Monday, 20 January 2014

Pisang apakah?

Tahun lepas saya tanam beberapa pokok pisang. Tak ingat dah bila exactly masa tanam tu. Dalam bulan Mac kot. Sepatutnya ada pisang tanduk dan pisang serendah. Mengikut kata orang yang sedekah anak pokok tu lah. Saya mana la nak kenal pokok-pokok pisang ni. Alhamdulillah minggu lepas dah mengeluarkan hasil. Tapi tak nampak macam pisang tanduk atau pisang serendah pulak. Kata hubby rupa buah tu macam pisang raja. Hmm...pisang raja la pulak. Macamana rupa sebenar pun saya tak kenal. :(


Sebenarnya saya tak perasan pun pokok tu dah berbuah. Kesian pulak tengok tandan pisang tu macam kena himpit ngan tembok pagar saya. Nampak macam terbantut pulak. Selepas 2 minggu buah dia mula menguning. Sebiji dah kena tebuk tupai. So sebelum tupai tu buat kenduri hubby pun potong tandan pisang tu. Pokok tak tebang lagi. Saja nak tengok betul ke pisang tak berbuah dua kali...Heheh.. nak bereksperimen pulak.

Lepas potong saya letak je buah tu dalam besen. Kalau dulu-dulu saya tengok pakcik bungkus dengan surat khabar. Lepas tu letak bawah dapur. Kadang depa letak kabaid nak bagi cepat masak.


Saya biar je depa bergolek dalam besen. Open air. Lepas 2 hari dah nampak ada yang masak. 


Balik sekolah tadi Alhamdulillah banyak dah yang masak ranum. Hmm nak buat apa dengan pisang-pisang ni.

"Iman nak buat kek pisang."
"Ayah nak cekodok."
"Buat pengat..."

Hmm...okay. Haha.

Friday, 17 January 2014

Berbudi pada tanah.

Dah lama saya tak menjengok kebun. Sejak dari cuti akhir tahun lepas asyik sibuk benda lain je. Sian pokok-pokok tu. Alhamdulillah depa semua independen. Pandai jaga diri sendiri. Rasa bersalah pulak biar depa macam tu. So minggu lepas pi beli baja. Sehari suntuk saya duduk kat kebun membelek apa yang patut...:)

Limau kasturi mula galak berbuah.

Pokok cili baru belajar berbuah.

Daun kari.

Pandan.

Pokok pandan ni sangat aktif mengeluarkan daun. Dah merimbun sakan.Saya potong je daun-daun tu dan campak dalam lemari dan kabinet dapur bagi wangi.Nenek saya dulu  hiris halus-halus buat macam bunga rampai. Katanya baru lah dapat wangian natural...Heheh..zaman moden ni main campak je seketul-seketul. Lagi natural. Ampun ya nek!...cucunda kurang mewarisi kerajinan nenek...huhu.

Pokok limau purut baru nak mula segar.

Hari tu asyik kena makan dek ulat je. Lepas tu saya potong sampai tinggal batang je. Bubuh baja dan siram hari-hari. Nak sembur racun perosak tak sampai hati pulak. Biar je lah bagi rezeki kat ulat-ulat tu..Hmm.

Pudina.

Memang tahan lasak. Dah tinggal tunggul pun masih boleh bertunas semula. Sedap letak dalam air teh. Saya juga tanam pokok kunyit tapi menjadi favourite ulat pulak. Suka benar depa perabih daun kunyit saya ni. Kadang-kadang nak buat rendang, tengok-tengok dah tinggal batang je. 

Pokok kunyit.

Bunga telang.

Dah beberapa kali berbunga dan gugur. Ntah bila saya nak buat nasi kerabu ni. Hari tu beriya-iya cari pokok ni serata ceruk rantau. Bila dah ada depan mata tak sempat nak buat pulak... Asyik beralasan sahaja.


PS: Dah banyak bahan-bahan masakan ni sepatutnya tiada alasan untuk tidak masak.

Jogging jangan tak jogging !

Weekend lepas pi hantar Dayah buat projek kat Taman Rama-rama KL. Kebetulan depa kena buat projek pasal insects so terus je lah pi tempat yang dah tersedia informasinya. Macam la kat Kuantan tak ada bahan...
"Saja la orang nak gi buat kerja sambil jalan-jalan. Baru la enjoy..." Ye lah tu...
So pepagi..eh tak la pagi sangat, dalam kol 7.30 am je, kami pun bertolak lah. Hubby plan nak pi jogging kat Taman Tasik Perdana lepas drop Dayah. Berangan je lah.... Punya la ramai manusia. Jenuh pusing nak cari parking. Last-last kami pi pekena nasi lemak Tanglin. Hubby kata nasi lemak tu famous. Heheh...biasa la saya ni tak ikut perkembangan. Tak tau la pulak nasi lemak tu sangat famous..siap masuk TV, coverage bagai. Biasanya saya makan je nasi lemak apa-apa. Janji sedap...
Nasi lemak Tanglin. Lauk ayam goreng. 
Sedap. Tak pedas.
 Yang kat atas nasi tu sambal serai. Tu kot yang special nya.
Depa buka meja bawah pokok. So boleh makan sambil menikmati kehijauan alam. Pokok pulak besar-besar. Angin sepoi-sepoi bahasa. Rasa macam kat kampung. Teduh dan redup walaupun cuaca sangat panas. Konon nak pi bakar kalori. Bertambah-tambah kalori la pulak...adeh!
Depa extend tempat duduk keliling kedai. 
Rasanya depa masak kat tempat lain dan angkut makanan tu dengan van. Sebabnya tak nampak pulak dapur kat belakang kedai tu. Cuma ada port untuk buat air je.
Kat kawasan parking tu ada pulak gerai-gerai jualan. Macam-macam ada. So lepas makan boleh cuci mata. 

