Wednesday, 31 October 2018

Jalan-jalan Hari Malaysia

Pagi tadi baru ada masa nak basuh dapur. Sambil melepaskan lelah sambil susun suratkhabar lama. Terselaklah pulak paper Sunday Star yang jatuh pada Hari Malaysia, 16 September baru-baru ni.



Lama pulak cerita jalan-jalan sempena cuti Hari Malaysia ni dok terperok dalam kepala. Reason? Ntahlah. Lately macam sibuk je ke sana ke sini sampai tak ada masa nak duduk menulis.

Kebetulan pagi tadi terbaca satu artikel tentang motivasi maka tergerak hati untuk menulis semula. Menurut artikel tu, setiap tindakan dan kelakuan kita adalah bergantung kepada force atau gesaan dalaman kita. Dia kategorikan kita kepada 3 golongan.

1. Menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku.
2. Menyalahkan keadaan sebagai penyebab sesuatu yang berlaku.
3. Menyalahkan diri sendiri. (Katanya ini adalah golongan terbaik sebab mereka mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang berlaku)

Maka saya blame diri sendiri sebab tak dapat susun masa dengan baik. 


Berbalik pada cerita jalan-jalan Hari Malaysia tu, cadangan asal nak melawat rumah Tan Sri P Ramlee. Beriya kami turun awal pagi tapi depa tutup pulak. Maka kami buat plan B, ke Balai Seni Negara. Dekat-dekat kawasan tu jugak sebenarnya. Kami tiba agak awal maka sempat la bersarapan di kafe dulu sementara menunggu waktu lawatan. Masuk percuma. 

Depa ada tiga tingkat bilik pameran. Saya masuk ke setiap ruang pameran. Malangnya saya tak pandai nak menghayati seni maka kita cuma tengok-tengok, angguk-angguk dan bersantai-santai sahaja. Cuba jugak menghayati apa yang tersirat dan tersurat tapi macam tak berapa kena dengan jiwa. Maka saya hanya ambil beberapa keping gambar karya-karya yang berkenan di hati sebagai kenangan.....

Susunan kayu (saya selalu susun kayu api masa kecik-kecik dulu)

Kereta mini

Arca logam


Malaysia terchenta.

Posing saja, tanpa memahami apa yang tersirat dan tersurat

???

Buaian logam....

Anatomi???

Seni Serawak

Bungkusan nasi lemak

Personal belongings seorang seniman. (lupa siapa)

Beriya ambik gambar nak buat kenangan tapi saya sendiri tahu apa yang nak dikenang. Yang pasti saya telah mengisi masa cuti dengan aktiviti yang baik. Itu yang mungkin akan saya kenang nanti...😃

Friday, 28 September 2018

Kereta oh kereta....

"Umi, Ein nak guna kereta mana ni? Interview kol sebelas." 

Awal minggu baru ni seharian saya dok setel pasal kereta sahaja. Tak sampai 2 minggu saya setelkan masalah clutch, Unser tu dah buat hal lagi. Kali ini tayar bocor pulak. Saya memang tak perasan sebab dah turunkan hak penjagaan mutlak kepada anak bujangku. Kata orang dah namanya lelaki tu lelakilah jugak. Mana nak boleh diharap menjaga harta setaraf kasih sayang umi. Tayar belakang passenger tu flat terus tak boleh nak diselamatkan lagi.


"Dah lama dah tayar tu asyik kempis. Ein isi angin banyak kali dah. Lepas tu dia kempis balik. Tetiba bunyi zass masa nak korner balik kerja Jumaat hari tu, Tapi Ein tak cek pun...." Hmmm... betullah tu. Typical anak jantan. Bukannya nak cakap awal-awal. Dah last minit takleh gi kerja Umi jugakkk nak kena setel.

Alhamdulillah bengkel kereta sepelaung sahaja dari rumah. So pepagi lagi dah pi tunggu kedai buka ambik mekanik datang rumah. Tak berani nak gerakkan kereta ke bengkel takut kang terbalik pulak masa mendaki bukit nak keluar taman perumahan ini. Dia siap bawa jack dan peralatan yang sepatutnya.


Tertusuk paku ntah datang dari mana...

Pecah dan bengkak teruk.

"Ein cuba kereta Saga lah....." Beberapa kali bujangku cuba hidupkan enjin tapi tak jalan.

Sebenarnya Saga tu pun bermasalah juga. Sejak minggu lepas tak boleh nak hidup. Walau dah tukar bateri baru masih tak boleh ignite. Terpaksa guna jumper baru boleh start enjin. Alang-alang adik mekanik tu dah datang, saya suruh dia tengokkan apa masalah sebenarnya cik Saga.

