Tuesday, 11 December 2018

Jalan Jalan Jakarta

20 November 2018/12 Rabi'ulawal 1440
Beberapa kali jemputan oleh sahabat hubby untuk ke Jakarta tertangguh-tangguh akhirnya berjaya dipenuhi. Of course la hubby pi atas urusan kerja dan seperti biasa saya hanya mengekor sahaja. Biasanya kalau ke Indonesia hubby pi sendiri tapi kali ini kebetulan Nina cuti sekolah maka kita angkut sekali. Saya pernah pergi temankan hubby pada tahun 2013 dahulu. Bawa Amin dan Nina bercuti. Cuma kali ini hanya Nina sahaja yang available. Amin dah masuk UITM, sibuk dengan projek, ujian dan sebagainya. 

Kami ambik flight tengahari, tapi sebab perbezaan masa, kami dapat jimat satu jam, maka tiba di sana pun tengahari juga, tepat masa untuk makan tengahari. Lepas selesai urusan emigresen dan bagasi, kami terus gerak ke tempat makan. Depa bawa ke tempat special katanya. Kebetulan hari tu cuti umum sempena Maulidur Rasul maka tempat makan tu agak penuh dengan pengunjung. Kami terpaksa menunggu untuk mengambil tempat duduk. Sambil menunggu tu haruslah kita menikmati alam sekeliling dahulu....

Di kaunter pertanyaan...

Restoran Talaga Sampireun ni berkonsep makan-makan tepi tasik. Depa bina pondok-pondok kecil berhawa dingin untuk makan-makan keluarga. Ada juga tempat duduk open space bagi yang inginkan suasana asli.

Talaga Sampireun ni berasal dari Bahasa Sunda bermaksud tempat singgah di tepi danau.



Pilihan menu yang pelbagai

Laluan berbumbung ala-ala pagola

Tempat basuh tangan yang unik

Makan bersila dalam pondok berhawa dingin.

Lepas makan tengahari kami terus meuju ke hotel untuk berehat. Jalan dah mula macet(jam) tapi masih boleh dibawak berbincang. Tiba sahaja di hotel, hubby terus join program yang disediakan. Seperti biasa apabila hubby berprogram, saya sambung berehat dalam bilik hotel sahaja. Sepatutnya malam tu depa ajak pi dinner tapi saya dah malas nak keluar. Lagipun kawan-kawan hubby semua lelaki jadi agak kekok untuk saya join sekali. Depa pi makan Nasi Padang. Saya senang hati tunggu hubby bawa balik tapau.....

21 November 2018
Seperti biasa apabila hubby ajak teman keluar kawasan saya akan cari kawan buat teman sepanjang berada di sana. Alhamdulillah kali ini Ibu Nabihah(Bie) berbesar hati menemani saya selama 4 jam di Jakarta. Bie adalah kawan sekolah saya semasa di MRSM dahulu. Dah beberapa tahun menetap di Jakarta mengikut suami bekerja.

"Bie jumpa Mas kat hotel lepas kul 10 ye..."

Disebabkan bandar Jakarta ni sentiasa macet (jam) pada waktu puncak depa buat sistem nombor kereta ikut nombor hari bulan. Waktu puncak bermula dari pukul 6.00-10.00 pagi dan dari pukul 4.00 petang, hingga pukul berapa ntah... lupa pulak. Jadi contohnya, hari itu 21hb (nombor ganjil), maka  hanya kereta bernombor plat ganjil sahaja boleh melalui jalan-jalan utama pada waktu puncak. Kereta dengan plat nombor genap hanya boleh lalu selepas pukul 10.00 pagi. Disebabkan kereta kawan saya tu bernombor plat genap maka hari itu dia hanya boleh keluar selepas pukul 10 pagi. Makanya temujanji kami bermula selepas pukul 10 pagi....

Oleh kerana saya hanya nak jalan-jalan cuci mata, jadi kami terus sahaja ke Tamrin City Mall. Konon saja nak melihat-melihat tanpa tujuan tapi tersambar jugak beberapa helai baju batik buat kenangan.

