Wednesday, 9 November 2022

@Dorsett Putrajaya: Part 1.

Jom teman gi hotel… ada konvo tiga hari kat Putrajaya.” Dan seperti biasa saya buat booking hotel, packing luggage dan gerak dari rumah terus ke hotel di Putrajaya. Hubby gerak terus dari tempat kerja.

Saya cari hotel paling dekat dengan PICC supaya mudah hubby ulang-alik ke tempat konvo. Asalnya nak ambik hotel Everly (konon senang shopping sebab sebelah je dengan Alamanda shopping mall) tapi penuh pulak. Last resort, kita ambik Hotel Dorsett sahaja. Saya pernah menginap di sini tidak lama dulu. Boleh baca ceritanya di sini. Walaupun tak user friendly tapi persekitatannya agak menarik. Saya buat tempahan untuk tiga malam. 

Jumaat, 4hb November 2022.

Saya turun dari rumah sebelum solat Jumaat, tiba sana dalam pukul 1:00pm. Terus parking kereta kat basement B1 dan buat daftar masuk kat kaunter di lobi hotel. Memandangkan bilik belum ready, kita daftar je dulu. Bila dah ada bilik nanti depa akan call balik, jangka dalam pukul 3 petang.

Tanda parking dulu... as always.

Sementara bilik belum sedia kita dating dulu dengan anakanda yang tinggal di Putrajaya. Simple lunch kat Marrybrown, Ayer 8. Tengah sedap makan, pihak hotel call kata bilik dah siap maka bergegaslah kita check-in semula. By pukul 3:30 petang dah boleh lepak dan berehat dalam bilik.

Light lunch @Marybrown Ayer8.

“Jom Ummi, kita gi tengok sunset kat Putrajaya. Ada port best.”  Sejak lama anak-anak memang dah tahu Ummi depa ni suka sunset. Walaupun tidak menepati citarasa sebenar kita layankan saja hasrat murni mereka. Sementara menunggu sunset kita jalan-jalan kat food truck depan hotel dulu sambil menikmati lanskap di tepian tasik. 

Deretan bunga ixora yang memukau.😍

Masjid besi.😍


Sesaja je cik mek ni nak menyelit.


Sunset captured.😍

Dah puas menikmati sunset kita ke pasar malam cari makanan untuk makan malam pulak. Done day 1 sebelum makcik merebahkan badan untuk berehat.

Sabtu, 5hb November 2022.

Usai sarapan kita gi jalan-jalan cuci mata kat Mitsui Outlet, dekat KLIA hingga petang, shop till you drop, kata orang kampung saya, padahal tak shopping beriya pun. Saya cuma beli kasut dan dua helai baju. Selainnya saya hanya window shopping sahaja. Penat weh makcik nak jalan-jalan pusing mall macam orang muda. By pukul 2:00 petang Makcik dah balik hotel semula untuk berehat sebab malam nanti nak keluar dinner pulak. Kebetulan besan saya dari Kota Bharu juga datang ke Putrajaya untuk urusan kerja maka kita ambik peluang untuk keluar dinner ramai-ramai. 

Kita sarapan dulu kat kafe hotel. 

Mitsui outlet park @Sepang.

Supaya lebih rajin exercise katanya…😘

Dinner, full house with besan @ Restoran Safaa, Cyberjaya.

Sekian cerita untuk kali ini. Esok sambung part 2 pulak.

Wednesday, 2 November 2022

Jom exercise.

Kenapa Ummi macam nenek? ...” Adoyai lah anak-anak, rajin benar depa ni menggeluarkan komen tanpa fakta. Memang la mak depa ni macam nenek, dah memang nenek pun. Cucu pun dah nak masuk empat orang. Masalahnya cuma nenek depa ni tak vogue… dah gemuk dan berlemak di sana sini. Perut pun dah makin ke depan.😆😁😅

“Bahaya kalau perut dah ke depan… dah macam middle body fat… takut affect organ dalaman… semua bersalut lemak nanti…” panjang pulak tazkeerah kali ini. 

Saya dah cuba kurangkan nasi seperti saranan ramai orang. Tapi setiap kali timbang, bacaan mesin timbang tu asyik menaik je. Makan lauk dan banyakkan sayur pun macam tak berkesan. So nak kena serius sikit sebelum berlaku perkara yang tidak diingini. Hasil daripada info pakcik google kita rangkumkan beberapa points untuk tindakan bagi mengurangkan masalah middle body fat ini. 

