Tuesday, 17 December 2013

Jalan-jalan Jakarta Day 2

Jumaat 13 Disember
Alhamdulillah duduk tingkat 10 ni. Pagi-pagi buta dah boleh nampak pemandangan di luar. Satu hal, kat sini traffik macam tak pernah berhenti. Asyik ada je kereta kat atas jalanraya. Mereka macam tak pernah tidur.
"Ya, Buk. Kalu di Jakarta ini jam 11 malam lagi masih macet." Macet = traffic jam.
Sungguh, dari atas bilik saya boleh nampak kenderaan bertali-arus tak kira masa. 
Lagi satu, jadual solat kat sini sangat awal. 

 Pukul 5.30am

Pukul 5.45 am. Dah terang. 
Lepas breakfast Hubby terus ke tempat program. Kami apa lagi. Aktiviti biasa bila ke hotel. Pagi-pagi sejuk gedi dah terjun kolam.
Tak ada orang lain. Kolam ini kami yang punya....
Dalam pukul 11.00am ada driver datang untuk jemput Amin pergi solat Jumaat. Hubby suruh saya dan Nina ikut sekali. Takut Amin cuak sorang-sorang. Adusss!...rimas betul ada driver. Siap buka dan tutupkan pintu kereta. Saya pulak bukan jenis yang suka orang dok tunduk hormat kat kita. Adoyai.....
Kami di bawa ke Islamic Village. Tempat perasmian program Hubby tu.

Menurut kata Ibu Atiqi, Islamic Village tu asalnya hutan belantara. Yang ada hanya beberapa penduduk asal yang hidup menyembah sebatang pohon besar ditengah-tengah hutan tu. Tanah hutan tu dibeli oleh arwah datuk Ibu Atiqi dengan harga 50 sen dari kerajaan Indonesia. Pada mula mereka mendapat tentangan hebat dari peduduk asal sebab menurut kepercayaan mereka akan ditimpa malapetaka yang besar sekiranya pohon besar itu diusik. Tapi arwah datuknya bertegas untuk menghapuskan khurafat. Alhamdulillah walaupun selepas pohon itu ditumbangkan tiada malapetaka yang berlaku. Hanya kepercayaan karut-marut sahaja. Akhirnya kawasan hutan itu dibangunkan menjadi Islamic Village. Depa guna konsep Yayasan. Hubby kata macam Yayasan Al-Bukhari kat Malaysia ni. Kiranya arwah datuk Ibu Atiqi ni adalah founder kepada Yayasan itu. Setelah datuk Ibu Atiqi meninggal pengurusan Yayasan diambil alih oleh ayah Ibu Atiqi pula. Bermula dengan sebuah rumah kecil dan sebuah tempat ibadat, sekarang dah berkembang menjadi pusat Tarbiyah. Ada sekolah rendah, menengah, seterusnya ada kampus Sekolah Tinggi Ekonomi Shariah (STES) untuk buat degree dalam Ekonomi Syariah dan Perbankan Syariah. Hubby dijemput untuk bagi training pada trainers kat sana.
Pengurus Islamic Village generasi kedua yang bertopeng tu.
 Beliau baru 3 minggu buat operation buah pinggang. So masih dalam pemantauan doktor. Ibu Atiqi mungkin bakal jadi pengurus generasi ke3.
Ruang solat wanita. ( Kat atas tu ialah wanita paling muda yang pernah bersolat Jumaat di sini)
Rumah asal tu dibesarkan dan disambung ke Masjid. Depa buat macam flyover untuk sambung ke masjid. Dari rumah tu, bukak je pintu jalan terus masuk Masjid. Macam rumah Nabi. Isteri kepada arwah datuk Ibu Atiqi (Nenek dia la...adoyai) dah berumur lebih 80 tahun tapi masih nampak kuat. Setiap hari Jumaat semua sanak saudara yang tinggal berdekatan akan berkumpul untuk solat Jumaat bersama. Ahli keluarga yang wanita juga akan bersolat Jumaat bersama-sama jemaah lelaki. Selesai sahaja solat Jumaat, anak beranak nenek tu akan datang bersalaman peluk cium dia. Dia akan bagi beberapa amanat teutama kepada anak lelaki dia. Dah jadi adat keluarga depa. Saya pun ter 'join' sekali. Pertama kali dengar khutbah secara live. Tajuk khutbah hari tu ialah "Masa lalu, Masa kini dan masa Depan."  Hmmm..