Mabuk kain

Banyak sangat pilihan

Dah puas berjalan, haruslah kita isi perut pulak. Saya memang suka masakan ikan gurame. Mulanya nak order gurame bakar tapi out of stok. So saya ambik second best...., gurame goreng, nasi putih dan sup. Minum haruslah the ever green jus alpukat (avokado blend)

Lunching.

Tak terasa masa berlalu sangat pantas. Sedar-sedar saya dah kena balik hotel semula sebab hubby hanya bagi masa hingga pukul 3 petang sahaja. Lagipun ibu Nabihah harus pulang sebelum waktu puncak 4.00 petang sebab plat keretanya nombor genap. Hari ni 21hb iaitu nombor ganjil. 

Petang itu host kami berhajat membawa kami berziarah ke Sekolah Tinggi Ekonomi Islam (STEI SEBI) Ciputat, Tangerang yang terletak di Kota Depok, Jawa Barat. Lebih kurang 40km dari hotel kami. Saya dah dapat bayangkan keadaan saya dalam perjalanan waktu puncak itu nanti. Tapi sebagai tetamu kita raikan sahaja hajat tuan rumah. Memang adat mereka mengajak tetamu melawat tempat tinggal mereka, untuk lebih berokah katanya.

Perjalanan sepatutnya mengambil masa 40 minit menjadi lebih 2 jam. Sepanjang jalan macet(jam) tadi saya dah tak larat menahan muntah. Tiba sahaja di tempat perhentian saya terus cari toilet untuk muntah. Alhamdulillah pening kepala saya tidak berlarutan. Masih boleh berjalan dan memaniskan muka. Kami berhenti di Restoran Ciganie Nasi Padang untuk makan malam dan solat Maghrib.

Sepanjang berada di Jakarta ni saya rasakan sentiasa mewah dengan maknanan. Host kami sangat pemurah menjamu macam-macam jenis juadah. Namun untuk saat itu saya dah tak mampu menjamah apa-apa makanan. Alhamdulillah depa sediakan ulam-ulaman. Saya ambik beberapa helai daun temangi buat ratah sambil berselawat. Alhamdulillah, selepas beberapa ketika pening kepala saya mula hilang dan saya dapat minum air dengan tenang. Tapi masih tak mampu nak menjamah makanan berat. Jadi, saya bagi alasan masih kenyang makan lunch dengan kawan saya tengahari tadi.

Mewah dengan makanan

Kita maniskan muka menghormati tuan rumah.

Depan Restoran Ciganea Nasi Padang

Alhamdulillah kami tiba di STEI SEBI dalam pukul 9 malam. Suasana tenang kerana kebanyakan pelajar dah berehat di asrama masing-masing. Yang ada hanya mereka yang menghadiri proram yang sedang dianjurkan.

Etika kolej

Depa jemput hubby bagi sepatah dua kata sempena kunjungan kami. Alhamdulillah, walaupun saya tidak bersedia dengan sambutan mereka, terasa diri segar semula despite rasa pening semasa dalam perjalanan tadi. Rasa terus segar dengan sambutan hangat para pelajar yang mengambil kursus perakaunan dan ekonomi di sana. 

Terpaksa join depa bergambar pulak

Selepas bergambar kami dijamu dengan kuih dan buah. Alhamdulillah. Setelah melawat kawasan kolej dalam suram cahaya malam kami bergerak balik dah tiba di hotel semula dalam pukul 12 malam. Hari yang panjang tapi telah banyak menambah pengalaman saya di tempat orang.

22 November 2018
Pepagi lagi hubby dah keluar untuk perjumpaan di Universitas AlAzhar Indonesia (UAI), Jakarta selatan. Programnya bermula pada pukul 8 pagi jadi pukul 7 pagi hubby dah kena gerak bagi mengelakkan jalan jam. Siap pesan suruh saya get ready pukul 9.30 pagi sebab nak terus pergi airport selepas tu. Kereta tiba agak lewat sebab macet(jam) jadi sempatlah saya pi sarapan dan lepak-lepak kat lobi hotel sambil baca surat khabar Jakarta Post. Dah lama tak baca paper ori... 