"Masalah wiring ni kak. Kami kena bawa balik bengkel untuk cek....."

So saya bagi je kunci suruh depa bawa balik Saga tu pi bengkel dan angkut sekali dengan tayar Unser yang dah rosak tu. Pasrah je tengok Saga tu berlalu pergi. Maka tinggallah Unser tu di rumah tanpa tayar sebelah.😅.


"Ein gi interview naik kereta Dayahlah." Kesian pulak tengok bujangku terkulat-kulat nak pergi interview kerja. Masa dah hampir jam 10.30 pagi. Appointment pukul 11 pagi. Alhamdulillah Hidayah takde planning nak guna kereta hari tu. So lepas interview kat Wangsa Maju boleh terus gi kerja kat Damansara. Intern belum habis lagi. Hari tu kira masuk kerja half-day sahaja.

By pukul 12.30 tengahari tiba-tiba dapat mesej dari bujangku.

"Umi kereta kena clamp...."
"Duit takde...."

Maka kelam-kabut lah umi yang pengasih penyayang ni bergegas pi tempat interview tu nak setel bayar saman parking dan buka clamp. Alhamdulillah ofisnya kat Wangsa Maju sahaja. Memang kawasan tu susah parking. Elok pulak dia pi parking kat tempat yang tak sepatutnya memang minta samanlah. Katanya interview sepatutnya sekejap sahaja tapi banyak pulak borak sebab boss tu peramah dan ada common ground. Apa nak dikata, dah salah sendiri maka tanggung jelah.

Kesalahan parking RM50 dan buka clamp RM50, total RM100.

By pukul satu tengahari saya dapat call daripada bengkel kereta pulak. Setelah diperiksa, banyak pulak benda-benda yang rosak. Katanya bukan setakat wayar bateri, segala jenis wayar dah berselirat dalam tu dah rosak. Entahlah... saya bukannya pandai bab kereta ni. Kalau depa nak kelentong pun saya bukannya boleh kata apa. Pasrah jelah dengan ketentuan diri yang yang tak bijak tentang enjin dan motor ni, walaupun masa dulu-dulu pernah ada cita-cita nak jadi engineer. Kalau ikutkan usia Saga ni memang dah layak dapat macam-macam masalah. Dah melepasi usia guna. Biasanya usia guna kenderaan cuma lima tahun sahaja. Kalau pandai jaga bolehlah mencapai usia sepuluh tahun. Saga tu dah over-use sebenarnya. Kesian pulak.

"Awak buatlah apa yang patut, asalkan Saga tu boleh digunakan." Pasrah je saya bagitahu adik mekanik tu. Saya serah je pada yang pakar. Ongkosnya claim ngan hubby...

By pukul 6 petang depa datang pulangkan kereta yang dah siap dibaiki serta tayar baru untuk Unser. Beriya-iya adik mekanik tu buka bonet depan dan bercerita tentang enjin dan penjagaannya. Sepatah haram saya tak paham. Saya angguk-angguk jelah. Jenuh jugak nak paksa neuron-neuron dalam kepala otak saya berhubung semula. Walaupun Fizik SPM saya dapat A tapi jenuh jugak la nak ingat balik apa yang dah belajar dulu.



Bateri baru


Unser bertayar baru.

Sabo je hubby keluar duit. Mudah-mudahan bertambah rezeki selepas ini.

PS: Maintain bini lagi murah dari maintain kereta...


Tuesday, 18 September 2018

Henfon pulak.....

Saya tak berapa mahir tentang gadget zaman moden ni. Walaupun dah lama pakai handphone dan laptop sendiri, yang saya tahu setiap kali nak guna semuanya tersedia. Biasanya anak-anaklah yang tukang set-up apa-apa apps yang umi nak dalam handphone atau laptop. Kalau timbul apa-apa masalah seru je nama nanti pandai lah depa godek-godek apa yang patut. Insya Allah lepas tu boleh guna semula.

"Skrin nak rosak ni Umi....." 

Pagi Sabtu baru ni nampak macam ada titik hitam kat bawah kiri skrin handphone saya. Saya cuba lap dengan kain tapi macam tak ada kesan. By lepas zohor saya dah nak gerak ke Everly Putrajaya teman hubby ada meeting kat sana, so saya abaikan sahaja apa yang bakal terjadi pada hp tu. Masa jalan-jalan sambil minum petang kat Alamanda tengok titik hitam kat hp tu dah merebak. Saya dah mula cuak. Tapi saya biarkan sahaja sebab tak sempat nak cari kedai repair hp. Lagipun katanya kalau nak repair kena tinggalkan hp tu sehari dua di situ. Jauh pulak nak ulang-alik nak pick-up nanti. Maka saya decide untuk tunggu balik KL esoknya. Maybe boleh pergi hantar kat mana-mana kedai-kedai kat Wangsa Walk.

