Saturday, 6 December 2014

Projek langsir lagi...

Alhamdulillah setelah agak lama mencari masa akhirnya projek langsir saya dapat diteruskan lagi. Kali ni saya siapkan bahagian sliding door yang lagi satu. Sliding door yang satu ni leceh sikit sebab kedudukannya yang berkeluk (apa tah perkataan sebenar). So saya kena ukur betul-betul panjang batang kayu tu supaya ia boleh fit in. Masa beli batang kayu hari tu tak pulak terfikir hal2 macam ni. Lagi pun depa tak ada stok yang betul-betul ikut size yang kita nak. Depa ada saiz untuk 2 dan 3 pintu saja. Kalau untuk 4 pintu depa suruh ambik 2 batang saiz 2 pintu. 

Masa projek pertama dulu tak ada masalah sebab dinding dia lurus je.Cuma kelam kabut tak reti nak buat. Bantai je tebuk dinding tu sesuka hati. Kali ni hal tebuk menebuk dinding tak ada masalah. Dalam masa tak sampai sejam dah boleh siap. Nak ukur panjang batang kayu tu je yang ambik masa sikit.
Terpaksalah gunakan kemahiran memotong batang kayu pulak. Gergaji simple beli kat Jusco. Bantai je lah. Main potong je atas lantai tuh.. 
Buang dalam 4 inci je pun....Mata gergaji tu pun masih maintain tanpa cela.. 
Pastu sambung dengan celotape. Sadis betul... Patutnya guna skrew, tapi tak berapa lut so saya kuatkan dengan celotape tebal-tebal. 
 Bahagian bercelotape tu saya letak betul-betul kat tengah-tengah penyambung tu. Tiada masalah tercabut ke apa ke sebab batang kayu tu betul-betul fit dalam 'keluk' tu....
Akhirnya...
Sungguh...Allah bersama orang yang sabar dan berusaha...

P.S Banyak lagi projek sempena cuti sekolah ni... Hmm...adakah hanya tinggal sebagai angan-angan...

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...