Setiap hari Jumaat juga nenek tu akan sponsor makan tengahari untuk pekerja-pekerja Yayasan tu. Lepas solat dan acara salam-salam tu depa akan makan ramai-ramai. Macam open house hari raya pulak. Setiap hari Jumaat adalah hari perjumpaan keluarga. Kami pun dipaksa makan. Sungguh! saya akan merindui suasana itu....:(

"Cicip aje...." Kata nenek tu apabila saya menolak sebab memikirkan pihak organiser dah sediakan lunch..
"Ya..cicip aja." Nenek itu bersuara lagi.  Alahai apakah....saya kurang kefahaman.
"Makan sedikit ya Buk. Ambil hatinya." Okay. Saya bantai semangkuk sup sapi. Waduh...sedap banget. Tapi tak boleh makan banyak-banyak sebab kena makan lagi kat program Hubby pulak.  Takut orang sana pulak kecik hati.

Daging dendeng. Rangup macam keropok. Boleh jadi keropok daging pulak.
Bangunan Balai Islam, Islamic Village. 

Tumpang glamer Hubby...
Bangunan kampus Sekolah Tinggi untuk program Diploma dan Degree.
Uniknya dalam kawasan kampus tu depa tanam dengan pokok-pokok buah. Kebanyakannya pokok mangga dan pokok kelapa.
Pak Mukhlis (berbaju putih) Pengarah Sekolah Tinggi Ekonomi Shariah (STES)
 Dari Islamic Village kami ke Fame Hotel untuk program seterusnya.
"Sekarang jalan macet ya Buk. Jadi kita ikut jalan lain".
Subhanallah jalannya sangat sempit dan lalu celah-celah rumah kampung. Jalan macan ni dipanggil jalan tikus sebab laluan sangat sempit. Muat-muat untuk kereta selisih sahaja..Paling kagum depa boleh menyelit tanpa mencalarkan kereta orang lain. Motor pun tak langgar side mirror kereta.
"If you can drive in Jakarta, you drive anywhere in the world!" Betul lah kot kata-kata Ibu Atiqi.

Sepanjang jalan tu rata-rata mereka pakai kereta Toyota. Paling banyak kereta Kijang. Kita panggil Unser. Kalau Innova depa panggil Kijang Innova. Kereta Avanza pun banyak juga. Sebabnya Indonesia kan ada usahasama dengan Jepun untuk pasaran kereta Toyota. Agaknya lah. Saya bukannya pakar....

Perbezaan taraf hidup penduduk sangat ketara. Kalau di kawasan Islamic Village tu rata-rata penduduknya adalah seperti orang kampung. Rumah pun kecik-kecik. Jalan pun sempit dan tidak rata. Naik kereta terasa macam naik kuda. Tak sempat nak ambik gambar sebab kereta asyik bergoyang. Keluar saja kawasan tu terus ada bangunan moden, deretan rumah kedai dan shopping kompleks. Nampak sangat jurang perbezaan.
Kawasan yang maju tu dipunyai oleh Kristian. Orang Islam terpaksa bersaing dengan depa. Masjid pun kena nampak moden.
Bangunan hijau tu Masjid Asma ul-Husna. Depa terpaksa bina bangunan yang unik untuk berdiri sama tinggi dengan bangunan-bangunan lain. 
Bila Hubby dah mula sessi kami pun berjalan pi  Summarecon Mall Serpong.  Macam Jusco. Tapi tak shopping pun. Saja jalan-jalan tengok kawasan. Tapi hiasan dalam mall tu memang nampak krismas habes. Merata-rata ada replika pokok krismas. Dan boleh kata semua pekerja kat mall tu tu pakai topi santa yang merah jambul putih tu. Adoyai...memang susah nak beza kan samada mereka itu Muslim atau Kristian. Muka macam sama je....:(

Balik hotel malam tu terus melepek kepenatan. Nak keluar pun dah malas. Pakai room service je. Kami cuma pesan nasi goreng 2 jenis, fish n chips dan air. Harga cuma Rp 180 000. Dalam RM55 untuk 4 orang. Not bad for a room service.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...