The all time favourite, laksa Johor

By the time sampai KL esoknya, skrin hp tu nak makin kelam. Nak enter pin untuk unlock pun dah tak tau nak gagau kat mana. Nasib baik Amin terer bab menerka dalam kesamaran. Lepas dah unlock dia sambung wayar ke laptop untuk transfer apa-apa file yang penting. Sebenarnya tak ada apa yang penting pun dalam hp saya tu. Hanya gambar-gambar kenangan sahaja. 

Katanya skrin rosak mungkin sebab masuk air....

"Cuba tukar skrin lah... sayang hp mahal boleh guna lagi tu...." Hubby memang penuh dengan sifat pengasih dan penyayang.

"Mahal la tukar skrin. Baik beli hp baru...." kedua-dua bujangku sependapat dalam hal ini. Harga skrin Samsung ori RM780. Kalau tak ori RM460. Belum masuk upah. Tak sepadan dengan harga asal hp tu. Masa saya beli dulu harga hp tu cuma RM1200 sahaja. Tak sampai hati pulak nak keluar duit sebanyak itu semata-mata untuk tukar skrin sahaja. 

Akhirnya saya decide untuk beli saja hp baru dengan kos sekitar harga skrin. Bajet bawah RM1000 sahaja. Anak-anak cadangkan umi beli iphone. Tak tergamak pulak saya nak mengada-ngada pakai hp canggih-canggih. 

"Okay umi nak yang macamana?" Semangat bujangku nak teman umi shopping. Of courselah saya cuma nak simple. Dah nak masuk era warga emas ni saya cuma nak mudah-mudah sahaja. Canggih pun bukannya saya reti guna. Buat lawak je...😀

"Ok takyah Samsung. Kita cari yang made in China pulak. Best....Nanti Ein ajar cemana nak guna..." 


Maka pada hari Isnin, otw balik hantar Amin ke Shah Alam kami pi singgah kat DirectD Petaling Jaya. Rupanya kat situ dah habis stok. Paling dekat yang ada di Subang Jaya dan Publika. Kami pilih Publika sebab dah otw nak balik Amapng. Sebelum pergi depa dah ambik nama dan nombor talipon untuk reserve satu set. Kita cuma pergi dan ambik sahaja di Publika. Pertama kali saya jejak kaki kat Publika. Boleh tahan  juga sesatnya nak cari kedai. Kami parking kat basement so kena pandai nak naik lif yang betul. Silap masuk lif nanti timbul kat bangunan lain sebab area ni ada beberapa tower. Kedai DirectD ni kat block A tapi kami keluar lif kat block C. So terpaksa lah pusing balik. 

"Takpe umi.... kita cari pengalaman.." Bujangku suka je nak test power minda arkiteknya. Ke mana-mana pergi pun dia akan cari pro and cons pada setiap binaan bangunan yang ada. 

Sengih makcik dapat hp baru. 

Alhamdulillah setelah melalui beberapa liku kami selamat membawa pulang hp yang memenuhi spesifikasi umi. 

PS: Dah boleh faham kenapa remaja tak boleh duduk tanpa hp....

Saturday, 15 September 2018

Selamat Hari Merdeka yang ke 61, Malaysia...

Saya tak ingat bila last saya pi sambutan Hari Merdeka. Rasanya masa kat sekolah menengah dulu kot. Kami kena pi stadium ramai-ramai. Cikgu pesan suruh murid-murid yang terpilih semua pergi sebab nak kena penuhkan stadium sebab ada Sultan nak datang majlis perasmian. Masa tu saya tak faham pun apa erti kemerdekaan. In fact sekarang pun masih lagi kelabu asap. Masa tu rasa seronok tengok kawan-kawan dari sekolah lain yang datang ramai-ramai untuk sama-sama penuhkan stadium. Setiap sekolah kena sediakan satu bentuk binaan untuk diusung keliling stadium sambil berkawad. Apa ntah namanya, lupa dah. Saya memang betul-betul datang untuk duduk penuhkan stadium semata-mata. Tidak langsung terlibat dengan perbarisan dan penyediaan binaan tu. Sesungguhnya ambo bukan pelajar mithali. 

Pertama kali dalam sejarah tahun ini Persatuan Penduduk taman perumahan kami ada buat sambutan hari kemerdekaan. Alhamdulillah saya berpeluang turut serta memeriahkan majlis. Kebetulan hubby join sambutan hari kemerdekaan di Seremban maka saya wakilkan diri untuk hadir di majlis kat taman perumahan sendiri. 

Dengan jiran belakang rumah.

