Thursday, 11 December 2014

Doorgifts, Goodies, Bunga Telur...

Sejak anak bujangku selesai PT3 dan puteri bongsu tu habis UPSR serasa putaran masa berlalu pantas. Diam tak diam dah nak habis dah tahun 2014. Sepanjang saya cuti tak cuti ni banyak benda yang perlu difikirkan. Banyak juga projek yang perlu disiapkan. Dan banyak juga kenduri kawen di sana-sini. Dan banyak juga lah koleksi bekas telur yang saya terima. Dek kerana sifat penyayang yang amat menebal dalam diri saya ni maka bertambun-tambun lah segala rupa bentuk bekas telur yang saya simpan selama ini. 

Baru-baru ni buat spring clean kat kabinet dapur. Terpaksa lah lupuskan sebahagian dari koleksi pusaka saya tu. Cuma simpan beberapa ketul yang tak sampai hati nak dibuang. Ada orang bagi telur pakai kertas atau kotak kecik-kecik. Tu belum kira bunga telur atau bunga pahar lagi. Koleksi bunga pahar pun terpaksa saya lupuskan. Sebab banyak sangat tak tau nak simpan kat mana. Sebelum ni saya letak dalam pasu buat hiasan meja dan sebagainya. Tapi bila dah tua-tua ni semua tu dah nampak semak. Lagipun dah penat nak cuci habuk. Saya suka bekas ceramik dan bekas cristal. Selain daripada tu semua dah selamat masuk tong sampah. 
Koleksi bekas bunga telur ceramik 
Koleksi bekas telur kaca atau kristal. 

Sekarang ni orang dah kurang bagi cenderahati telur. Ramai dah mula bagi botol (jar) isi jem atau madu. Banyak juga dapat cenderahati ni. Tapi lepas habis isinya terpaksa buang botol tu. Ada juga beberapa bekas yang simple saya simpan untuk letak spices dan rencah masakan.

Akhir-akhir ni cenderahati kepada tetamu pun sudah semakin canggih. Ada bagi saputangan,  Ada juga yang bagi kalender. Malah, ada tuan rumah memberi cenderahati berupa beg kecil yang di dalamnya ada coklat, sepotong kek dan Surat Yassin atau al Ma'thurat. Tidak kira apa bendanya, kecil atau besar, mahal atau murah, saya sentiasa suka menerima cenderahati di akhir majlis perkahwinan. Pemberian itu tentu ikhlas dari tuan rumah, maka saya menerimanya dengan penuh keikhlasan juga. Tapi secara peribadi saya lebih suka pada cenderahati cara tradisional Melayu. Dapat bunga telur tak kisah dalam bekas apa pun serta chocolate untuk anak-anak serta air mineral untuk minum dalam perjalanan balik.

Tapi yang paling mendatangkan masalah bila menghadiri kenduri kawen ni ialah nak kena fikir berapa banyak RM nak kena hulur bila bersalam dengan ibu-bapa pengantin tu....Hmm.
Kalau dapat yang macam kat atas ni tak kan nak hulur RM100 je. Atau tak yah bagi langsung sebab depa dah kaya. Sebab tu mampu bagi cenderahati mewah kepada tetamu.



PS: Hmmm..... Susah juga nak fikir apa cenderahati yang bakal diberi pada tetamu bila kenduri anak-anak nanti.




No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...