Hotel Sofyan Cut Meutia

Rupa-rupanya kereta yang nak jemput kami tu bernombor plat nombor ganjil, jadi terpaksa tunggu pukul 10 baru boleh melalui jalan utama ke bandar Jakarta. So driver tu buat beberapa pusingan sekitar kawasan hotel sementara menunggu waktu yang sepatutnya. By pukul 9.59 kami dah bersedia di garisan sempadan. Tepat pukul 10 pagi polis mula melepaskan semua kereta yang sedia menunggu. Saya tak pasti berapa bayaran samannya. Kata driver tu, sesiapa yang melanggar peraturan ni akan didenda 500ribu rupiah. Saya dok congak-congak exchange ratenya lebih kurang RM150.  Huhu... boleh tahan jugak tu.


Jakarta dan macet berpisah tiada.

Setelah lebih sejam mengharung jalan jam, kami tiba di Universitas AlAzhar Indonesia (UAI) untuk menjemput hubby sama-sama ke airport. UAI ni ada sejarah dan bangunan yang menarik tapi saya tak sempat nak explore disebabkan kesuntukan masa. Mudah-mudahan ada rezeki saya untuk ke sini lagi.


Perjalanan ke Sukarno Hatta Airport mengambil masa 30 minit sahaja. Tapi kami terpaksa berpusing-pusing mencari kaunter check-in sebab tanda arahnya agak mengelirukan. Walaubagaimanapun masih ada masa untuk beli sedikit barang cenderahati dan makan-makan sebelum berlepas.

Brunch sebelum balik

Alhamdulillah everything goes smoothly. Kami touched down KLIA pada pukul 3.30 petang. Tunggu bagasi dalam 30 minit. Lepas tu terus gerak balik Nilai sebab hubby ada kelas pada pukul 5 petang. Sempat la balik mandi dan salin baju sebelum pergi kelas.


Malam tu kami tidur di Nilai. Esoknya pepagi lagi hubby dah keluar gi meeting di Bangsar. Saya tunggu jalan reda dahulu sebelum gerak balik Ampang sebab nak jumpa Dayah sebelum balik ke Kelantan. 

PS: Bila fikir-fikirkan balik, teramatlah hecticnya  hidup ini. Mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk bergerak ke sana ke sini .... macam sibuk bebenor....

Monday, 10 December 2018

Jalan-jalan Singapore II

19 Oktober 2018
Sepanjang mengikut hubby keluar kawasan untuk kerja-kerja rasmi, ada beberapa ketika yang depa juga sediakan trip untuk para isteri yang mengikut suami. Biasanya depa akan sediakan satu hari suntuk untuk buat trip melayan para isteri terchenta ni. Tapi setakat ini saya belum pernah ikut serta dalam apa-apa trip yang depa buat.

Begitu juga dengan program kali ini. Lepas sarapan hari ini sepatutnya ada trip lawatan ke Muzeum Singapura dan sekitarnya serta lawatan ke bazaar di Arab Street. Tapi disebabkan saya dah ada kenalan di sini yang dah bertahun tidak bersua muka maka saya ambik peluang untuk bergembira dengannya hari ini. Jadi seawal pukul 9 pagi kami dah buat temu janji di lobi hotel.

With long lost friend.... Milah.

Kami berjalan kaki sahaja dari Fullerton Hotel  ke stesen MRT Raffles Place. Orang dah tak berapa ramai sebab dah melepasi peak hours. Alhamdulillah saya dah pernah bersesak-sesak naik 'tube' masa kat London dahulu, jadi takdela jakun sangat. Kami terus menuju ke Bugis Station untuk jalan-jalan di Arab Street. Kat sini banyak jual barang-barang dari negara Timur Tengah. Saya sekadar melihat-lihat sahaja.


Seterusnya kami pi melawat Masjid Sultan di Kampung Glam. Kata orang tak sah kalau pi Singapore tapi tak pi melawat masjid ni. Binaannya memang menarik. 



