Saturday 14 December 2013

Sayang anak tinggal-tinggalkan....Eh?

Bujangku:"Umi cemana nak panaskan rendang?"
Saya:"Panaskan atas dapur. Guna api kecik. Kacau-kacau.Tunggu sampai mendidih"
Bujangku:"Cemana nak tahu dia mendidih?"
Saya:"Tunggu sampai di bunyi 'chaer'"
Bujangku:"Berapa lama?"
Saya:"Dalam 5-10 minit. Lepas tu tutup api. Periuk jangan tutup. Takut basi. Tunggu sejuk dulu."
Bujangku:"Tahan sampai bila?"
Saya:"Cukup la sampai umi balik...."

Akhirnya Bujangku hanya mengangguk. Tah faham tah tidak.

Sian pulak nak tinggalkan Bujang ku sensorang di rumah. Apakan daya Umi dan adik-adik konon sibuk nak pi bercuti. Baru habes SPM duduk diam-diam tunggu rumah, jaga kucing. Lepas ni nak sibuk belajar driving. Lepas tu sibuk nak kerja sementara tunggu result SPM. Lagi pun hari tu baru je balik Explorace kat Melaka selama 4 hari. Tu yang saya siap merendang ayam sekuali besar. Untuk bekalan Bujangku dihari muka.....

Insya Allah cuti kali ni kami berpeluang untuk ke Jakarta selama 4 hari. Kebetulan Hubby ada kerja kat sana. Kerja dua hari je. Tapi sebab kami sibuk nak mengekor terpaksalah Hubby extend lagi 2 hari. Sepatutnya saya ikut rombongan sekolah pi melawat Bandung bulan lepas. Tapi sebab Bujang ku tengah SPM terpaksalah membatalkan niat. Ni kira nak tebus balik la....

Flight MAS pukul 4.30pm tapi pukul 12.30pm kami dah gerak. So sempat la nak solat jamak dan urusan lain sebelum berlepas.
Susah juga nak suruh bujang sorang ni pakai baju formal..
Ni yang saya malas ni. Orang beratur punya panjang. 
Kaunter bukak tiga je!
Lepas check-in baru lah boleh senyum-senyum.
Pi pekena biryani kat foodcourt dulu. Menu biasa saya bila pi KLIA.
Passport and boarding pass..checked!
Tukar duit dulu...make sure cukup untuk belanja kat sana.
 Punya la banyak duit. Juta-juta rupiah. 

Gate H8. Lepas ni kena raba lagi....haish! 
Nina selalu cop seat tepi tingkap.
Sempat tengok inflight movie. Home alone lagi...
(Suka la nina nak tunjuk kat kakak)
Menu dalam flight. Boleh tahan juga rasa dia. 
Masa macam mee meatball. Tapi ketulan daging tu punya la besar-besar.

Alhamdulilah semua berjalan lancar. Tercungap juga la sebab over run masa nak check-in tadi. Tepat jam 4.30 pm take-off. Penerbangan mengambil masa 2 jam. So Alhamdulillah sempat tidur dulu.
May we have a pleasent day ahead, Insya Allah....

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....