Hasil tangkapan lepas cuci mata. Beli kat gerai rumah anak yatim. 
Macam-macam pokok ada. Saya beli pokok inai dan cili juga. Tapi tak siap tanam lagi. Pokok bunga ros ni dah siap dengan pasunya. Dah berbunga cantik. 

"Jom pi jogging kat sana lagi.."
Hahah...lain macam je bunyi makna nya.

Monday, 23 December 2013

Jalan-jalan Jakarta Day 4

Ahad 15 Disember

Hari ni Hubby dah habes kerja. So boleh lah betul-betul jalan-jalan Jakarta. Pagi-pagi lagi kami dah siap. Kena bertolak awal takut traffic jam. Jarak antara Tangerang-Jakarta hanya 25km tapi kalau baik punya traffic jam boleh ambik masa hingga 5 jam perjalanan. 
Cantik pulak nampak bunga kat atas meja foyer ni..(tetiba)

Alhamdulillah kami hanya mengambil masa tak sampai 1 jam untuk tiba di pusat bandar Jakarta. Oleh kerana hari masih awal kami selamat daripada traffic jam. Uniknya kat Jakarta ni setiap hari Ahad adalah car-free day bagi pusat bandar Jakarta. Tapi sampai pukul 10 am saja. So dalam jangkamasa tu kereta hanya boleh lalu dan parking sampai kat satu had kawasan yang telah ditetapkan. Sesiapa yang melanggar peraturan ni boleh didenda sehingga 5 juta rupiah. Kalau nak masuk kawasan bandar hanya boleh berbasikal atau berjalan kaki sahaja. So boleh lah nak tengok berbagai rupa bentuk basikal. 

Kami hanya berjalan kaki ke pusat bandar. Ramai juga pelancung macam kami ni. So tak lah rasa peghak sangat. Kat tengah-tengah bandar tu depa buat round-about siap ada air pancut. Apa tah nama glamour kawasan ni. Dah lupa. Yang uniknya sekeliling kawasan air pancut tu ada manusia berposing macam patung. Macam-macam patung ada tapi kami berkenan kat sipocong ni. Kalau nak bergambar dengan mereka kena bayar dulu. Tapi seikhlas kita saja.
Nina muka cuak...

Macam kawasan KLCC pulak.

"Ambil foto buk, ambil foto buk..." Bising je mulut depa. Kalau nak bergambar bayar je seikhlas kita. Masukkan duit kat dalam tabung tin yang dia pegang tu.  Orang sebenar kat dalam costume tu kecik je. Kepala dia kat tengah dada yang ada lubang tu.  Depa tebuk lubang kat tengah dada tu supaya nampak keluar. 


Dah puas pusing-pusing kami menghala ke Monas. Monas=Monument Nasional. Orang sini suka ringkaskan nama-nama benda. Jauh juga nak jalan. Nak cari teksi tak ada sebab car-free day. Tapi ada Busway. Busway ni macam LRT juga cuma depa pakai bas. Asalnya kerajaan depa nak buat LRT macam kita tapi ada masalah teknikal depa hentikan projek tu. Tukar dengan bas. Sistem dia sama juga dengan LRT. Kena beratur beli tiket, nak masuk stesen kena ikut palang besi, ada pengumuman 'stesen berikutnya ...' dan sebagainya. Cuma naik bas lalu atas jalan raya.
Bahagian jalan kanan sekali tu ialah laluan untuk Busway. 
Pada hari Ahad sehingga pukul 10 am, laluan lain hanya untuk basikal dan pejalan kaki sahaja.

Peta jaringan Busway macam peta LRT jugak.
Berjalan lagi menuju ke Monas. Sepanjang jalan ke Monas ni macam lalu kat pasar tani pun ada. Macam pasar pagi pun ye juga. Macam fun-fare. Macam-macam ada.
Macam-macam depa buat untuk cari makan. Pak cik berbaju belang tu sedang menari kuda kepang. Kalau nak bersedekah boleh masukkan duit dalam bekas berkaki putih oren tu. Bagi je seikhlas hati.
Barang-barang jualan memang sangat murah. 
Monas= Monument Nasional.
Konsep dia macam KL Tower tapi hari tu depa tutup untuk renovation nak sambut tahun baru nanti.