Majlis bermula jam 9 pagi dengan sarapan. Macam-macam juadah ada, all sponsored daripada lebihan kutipan untuk jamuan Eidul Fitri baru-baru ini. Lepas selesai makan semua pakat berdiri nyanyi lagu Negaraku dan Jalur Gemilang.



Selepas tu ada sesi penerangan tentang perkembangan terkini kawasan sekitar Ukay Perdana secara am. Disusuli pula dengan sesi soal-jawab isu-isu berkaitan taman perumahan kami. Saya hanya mendengar sahaja sambil berborak dengan rakan semeja. 



By pukul 11.30 pagi kami bersurai. Alhamdulillah sempatlah beramah mesra dengan beberapa jiran setaman. Selama ini masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Kalau berselisih jalan pun hanya sempat hai-hai bye-bye sahaja. Mudah-mudahan selepas ini dapat lebih mengenali jiran-jiran sekitar dengan lebih dekat.

Depa siap print out lirik untuk para hadirin.


PS: Masih mencari makna kemerdekaan.....

Friday, 14 September 2018

Clutch kereta rosak

Semasa rata-rata manusia menggunakan kereta automatik, saya masih lagi kekal dengan Unser manual. Kereta yang banyak berjasa kepada kami sekeluarga sejak dari Nina baby hingga dah masuk tingkatan empat, sejak saya kelam-kabut angkut anak-anak penuh kereta berperang pergi sekolah pagi-pagi hingga kini kosong tiada penumpang lagi. Sungguh... Unser itu banyak menghimpun kenangan pahit manis....

"Umi.... clutch dia macam tak naik la. Tak leh nak jalan....."

Haruslah clutch dan gear tu buat hal. Penat naik turun bukit. Sejak hubby belikan saya kereta BRV saya dah pass on Unser tu kepada bujangku untuk dia bawa ulang-alik pi kerja (Intern) kat Damansara. Dah namanya third hand, dapat kat bujang yang tengah galak pecut kereta pulak memang jahanamlah Unserku itu. Baru pakai tak sampai setahun dah timbul masalah. Sepanjang dalam jagaan saya Alhamdulillah tiada masalah besar yang timbul. Cuma masa awal-awal take over daripada hubby dulu saya terpaksa berbelanja untuk service dan make-over. Almaklumlah, manakan sama lady driver dengan male driver. Kita ni punya la berlemah lembut dan bersopan santun bawa kereta, nak tukar masuk gear pun sangat berhati-hati. Dapat kat depa main belasah je bawa sana-sini.

So terpaksalah panggil budak forman datang tengok. Alhamdulillah bengkel kereta sepelaung saja dari rumah. Dia datang bawa minyak clutch dan periksa keseluruhan paip dari tangki minyak clutch tu hingga ke pedal.

"Ada bocor ni....." Tangki minyak clutch tu memang dah kosong. Takde minyak.

Mula-mula dia tuang minyak clutch dalam tangki. Kecik je tangkinya. Sebesar cawan. Lepas tu suruh kita tekan clutch hingga rapat ke lantai dan pam beberapa kali. Bila minyak dah mula mengalir dan clutch dah agak loose baru boleh masuk gear.

"Saya bawa balik bengkel lah untuk tengok apa yang patut. Nanti apa-apa saya call balik.".

Setelah diperiksa dia call balik, memang betul ada kebocoran dan bagitahu details serta sebut harga. Bila kita dah setuju dengan harga tersebut baru depa repair apa yang patut. Lebih kurang 2 jam kat bengkel dia call balik kata kereta dah siap. Depa tunjuk apa yang rosak dan apa yang diganti. Bahagian tangki tu dah rosak dan bocor. Bahagian bawah (clutch pump) kat pedal tu pun dah rosak, spring (ke apa ntah) dah haus dan stuck tak boleh gerak. So depa tukar semua benda. Harga dua barang tu RM320, tambah upah RM80 dan minyak brek RM40. Semua sekali RM460. 


Redha jelah dengan depa yang repair  kereta kita. Saya dah biasa repair kereta kat bengkel ni. Setakat ini saya berpuas hati dengan servis yang diberi. Banyak je dengar ada bengkel kereta menipu pelanggan kata satu-satu benda tu rosak tapi sebenarnya masih elok. Tapi sebab kita tak mampu nak repair sendiri terpaksalah serahkan pada yang pakar. Mudah-mudahan kita terselamat dari tipu daya manusia yang suka menipu.

PS: Gaji intern RM500 sebulan, belanja tol ngan minyak kereta pun tak berapa nak lepas. Makan pun mak-ayah tanggung lagi... Mudah-mudahan lepas ni tak ada benda major nak kena tukar lagi.

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...