Friday, 20 June 2014

Hari-hari Hari Bapa

Ramai orang dok sambut Hari Bapa pada hari Ahad 15 Jun 2014 baru ni. Kami ni tak pernah buat apa-apa sambutan pun sempena hari bapa nih. Entah kenapa tahun ni tetiba tergerak hati nak buat something. Anak-anak pun excited semacam. Iman ngan Nina la yang semangat nak tunjuk kasih sayang kat ayah. Hmm....macam la depa je ada ayah. Saya yang dah lebih 40 tahun ada ayah ni pun tak beriya....:D
Layan je lah untuk kebaikan apa salahnya. Bulan lepas depa sambut hari ibu. Siap beli hadiah.
Glove dan apron nak suruh umi rajin masak....
Puas bincang apa nak beli akhirnya ini je lah...padahal!!!
Pakat tak sabar tunggu ayah potong black forest cheesecake....
Happy father's day hubby. Thank you for being a great father all this while..

P.S Hari-hari adalah hari yang istimewa...hmm

Wednesday, 18 June 2014

Singgang Ikan Tongkol

"Lengkuas banyak ni sedap juga buat masak singgang..." Tetiba je hubby buat cadangan. Lengkuas yang saya gali tempoh hari masih berlonggok kat dapur. 

Biasanya hubby jarang suggest apa-apa menu. Saya main masak je apa yang terlintas di kepala. Hubby cuma makan dengan rela hati atau telan je jika terpaksa....huhu. Lupa dah bila last time saya masak singgang. Agaknya dah bertahun yang lampau. Singgang tidak pernah menjadi menu masakan saya. So saya tak berapa pandai masak. Alhamdulillah saya pernah belajar masak singgang dari arwah mentua dulu. So boleh la memenuhi impian hubby hari ini.
Simple je bahan-bahannya.
Ikut arah jam: Ikan tongkol, hirisan lengkuas, asam gelugur, cili api, hirisan bawang putih, nnise, bendi.
Campak je semua bahan kecuali bendi dalam periuk. Tambah air hingga ikan tenggelam. Rebus hingga mendidih. Masukkan bendi. Tambah garam secukup rasa. Siap.

Nnise atau gula merah Kelantan adalah bahan wajib dalam masakan saya. Wajib tambah sebesar ibu jari dalam kari, gulai lemak, rendang, masak kurma atau apa saja masakan yang memerlukan rasa manis. Boleh juga ganti dengan gula melaka tapi rasanya tidak seenak nnise.
Nnise.. hanya di Kelantan.


P.S Ikan tongkol mesti segar dan bersaiz besar. Kalau tidak nanti kuahnya hanyir...hmm.




Thursday, 12 June 2014

Medical Check up pulak...

"Kat Hospital Ampang tak boleh buat Puan. Boleh cuba Klinik Kesihatan Ampang ataupun kat Cheras Baru.Yang paling bagus Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kat situ semua ada puan....." Bagus sungguh budi bahasa hamba Allah yang jawab talipon saya tu..

Lama juga saya dok menggoogle cari info pasal medical check up ni. Baru saya tahu rupa-rupanya kalau nak kerja dengan kerajaan kena buat medical check-up ngan klinik atau hospital kerajaan sahaja. Klinik atau hospital swasta tidak diterima. Memang pun. Kalau ikut borang medical check-up tu memang kena buat kat klinik/hospital kerajaan sahaja.

So saya pun call HKL.

"Puan cari bangunan kayu. Depan hospital bersalin. Dekat-dekat dengan masjid. Nama dia Wisma Kayu.. Tapi tak boleh siap dalam satu hari puan. Mungkin beberapa hari baru dapat result.." Hamba Allah yang ni pun bagus budi bahasanya.