Lepas tu jalan lagi ke Masjid Istiqlal pulak. Hubby dah lama berhajat nak ke Masjid ni. Masjid terbesar di Asia Tenggara. Akitek dia seorang Kristian Protestan, jadi tak hairan lah kalau tengok binaannya tidak seperti binaan masjid konvensional kat Malaysia. Nampak sangat moden dengan dinding dan lantai berlapis marmar.  
Di hadapan Masjid Istiqlal.
Dalam masjid ni sangat luas. Kubah besar kat atas tu diameternya berukuran 45 meter dengan 12 tiang besar. Sungguh mengagumkan, sangat besar dan penuh dengan ukiran yang unik.
Menara masjid .
Lantai dan dinding bersalut marmar.

Betul-betul bersebelahan masjid ni ada gereja besar juga. Asalnya kerajaan depa ingin menunjukkan amalan toleransi beragama dikalangan rakyat mereka. Hmmm.....

Selepas puas berjalan-jalan tu hajat nak pi Tanah Abang. Tapi depa kata tempat tu sangat sibuk dan serabut. Setakat nak cari telekung dan kain batik sikit-sikit malas pulak nak bersesak-sesak kat Tanah Abang tu. So kami pi Tamrin City saja. Mula-mula pi cari makan dulu. Dah penat berjalan tadi. Lagi pun dah lunch hours. So kami pun pi la cari tempat duduk. Tu dia aih..... tak sempat duduk menderu-deru datang orang bagi menu. Aduh, sampai naik pening nak pilih menu apa. Dah la tak berapa nak faham nama menu, nak kena bayangkan apa rasa dia pulak. Saya ni pulak jenis payah nak suka makanan pelik-pelik. Adoyai.....Last-last saya order nasi ngan ayam goreng cicah sambal je. Air jus markisa memang sedap.
Tu dia.....pilih pilih.

Lepas dah makan baru lah membeli apa yang patut. Beli ala kadar je sebab tidak berniat pun nak bershoping sakan. Sekadar jalan-jalan tengok tempat orang. 


PS: Insya Allah panjang umur ada rezeki kami akan kembali lagi.....




Wednesday, 18 December 2013

Jalan-jalan Jakarta Day 3

Sabtu 14 Disember
Hari ni Hubby buat training sehari penuh. Pukul 7.30am driver datang jemput dan hantar balik semula kol 5.00 petang. So seharian jugak la kami melepak kat bilik. Cuaca kat luar pulak mendung dan kadang-kadang gerimis. Saya pulak jenis penakut nak explore tempat-tempat yang tak biasa nih. Memang tak produktif langsung.

Walau bagaimana pun masih ada acara wajib untuk mengisi masa. Berenang,berenang, berenang..... Tapi tak boleh la buat macam kolam sendiri sebab hari Sabtu ada orang lain juga. Lepas dah penat berenang, perut lapar. Order room service pulak. Setiap hidangan nasi akan dapat segelas teh-o tanpa gula percuma. Dan menu nasi goreng dia memang sedap. Katanya, orang Indonesia memang terkenal dengan nasi goreng.
Nasi goreng Olive untuk Nina
Nasi goreng ikan masin saya punya.
Spageti carbonara Amin punya.
Cuaca mendung dan gerimis
Tengokkan cuaca kat luar tu memang tak de mood nak ke mana-mana.
"Jom...Ibu Atiqi ajak gi dinner." Laju je Hubby ajak keluar sebaik habis kerja hari tu. Laa... kena keluar juga ke?
"Dia orang ajak makan nasi padang."
Setiap pinggan nasi akan ada segelas teh-o suam tanpa gula. Memang dah jadi complimentary set.
Dah jadi adat restoran nasi padang juga, depa akan hidang semua menu yang ada dalam restoran. Berjenis-jenis masakan ikan, masakan ayam, masakan daging, ulam-ulam dan sambal. Semua depa sua depan kita.
Punya la banyak menu depa atur atas`meja. 
"Makan aja Madam. Mereka hanya caj apa yang diambil aja."
Memang pening tengok lauk-pauk bertambun atas meja tu. Last-last saya makan nasi dengan sup saja. Cuba juga cubit kepala ikan masak kari tu. Mak aih...pedas berdesing telinga. Memang pedas kaw-kaw. Yang lain semua macam tak sesuai dengan jiwa. Tapi air teh-o tanpa gula tu memang menarik. Tak tau pulak kenapa depa buat pakej setiap pinggan nasi mesti ada teh-o macam tu. Mungkin ada kesan pada kesihatan kot.
'Pesan dan Antar'. Delivery service pun ada....
Restoran Sederhana Masakan Padang. Rata-rata restoran nasi padang ada perkataan 'sederhana'. Kenapa tah depa panggil sederhana. 
Lepas ni nak kena baca banyak lagi pasal negara jiran ni. Jiran serumpun tapi macam berbeza budaya....Hmm

Jogging @ KLCC Dan Kemas Kabinet Bawah Dapur

Dalam dua minggu ini perhatian saya banyak terarah kepada projek declutter dan menyusun semula barang-barang dalam rumah ini. Walaupun sibuk...