Seterusnya kami pi melawat Taman Warisan Melayu Kampung Glam yang terletak di seberang jalan Masjid Sultan. Saya hanya melihat-lihat dari luar sahaja. Menarik. Nampaknya saya dah mula menyukai subjek Sejarah. Lepas ni nak kena upgrade pengetahuan sejarah saya. 

Taman Warisan Melayu

Istana Kampung Glam

Arab Street


Warung Kampung Glam. 

Berangan konon kat Istanbul.

Setelah puas cuci mata kat Arab Street dan Kampung Glam kami ambik MRT ke Orchad Road. Dah penat berpanas kita cari tempat sejuk pulak. Masih lagi dalam mood cuci mata sambil window shopping. Masuk satu kedai keluar satu kedai. Sambil bersembang dan berborak sepanjang jalan. Sembang punya sembang baru tahu yang selama ini saya pernah tinggal serumah dengan sepupunya sepanjang belajar di Newcastle dahulu....








Lunching....

Lepas lunch kami sambung jalan-jalan ke Art Galeri dalam shopping Mall tu. Ada la juga benda yang menarik walau tak faham seni.

Cantik.... tapi pandai tengok jelah.

Ala-ala dendelion gitu...

Tak terasa masa berlalu pantas. By pukul 3 petang kami dah gerak balik hotel sebab nak elakkan kesesakan yang bermula pada pukul 4 petang. Alhamdulillah kami tiba ke hotel seperti yang dirancang. Dan sambung bersembang lagi sambil posing dengan cenderahati apron pemberian Milah sebelum kami berpisah yang entah bila akan bersua lagi.

Apron by Milah... TQ.


Malam tu sepatutnya ada dinner untuk semua tapi hubby malas nak attend. Lebih seronok nak jenjalan dengan isteri, katanya.  So memalam buta kami menyusur sungai ke river cruise. Saja nak menikmati keindahan Singapore di waktu malam. Sambil-sambil tu kami pi cari dinner. Kali ini pi cari nasi pulak sebab hubby nak makan Nasi Padang.



19 Oktober 2018
Sebelum sarapan kami dah siap sedia untuk bertolak balik. Tanpa menunggu sarapan di hotel kami terus gerak dan makan sarapan kat airport sahaja. Sempat ambik masa nak explore Changi Airport yang canggih itu. Seperti biasa hubby akan tuju kedai buku. Dan seperti biasa juga saya akan selit beberapa biji novel sebagai bacaan ringan. 

Makcik excited dengan Changi Airport....

PS: Semangat nak bawa balik ciri-ciri yang baik dari negara luar.

Jalan-jalan Singapore I

17 Oktober 2018
Saya belum pernah ke Singapura. Jadi bila hubby ajak teman, kita seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Kebetulan hubby punya all expenses paid maka kita hanya perlu bayar flight tiket saya sahaja. Kami gerak tengahari so tiba sana dah petang. First time jejak kaki kat Changi Airport... memang teruja. Keluar sahaja dari terminal terus exit ke area parking. Tak perlu semput-semput nak menapak. Patut la depa dapat title the best airport in the world.

Saya suka melihat pemandangan sepanjang perjalanan dari Changi Airport ke hotel. Paling teruja melihat pokok-pokok besar sepanjang jalan. Semua pokok dipangkas dengan kemas dan cantik. Walaupun kebanyakan pokok nampak tua tapi dahan-dahan seakan dijaga dengan baik agar tidak melempai dan menutupi tanda jalan. Perjalanan ke hotel mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja.

Kami menginap di Fullerton Hotel yang punya sejarah menarik. Walaupun tak minat sejarah tapi dapat jugak la sedikit info tentang sejarah penubuhan hotel ini. Memang menarik. Depa siap tayang dokumentari sebagai welcoming note dalam bilik hotel. Hiasan dalaman agak tradisional tapi lengkap dengan keperluan peribadi. Depa juga sediakan ensaiklopedia tentang sejarah penubuhan hotel kot-kot kita rajin nak baca.


Speaker, tablet dan handphone
HP tu siap dengan free internet untuk tetamu bawa keluar jenjalan.