So pepagi Isnin baru ni kami decide untuk pergi HKL. Hmm...kata je pagi. Pada hal kol 8.00 baru keluar rumah. Redah je walaupun tahu susahnya nak dapat parking. Tiga kali kami pusing dengan penuh harapan. Kereta penuh melimpah hingga ke luar kawasan hospital. Memang sah-sah satu kotak parking pun tak de yang kosong. Tengok manusia kat Wisma Kayu tu pun punya la ramai. Hmm.... Sabo je lah...:(

So terpaksa lah buat plan B pulak. Malas pulak nak ke Ampang atau Cheras Baru sebab masalah jalan jam sukar dijangka. So saya cuba call Klinik Kesihatan Keramat AU2.

"Kat sini tak ada X-Ray. Buat Medical check-up biasa boleh la. Kalau nak X-Ray kena datang ambik borang dulu lepas tu buat X-Ray kat HKL... " Hmm HKL lagi..

Akhirnya kami pi Klinik Kesihatan Keramat AU2. Cuba nasib. Masa tu dah dekat kol 11.30am. Alhamdulillah terus dapat parking. Orang pun tak ramai.

"Okay, boleh buat kat sini. Tapi hari Selasa, Rabu dan Khamis kol 2.00 ptg sahaja...." 
Kenapa la depa buat sistem yang pelik-pelik. Sungguh! Urusan begini memang memerlukan sifat sabar yang sangat tebal. Adoyai.

"Okay. Kita balik. Singgah beli lunch. Makan-makan dulu....." Hubby memang cool.

Hari Selasa kami pi jenjalan ke Shah Alam. Shopping-shopping. Makan-makan. Hari Rabu kami pi Nilai pulak. Hari Khamis hubby keje. Eh! Bilanya nak pi buat Medical check-up ni. Minggu depan dah buka sekolah.

"Tak payah kalut lah. Kita hantar borang acceptance dulu. Report Medical check-up boleh hantar masa report duty nanti..." Hubby maintain cool je.

Alhamdulillah masa hantar borang, pegawai tu sendiri cakap boleh buat check-up tu kat mana-mana hospital/klinik panel depa. Depa tau betapa lecehnya sistem yang depa sendiri buat tu. So depa bagi pilihan nak buat medical check-up tu kat mana-mana hospital. Kalau nak murah pi yang kerajaan. Kalau mampu apa salahnya guna yang swasta. At least jimat masa. Bak kata hubby, duit boleh dicari. Tapi masa menunggu yang terbuang tak dapat di cari ganti....

Akhirnya kami pi ke Damai Service Hospital, Melawati. Alhamdulillah, semua siap dalam masa 1 jam setengah je. Parking senang. Staf pun friendly. Bayaran pun tak mahal. Register RM5, X Ray RM30, Urine Test RM10, lain-lain RM25. Jumlah semua RM70. Ujian darah tak payah buat sebab kami dah tahu kumpulan/jenis darah.


P.S Sila bertanya walaupun semua perkara dah jelas tertulis. Tak yah nak skema sangat....

Tuesday, 10 June 2014

Projek Cuti Sekolah 2 : Samperit Nina

Dah lama saya tak buat kuih samperit. Dulu masa anak-anak masih kecil samperit dah jadi macam biskut wajib untuk hari raya. Sangat simple. Di hujung jari je..So sekarang nak perturun pada Nina pulak. Saya cuma tolong sukat je. Yang lain Nina buat. Guna acuan samperit beli kat Giant minggu lepas. Acuan ori saya dah lama jadi arwah sebab dah lama tak guna. Maklum la selama ni biskut pakai tunjuk je.. 
Hentam saja la labu.... 
Tak ada ceri merah, hijau pun jadi. 
Samperit in the making. 
Cubaan pertama...
Dah last-last jadi malas. Dia main tekan je keluar panjang-panjang. Suka hati la...yang penting sedap dimakan.

Seperti biasa saya hanya guna resepi yang simple.
1 cawan buttercup (separuh daripada yang saiz 250 gram tu)
1 cawan gula icing
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum.
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila.
ceri untuk hiasan.