Jom kita diet properly. Yang pasti kita boleh makan apa yang kita suka tapi dalam kuantiti yang sepatutnya sahaja. Makan sikit tapi tapi kerap. Ambik sarapan, lunch and dinner macam biasa tapi elakkan kabo selepas pukul 6 petang. Kalu rasa lapar ambik buah-buahan sahaja.

1. Elakkan makanan berlemak

Payah jugak nak ikut arahan ni sebab saya memang suka makanan berlemak. Any kind of masak lemak terutama sayur masak lemak memang akan menaikkan selera saya. Tambah lagi kek berkrim serta pisang goreng atau apa sahaja kuih bergoreng buat minum petang haruslah menambah lemak dalam badan.

Takpe, kita cuba kurangkan slow-slow.

Set nasi dagang.🥲

2. Makan makanan berserat

Antaranya ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Semua makanan ini katanya boleh membuang lemak melalui sistem penghadaman. Saya takde masalah untuk makan buah-buahan, cuma buah yang saya suka semuanya manis. Saya suka ciku, nangka madu, manggis, rambutan, mata kucing dan tembikai, semua ni boleh habis dengan sekali hadap sahaja. Untuk sayur saya suka ulam-ulam dan anything yang dimasak lemak. Alhamdulillah untuk kacang saya memang suka yang tinggi seratnya terutama almond.

Kita cuba adjust slow-slow juga.

Nasi+ikan+sayur+sambal. Yey kurang lemak.

Nasi+hati+sayur+sambal. Kurang lemak juga.

3. Tidur yang cukup.

Yang ini memang tip top. Saya sentiasa cukup tidur.😍

4. Jangan ambil alkohol.

Of course… never.

5. Kawal stress.

Insya Allah.

6. Bersenam.

Jogging dengan hubby setiap minggu plus buat kerja-kerja di rumah sebagai aktiviti fizikal memang dah jadi rutin. Tapi sebenarnya ini semua belum cukup. Katanya kena buat senaman/aerobic. Insya Allah badan akan menjadi lebih sihat.

Okay kita start buat aerobic mulai sekarang. Mulakan dengan beginers untuk makcik-makcik. Bukak je youtube lepas tu melompatlah sensorang.😄


Sprite plus asam boi, serai, daun pudina & lemon untuk detox lepas aerobic.

Berjogging sambil bersantai.


Cheat day... roti telur & teh tarik.

"Dah masuk fasa menopos ni memang la payah nak turun berat badan. Kalu buleh maintain pun dah cukup baik, naik sikit-sikit tu biasa…” Alhamdulillah, ada jugak member sebagai penyejuk hati. 

Apa-apa pun moh ler kita kuatkan semangat untuk kekal sihat walau apa jua bacaan mesin timbang.

Sekian cerita angan-angan diet saya.😊

Friday, 28 October 2022

It’s a boy… kelahiran cucu ketiga.

30th June 2022.

“Iman nak masuk wad dah tapi rasa nak makan ayam kurma Umi masak…” selamber je mek tu minta makan padahal nak beranak sangat dah. Sepatutnya belum due tapi sebab dah cukup 36 minggu dan dah semangat nak bersalin, doktor setuju untuk induce dengan epidural. So sementara menunggu kehadiran cucu baru, kita main masak-masak dulu.

Ayam masak kurma.

Ikan bawal masak kari

Dah siap masak semua terus saya pack dan bergegas ke hospital. Tak sempat makan sebelum bersalin, kita makan lepas bersalin. Alhamdulillah baby boy selamat dilahirkan pada pukul 8:30 malam. 

Snap gambar parking dulu supaya tak sesat nak balik nanti.

Esoknya, nenek datang semula untuk melawat cucu baru. Kawalan ke wad hospital sangat ketat. Pelawat tidak boleh masuk sesuka hati. Hanya dua orang pelawat sahaja dibenarkan masuk untuk satu masa. 

Little one, lepas 15 jam lahir ke dunia. 🥰



The proud Mummy and baby.

Alhamdulillah proses kelahiran berjalan lancar. Mother and baby sihat dan berehat di hospital untuk dua malam. Sementara menunggu depa keluar wad, kita pasang water heater di rumah dahulu. Dah lama anakanda saya suruh pasang water heater ni tapi tertangguh-tangguh sebab merasakan ianya bukan satu keperluan. Tapi bila cucu-cucu asyik kata sejuk je bila nak mandi pagi maka terpaksalah kita akur dengan kehendak semasa.


Hot water heater is done.