Fresh fruit untuk tetamu

Depa siap letak cenderahati untuk saya dan hubby. Saya rasa cenderahati itu daripada pihak organiser. Bersebelahan kotak cenderahati tu ada bekas berisi botol ala-ala champagne siap dengan air batu dan dua biji gelas. Terkejut badak saya first time tengok benda-benda macam ni dalam bilik hotel.


Alhamdulillah depa ada sediakan sudut teh dan kopi yang menepati citarasa saya. Saya ni memang kaki teh. Pergi mana-mana pun pasti cari teh panas. 

Kita pilih teh sahaja.

Menjelang malam kami mula terasa lapar pulak. Seperti biasa kalau pi mana-mana pun kami tetap cari makanan yang kena dengan selera. Kalau dah tekak Melayu mesti nak makanan ala-ala Melayu jugak. So memalam buta kami keluar cari makan menyusur kawasan sungai. Dah lama saya tak keluar memalam kat kawasan tourist begini. Aduhai....sesak nafas dibuatnya. Alhamdulillah terjumpa sebuah kedai makanan India di celah-celah kawasan non-halal. So kita pekena roti nan dengan fish curry dan vegetable curry sahaja. Tak berani nak ambik yang lain sebab ragu-ragu dengan status halalnya. Harga? Kami bayar S$55 untuk dua keping roti nan, semangkuk kari ikan dan semangkuk kari sayur. Berbaloi? Entahlah. Dah namanya tourist area gamaknya gitulah harga yang harus dibayar. Tapi karinya marvelous. Alhamdulillah. 


Selepas dinner sempat lagi bersantai-santai di tepi sungai. Buang tebiat memalam buta di tempat orang. Diwaktu begini kalau kat rumah saya dah siap-siap masuk tidur dah.

Muka penat.....

18 Oktober 2018
Esoknya, program hubby bermula agak lambat. Jadi selepas sarapan sempatlah kami pi ronda-ronda sekitar kawasan hotel. Alhamdulillah hotel Fullerton ni berdekatan dengan Merlion Park. Kami hanya berjalan kaki menyusur sungai dan merentasi jambatan untuk sampai ke sana. 

Fullerton Hotel.

Merlion Park



Selepas shot beberapa foto kami singgah minum teh sambil melihat gelagat orang ramai. By tengahari kawasan ni dibanjiri pengunjung. Rata-rata tourist dari negara luar. 


Selepas membeli sedikit makanan untuk lunch kami balik hotel semula untuk berehat sebelum hubby join program selepas zohor. Semasa hubby berprogram tu saya sambung berehat dalam bilik hotel sahaja. Hajat nak sambung jalan-jalan sekitar hotel lagi tapi tetiba rasa penat pulak. Lagipun hujan mula turun renyai-renyai seakan menyatakan alangkah seronoknya kalau bergolek-golek dalam selimut atas katil. Maka kita akur sahaja dengan keadaan. 

Bila dah duduk sensorang takde apa kerja nak buat mulalah penyakit boring tu datang. Tetiba curious nak tahu bagaiman rupa bentuk air dalam botol semalam. Selepas terbiar semalaman, saya cuba kuatkan hati untuk melihat bagaimana rupa bentuk botol bertuah tu. Nervous juga nak pegang. Air batu pun dah mencair. Bila buka tengok rupa-rupanya hanya jus epal sahaja. Tapi sebab ianya sparkling, rupa airnya pun kelihatan seakan-akan 'benda' alah tu. Saya cuba jamah tapi sah-sah tidak menepati citarasa.... :(

Sparkling apple juice, non alchoholic.

Penutupnya guna gabus.

Tengok rupa penutup pun dah seram bulu roma. Masa memula buka penutup 'cork' tu pun dah meletup keluar asap bagai. Bila tuang dalam gelas tu pulak berbuih-buih. Tak sanggup nak minum takut tersalah niat. Sabo jelah....makcik ni orang kampung. Akhirnya kita duduk-duduk sahaja sambil bertafakur dan tertidur.

PS: Apa-apa pun, never judge a book by its cover.

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...