Friday, 21 October 2022

Overnight @ Dorsett, Putrajaya.

“Jom ambik cucu kat airport…” Ceritanya cucu-cucu tiga orang tu ikut mak ayah depa bercuti kat UK selama dua minggu. Maka selama itu jugalah Tok Ayah sibuk merindu dendam anak-cucunya. Bila dah komfem tarikh dan masa ketibaan balik Malaysia maka bersemangat waja Tok Ayah nak sambut depa kat KLIA.

“Nanti saya balik awal sikit, dalam pukul 6 petang. Lepas maghrib kita gi airport. Ambik dia orang hantar rumah, lepas setel baru kita balik…” beriya hubby buat planning tapi sebagai isteri cerdik yang solehah, saya come up with a better idea. Memandang depa akan landed pada pukul 9 malam, kemudian nak setel kat imigresen, lepas tu nak tunggu ambik beg lagi, mungkin ambik masa yang agak lama. Bila dah jumpa cucu nanti haruslah nak lepak-lepak makan kat airport dulu sebelum hantar depa balik rumah di Putrajaya. By the time nak patah balik Ampang dah lewat malam. Nampak macam tak berapa sound dan memenatkan. 😃 So kita tukar plan (of courselah dengan izin suami). Dan pada pagi hari kejadian saya buat booking satu malam kat Hotel Dorsett Putrajaya. Seperti biasa saya keluar rumah pada pukul 4:30 petang, pick-up hubby kat tempat kerja dan terus gerak ke Putrajaya. Kami tiba di hotel dalam pukul 5:45 petang. Sebagai bonus, esoknya hubby ambik cuti dan buat meeting online di rumah sahaja maka tak perlulah terkejar-kejar nak balik rumah. 

Packing baju ala kadar untuk satu malam.

Check-in 

Seni ukiran beras di lobi hotel sempena sambutan Deepavali tahun ini.

Hotel Dorsett ni macam pelik sikit dan tidak berapa user friendly. Parking di basement, lepas tu naik lif ke LG. Dari LG kena keluar dari bangunan dan masuk semula ke pintu utama untuk ke lobi hotel. Lepas tu baru naik lif dari lobi untuk ke bilik hotel.

Nice room.

Dari jendela tingkat 8.

Seperti biasa, selepas memastikan bilik selamat untuk diduduki, perkara pertama saya akan check ialah jug untuk masak air. Mulanya cuak jugak sebab tidak nampak dek pandangan mata. Rupa-rupanya depa sorok dalama kabinet, lengkap dengan aksesorinya.

Tersorok dan tersusun kemas.

Sementara menunggu masa untuk ke KLIA lepas waktu maghrib nanti, kami turun minum petang di kafe sebelah Hero Market. Ye, hotel ni macam sebahagian dari shopping mall converted into a hotel. Siap ada supermarket, cafe dan farmasi dalam bangunan yang sama, cuma berlainan pintu masuk.

Iced lemon tea.

Ciabatta ayam.

Vege Ciabatta. 

By pukul 8:15 malam kami gerak ke KLIA. Perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit. Sementara menunggu anak-cucu tiba kami lepak di Food Garden KLIA sambil makan. Bila depa tiba dan keluarkan kebab yang didatangkan khas dari London, kami sambung lepak makan lagi. Nampaknya hidup ini penuh dengan acara makan sahaja. 

Yong tau foo sup ayam. RM15.90

German lamb kebab katanya.

Hirisan daging kebab.

Usai makan dan update kehidupan kami hantar depa balik rumah di Putrajaya kemudian gerak balik hotel semula. Kami selamat masuk bilik semula dalam pukul 12:15 tengah malam. Dah macam orang muda pulak memalam baru balik. Esoknya kami sarapan kat Cafe hotel di tingkat 3.

Sarapan: Nasi lemak + bubur nasi.

Vege salad.

Usai sarapan baru sempat menikmati dan mengagumi hasil seni kat hotel ini. Baru saya perasan merata-rata tempat di hotel ni ada hiasan ranting pokok dan burung. Daripada karpet, hiasan gambar, signboard dan nombor bilik semuanya ada ranting pokok dan burung. 

Pintu bilik kami.

Lampu sepanjang hall.

Karpet di hallway dengan motif ranting dan burung.

Selpiaq satu kali.

Kami tidak berlama-lama di sini sebab hubby ada online meeting pada pukul 2:30 petang. Jadi by pukul 11:30 pagi dah kena check-out dan gerak balik Ampang semula. Alhamdulillah tiba di rumah pada pukul 1:15 tengahari untuk masak lunch sebelum hubby memulakan meeting online pada pukul 2:30 petang. 

“Ummi tido hotel semata-mata nak ambik Iman ke?” Hmm… gitulah. Ummi tukang booking je, ayah tukang bayar semuanya.

Sekian cerita menginap di hotel kali ini.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...