Next is proses penanaman uri. Seperti biasa laman nenek menjadi port penanaman uri cucu-cucu. Tiga cucu tiga port… tambah dengan kubur kucing tidak bertanda, memang laman saya tu dah penuh dengan baja semulajadi.

Pak Min in action, tukang korek lubang.

Jenuh nak proses dengan cangkul kontot.

Lubang is done.

Test kedalaman dulu.

Okay... just nice.

Done... buat baja pokok nenek.

Sup ikan merah buat makan dalam pantang.

Saya tidak memaksa apa-apa pantang untuk anakanda. Konsep saya… body hangpa sendiri jaga… Alhamdulillah selepas lebih 3 bulan mummy dah back to normal routine life and baby pun membesar dengan baik.😊

Terkini... budak debab dengan Tok Ayah.

 Cerita tentang uri cucu sulong boleh baca di sini.  

Sekian. 😊

Thursday, 27 October 2022

Pergi salon & makan-makan.

“Ummi, jom pi salon… Nina belanja.” Tak pernah hayat hidup saya nak pi salon bagai. Biasanya saya potong atau trim rambut sendiri sahaja. Ambik gunting….sap sap siap. Sebelum ini rambut suami dan anak-anak semua saya redah potong sendiri sahaja. Depa suka ke tak suka semua pakat telan je. Sekarang masing-masing dan pandai bergaya dan berfesyen saya biarkan sahaja depa memilih apa yang baik untuk diri sendiri.

“Tak mahai ke?” Saya memang tak gemar nak berbelanja untuk sesuatu yang tak perlu tapi kita layankan sahaja untuk kali ini. Lagipun sekali sekala nak buang tebiat apa salahnya.

Maka pada suatu hari yang indah kami ke saloon untuk hijabister di Melawati Mall. Tempatnya tertutup elok so agak selamat untuk mereka yang bertudung. Kami cuma ambik pakej wash and blow sahaja. Mula-mula depa basuh rambut kita lepas tu lap dan trim sikit-sikit sebelum blow dry. Padahal sebelum datang salon tu saya dah shampoo rambut. Saya memang shampoo rambut setiap hari. 




Lepas dah siap semua, okay la kepala rasa ringan dan wajah pun nampak lain sebab depa trim rambut dan blow jadi lurus. Lain benar muka makcik ni bila tengok dalam cermin. Takpe kita layankan saja buat sementara waktu. 

Aktiviti seterusnya haruslah makan-makan. Tak sah kalau ke mana-mana tanpa makan. Kami cuba restoran Ghost. Rupa-rupanya memang ghost sungguh. Menu yang saya order semua takde stok. Beberapa kali tukar menu pun asyik takde stok. 

Akhirnya kami beralih ke restoran Black Canyon. Saya order salmon grill sementara tuan puteri tu dengan mood nasi putih dan tomyam seafoodnya. Alhamdulillah servisnya memuaskan. Makanan pun sedap.

Balik rumah petang tu saya skip basuh rambut. Esoknya saya ikut rutin penjagaan rambut sendiri. Dua minggu lepas tu saya trim sendiri sebab apa yang salon tu buat tak kena dengan jiwa. Konsepnya… buat sendiri puas hati. Gitu..😄

Sekian cerita pada 16hb Ogos 2022.😊

Meminang ke bertunang?

"Puan nak meminang ke bertunang?" Soalan biasa bila saya nak tempah dulang hantaran. 

"Kalau meminang bawa cincin je... kalau bertunang baru bawak hantaran.." gitu katanya. Entahlah saya pun tak pasti apa term sepatutnya. Yang pasti saya nak pergi sana bawa 2 bentuk cincin (risik+tunang) sebagai tanda ikatan dan bawa hadiah sebagai cenderahati.

Kek E-Day sebagai simbol Engagement Day.

Kami bawa lima dulang sahaja tapi pihak sana balas macam-macam. Bila nak balik, bukan setakat dulang, segala jenis makanan depa bekalkan... penuh bonet kereta.

Sedondon... bekas hantaran dua belah pihak.

Bekas hantaran daripada pihak sana.

Kek Brownies.

Pulut kuning (dengan rendang ayam).

Roti jala (dengan kari ayam)

Cookies pack.

Kek.

Engaged... Alhamdulillah.

The proud Ummis

The girlzzz... as always.

Persiapan dulang boleh baca di sini.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Mudah-mudahan ianya menjadi pemula kepada kebaikan yang seterusnya. Moga Allah bantu.🌹

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...