Tuesday, 23 December 2014

Jambori Amal Islami 2014

Setiap kali mendapat jemputan menyertai apa-apa pertandingan Kokurikulum, pihak sekolah saya selalu cuba memenuhi undangan walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran. Hmm...

Baru-baru ni kami mendapat undangan meyertai Jambori Amal Islami anjuran Exco Pendidikan, Pembangunan dan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS). Buat kat  Universiti Selangor, Kampus Bestari Jaya. Program bermula dari 25 hingga 27 November 2014. Program ni untuk sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz Negeri Selangor. 

Program ni diadakan setiap 2 tahun bermula tahun 2010. Ni kira kali ke 3 kami dapat jemputan. Biasanya depa buat dalam petengahan tahun tapi tahun ni agak lewat. Dapat surat pun dah hujung-hujung sebelum tarikh tu. Aduss...dah la masa tu tengah kalut nak menanda kertas pereksa. Sibuk dengan PT3 lagi. Cikgu-cikgi semua sibuk dengan tugas masing-masing. Tarikh pulak bertembung ngan program tingkatan 4. Murid tingkatan 5 pulak dah mula SPM. So yang tinggal hanya lah murid tingkatan 3. Alhamdulillah depa dah habis PT3 so boleh kerah mereka untuk berlatih apa yang patut. 

Alhamdulillah sekolah saya mempunyai murid-murid yang sangat komited. Sangat indepeden. Kita hanya perlu buka jalan dan make sure mereka faham apa yang kita nak. Insya Allah mereka boleh berusaha sendiri.

"Cikgu tahu kan kita akan bersaing dengan murid-murid yang lebih senior?" Boss saya, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dah briefing saya awal-awal lagi.
Memang sekolah-sekolah lain bakal menurunkan peserta yang senior sebab murid-murid sekolah tahfiz biasanya ada yang berumur hingga 19 tahun. Dari segi fizikal memang tak terlawan oleh kami yang hanya menurunkan anak-anak tingkatan 3. Tapi berbekalkan semangat waja kami redah juga.

"Cikgu....nak kena bawa baju sukan berapa pasang?" Kapten pasukan bola jaring sekolah yang sentiasa bersemangat.
"Bawa 2 set. Kot-kot boleh masuk final." Sungguh saya sangat optimis. Semua orang kena ada 2 set persalinan baju sukan. Kalah menang adat pertandingan. Yang penting kita mesti bersedia.
"Cikgu?...biar betul. Boleh ke masuk final?"
"Insya Allah...kita pakat-pakat doa la.."

Alhamdulillah dengan ditemani oleh 2 orang lagi guru pengiring kami memulakan perjalanan seperti yang dijadualkan. Bas yang dijanjikan tiba tepat pada jam 12.00 tengahari. Perjalanan selama 1jam 45 minit. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sampai je terus register. Terus dapat bilik yang selesa. Petang terus taklimat. Cuma penat sikit sebab saya dan seorang lagi guru terpaksa menunggu lama untuk mengundi giliran peserta untuk semua acara.

Lepas solat Isyak ada majlis perasmian. Semua peserta di kehendaki memakai baju rasmi. Hmm...
Majlis perasmian. Pakai baju sekolah je..kopiah semua dah hilang.

Konsep yang diterapkan dalam program ini ialah semua peserta mestilah menjadi 'abid di malam hari dan menjadi singa di siang hari. Maknanya pada siang hari setiap peserta wajib menyertai satu acara padang/sukan dan pada sebelah malamnya pula mereka wajib menyertai acara pentas. Maknanya sesiapa yang ingin menyertai program ini mestilah berkebolehan dalam kedua-dua seni pentas dan juga sukan.
Menunggu giliran pertandingan nasyid. Masih tanpa kopiah..

Alhamdulillah tanpa disangka mereka bejaya memenangi banyak acara. Antaranya johan nasyid muslimin, johan Tilawah Quran muslimin dan hafazan, emas bola jaring, perak pingpong muslimat dan gangsa badminton muslimat. Dan yang paling terharu SMI Al Amin Gombak telah muncul sebagai sekolah terbaik dalam Jambori Amal Islami Negeri Selangor 2014. Sesuatu yang sangat berharga buat semua warga SMIAAG.

Tahniah juara. Walaupun tanpa kopiah...
Barisan banat yang osem...Tahniah buat semua.
Piala kemenangan bukti kegigihan mereka.
 (Yang tinggi tu piala pusingan, kena pulangkan selepas sebulan huhu...)


P.S Terimakasih buat hubby yang memberi sokongan penuh sepanjang saya menyelaras program ni. Juga memberi kebenaran untuk saya keluar bermusafir sebagai guru pengiring. Tanpa restu beliau mungkin semua usaha ini sia-sia belaka.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...