Saturday, 14 December 2013

Jalan-jalan Jakarta Day 1

Khamis 12 Disember
Kami tiba (landed) di Soekarno-Hatta International Airport tepat jam 5.35 pm waktu Jakarta. Malaysia dah pukul 6.35 sebab beza masa satu jam. Awalnya Kapten tu cakap penerbangan mengambil masa 1jam 40 minit. So sepatutnya landed pukul 5.10pm. Tapi lewat 25 minit. Lama dok berlegar di ruang udara sebab kena queue runaway. Tak sangka pulak nak touch down pun ada traffic jam.
Saya suka tengok deretan bumbung rumah. Nampak tersusun cantik. 
(Nina snap ikut tepi tingkap.)

Sempat lagi menyinggah. Orang dok sibuk naik travelator nak cepat keluar. Kita pulak dok buat peghak. Hubby layan je dengan muka terpaksa..
(First time tu pergi oversea...haha Nina nak belagak ngan kakak...)
Kena beratur kat imigresen pulak.

Pukul 6.35pm selesai segala urusan. Di luar sudah gelap. Rupanya kat sini pukul 6.00pm dah Maghrib. Keluar saja terus dah ada orang tunggu.

"Welcome to Jakarta, City of the worst traffic in the world." Tu dia...Teruk sangat ke. Kami disambut oleh Ibu Atiqi student PHD Hubby. Ibu Atiqi ni ketua organiser yang jemput Hubby buat pengisian dalam program dia nanti. So kiranya kami ni 'ter'mengiringi VIP la. Ni yang saya tak gemar ni. 'Terpaksa' menerima layanan VIP. Paling menyampah nak kena ikut protokol bagai. Sebab tu saya malas nak ikut Hubby pi mana-mana. Tapi kali ni terpaksa lah. Apa nak di kata. Dah gedik sangat nak mengekor....

"Kita singgah solat dulu ye Madam. Sebentar lagi udah masuk Isya' kami belum solat maghrib lagi. Tapi madam boleh solat jamak ya."

Kami singgah makan di Warung Bambu Oju. Kat mana tah tempat dia. Malam -malam tak nampak signboard la pulak. Kami order makanan dulu sementara tunggu depa pi solat maghrib. Tengah sedap makan tetiba ada anak kucing datang. Manja pulak.
"Umi, teringat kat Minah. Ala rindu Minah....."

Minah versi comel...(Haha ...sori Minah ori.)

Alhamdulillah kami tiba di hotel dalam pukul 9 malam. Huh!..Tolak berhenti dinner tadi ambik masa lebih satu jam juga untuk tiba ke hotel dari airport. Walaupun jaraknya hanya beberapa km sahaja.
"Macet sih...."
Dua katil bujang untuk bilik anak-anak. 
Bilik umi dan ayah. (Ada orang dok menyebok... )
Living room.
Depa sediakan bilik stail apartment. Ada living room dan mini kitchen. Tapi tak boleh masak pun. Cukup untuk tempat penyediaan makanan dan buat air panas.
Tingkat 10. So boleh nampak pemandangan yang indah dari tingkap sahaja. 

Cantik pulak nampak toilettories hotel Olive nih...

Alhamdulillah perjalanan agak lancar. Saya memang patut bersyukur ada orang jemput kat airport. Tak perlu kufur nikmat. Tak kisah la VIP ke tak VIP ke. Itu kira rezeki masing-masing. Dah Allah nak turunkan nikmat Dia. Dalam bentuk macamana pun terima je lah. Depa dah sediakan driver, dah booked hotel siap dah check-in kan sekali. Hantar sampai depan pintu bilik lagi. Kami cuma berjalan masuk bilik je.

Alhamdulillah.
"Maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan....."

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...