutch dalam tangki. Kecik je tangkinya. Sebesar cawan. Lepas tu suruh kita tekan clutch hingga rapat ke lantai dan pam beberapa kali. Bila minyak dah mula mengalir dan clutch dah agak loose baru boleh masuk gear.

"Saya bawa balik bengkel lah untuk tengok apa yang patut. Nanti apa-apa saya call balik.".

Setelah diperiksa dia call balik, memang betul ada kebocoran dan bagitahu details serta sebut harga. Bila kita dah setuju dengan harga tersebut baru depa repair apa yang patut. Lebih kurang 2 jam kat bengkel dia call balik kata kereta dah siap. Depa tunjuk apa yang rosak dan apa yang diganti. Bahagian tangki tu dah rosak dan bocor. Bahagian bawah (clutch pump) kat pedal tu pun dah rosak, spring (ke apa ntah) dah haus dan stuck tak boleh gerak. So depa tukar semua benda. Harga dua barang tu RM320, tambah upah RM80 dan minyak brek RM40. Semua sekali RM460. 


Redha jelah dengan depa yang repair  kereta kita. Saya dah biasa repair kereta kat bengkel ni. Setakat ini saya berpuas hati dengan servis yang diberi. Banyak je dengar ada bengkel kereta menipu pelanggan kata satu-satu benda tu rosak tapi sebenarnya masih elok. Tapi sebab kita tak mampu nak repair sendiri terpaksalah serahkan pada yang pakar. Mudah-mudahan kita terselamat dari tipu daya manusia yang suka menipu.

PS: Gaji intern RM500 sebulan, belanja tol ngan minyak kereta pun tak berapa nak lepas. Makan pun mak-ayah tanggung lagi... Mudah-mudahan lepas ni tak ada benda major nak kena tukar lagi.

1 comment:

Unknown said...

Tq for info...kereta mertua mslh clutch plak

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...