Caranya:
Pukul butter ngan gula icing hingga kembang. Pakai senduk kayu je. Tak perlukan mixer pun.
Masukkan telur. Kacau lagi. Lepas tu masukkan esen vanila.
Dah sebati, masukkan semua jenis tepung. Kacau rata. Masukkan dalam acuan. Tekan sampai keluar bunganya. Hias dengan ceri.
Bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 10-15 minit.

P.S Lepas ni tak payah buat biskut tunjuk dah..

Monday, 9 June 2014

Kenduri kawen di Kelab Darul Ehsan

Sejak akhir-akhir ni hubby kerap juga menerima jemputan kahwin anak kawan-kawan atau rakan sekerja. Buat pulak kat club house, hotel atau ala-ala hotel. Saya cukup 'bercinta' kalau terpaksa menemani hubby pi kenduri kat tempat-tempat macam ni. Ada dress code dan protokol bagai. Tak boleh bawa anak sebab jemputan tu kata '..and spouse' saja. Sian anak-anakku kena tinggal. 

"Umi ni ...baju tu lah pakai gi kerja. Baju tu lah pakai gi jenjalan shopping. Baju tu juga ke nak pakai gi kenduri? Dah la malam-malam. Pakai la yang lip-lap lip-lap..."

Dah banyak kali dah saya kena leter ngan Iman. Dia ingat umi dia ni suka sangat ke berfesyenista, hijabista apa ke benda tu..Leceh betul nak kena fikir benda-benda remeh ni..

"At least pakai lah sedondon ngan ayah.." Adoyai...

Semalam ada jemputan kenduri di Kelab Darul Ehsan. Kami keluar awal sebab takut jalan jem. Kawasan Ampang ni memang dah biasa dengan masalah jalan jem. Kol 7.45pm dah keluar rumah. Alhamdulillah jalan okay pulak. Dalam kol 8.15pm dah sampai. Terus register kat pintu masuk.

"Table 2, Prof..."

Ni lagi satu hal. Depa dah tetapkan meja kita. So tak ada peluang la nak duduk dengan geng-geng yang kita kenal. Ada sorang dua je pun yang saya kenal. Yang lain semua muka-muka orang besar-besar. Rasa out of place betul.  Ikut nasib lah kena duduk kat spot mana atau dengan siapa. Tan Sri, Datuk-datuk...

Kemain… meja VIP

Meja pulak betul-betul depan pengantin..

Nak makan kena tunggu pengantin tiba dulu. Sepatutnya program mula kol 8.30pm. Tapi tunda kejap bagi menghormati azan Isya'. Kena tunggu habis acara tepung tawar dan merenjis pengantin. Lepas tu ada ucapan nasihat untuk pengantin pulak. Patut la hubby siap pesan suruh makan dulu sebelum datang. Kalau tidak boleh dapat gastrik. 


Suap pun kena sangat bersopan santun. Kena kontrol ayu. Sebabnya yang duduk semeja tu orang yang saya tak kenal. Hubby je kenal sebab sama-sama rakan sekerja. Kira hipokrit juga la. Sampai akhir baru saya tahu rupanya yang duduk kat sebelah saya tu Mak Datin. Beriya-iya bersembangyang I, you, I, you.. Adoyai...

Alhamdulillah program sangat teratur dan berjalan lancar. By kol 9.30pm dah mula makan. Tapi bercouse-couse la pulak. Lepas hidang nasi depa hantar desert pulak. Kuih manis. Bubur kacang. Buah-buah. 

Lepas selesai pengantin bersantap, ada acara potong kek pulak. Dah siap suap menyuap depa buat acara 'Table to table'. Pengantin akan pergi ke setiap meja tetamu untuk bersalam. Lepas tu baru tetamu boleh balik. 

Extra doorgift untuk VIP. Ferrero Rocher untuk anak-anakku yang kena tinggal.
Dah tinggal bekas je....

P.S Susah juga nak fikir pasal kenduri anak-anak nanti..hmm

Jogging @ KLCC Dan Kemas Kabinet Bawah Dapur

Dalam dua minggu ini perhatian saya banyak terarah kepada projek declutter dan menyusun semula barang-barang dalam rumah ini. Walaupun sibuk...