Monday, 2 July 2012
Puding roti, laksa johor dan cili kisar. Apa kaitan?
Semenjak dua menjak ni saya selalu tengok2 resepi dalam tnet. Saja cari idea nak masak apa. Selalunya saya masak main campak2 je. Ikutlah apa nak jadi bergantung kepada tahap kerajinan saya. Biasanya tahap tu paras bawah minima lah. Saya jarang dok dapur melebihi satu jam. Kalau resepi tu meminta komitmen masa, saya akan ubahsuai supaya tidak menjejaskan tahap keikhlasan saya pula.
Pagi ni kebetulan cuti sempena hari kokurikulum semalam, saya ambik masa untuk kemas dapur sambil tengok2 apa yang boleh dimasak. Guna je apa bahan2 yang ada kat dapur tu. Malas nak keluar gi beli barang. Kebetulan pulak ada stok roti hotdog, saya buat la puding roti yang sangat simple, hopefully nice.
5 biji roti hotdog saya belah dua dan susun dalam dulang. Pakai roti apa pun tak kisah. 2 biji telur saya pukul bersama 3 sudu besar gula. (saya guna handmixer medium speed selama 30 saat je). Bila dah kembang saya masukkan 2 cawan susu segar ( susu apa2 pun boleh) Kacau2 dengan senduk lepas tu tuang atas susunan roti tadi. Biarkan dia meresap dan roti tu kembang kejap (dalam 1 minit). Lepas tu bakar dalam oven 180 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit (saya guna oven elektrik). Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan. Bila dah sejuk, masukkan dalam petisejuk. Sedap dimakan bersama ice-cream. Mudah kan, jumlah masa persediaan hanya 10 minit sahaja.
Sebelum tu saya buat laksa johor versi mudah juga (mohon maaf ya orang2 johor kalau resepi sebenarnya bukan macam ni). Saya rebus 2 keping isi ikan tenggiri segar bersama 5 ekor udang besar (dibuang kulit) dan sedikit isi kurau kering. Lepas tu saya blend sekali dengan air rebusan tu. Kemudian saya tumis 1 sudu besar cili kisar(*) yang dibancuh besama 1 sudu besar rempah kari. Bila rempah dah berbau wangi saya masukkan 1 hiris lengkuas dan 2 batang serai (semua ambik kat taman herba saya) Ewah.. taman herba!. Lepas tu masukkan hasil blender tadi, kacau2. Bila mendidih saya masukkan satu cawan santan pekat (yang dah siap kat kedai), 1 sudu besar kerisik (pun beli yang dah siap), garam mengikut rasa dan 1 keping asam keping. Biarkan mendidih lagi dan kuahnya pekat. Sambil menunggu kuah masak tu saya rebus spageti, buat sambal belacan, siang taugeh dan hiris timun, daun kesum dan bunga kantan. Semua ni pun saya buat dalam masa tak sampai 1 jam sebab semua bahan dah tersedia.
* Cili kisar tu memang sentiasa ada dalam peti ais saya. Biasanya saya akan beli cili kering 300 gram (Iman yang tukang potong dan buang biji) Lepas saya rebus hingga lembut, cuci dan toskan. 300 gram bawang merah dan 3 clove bawang putih (Iman tukang bukak kulit) dan 1 inci halia dibersihkan. Saya blend semua benda2 tu, masukkan dalam tupperware dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan selama 2 minggu. Saya tak suka gunakan cili boh yang jual kat kedai. Heheh.. dalam hal mencili nih saya memang wajib buat sendiri. Kira rajin la tu.....
Thursday, 26 April 2012
Alahai lamanku
Berpetang-petang saya mencabut pokok-pokok temucut (kemuncup) sekitar rumah saya. Meliar benar sejak akhir-akhir ni. Awal2 pindah sini dulu rasanya tak ada lah pokok temucut ni sesubur sekarang ni. Dah jadi rupa padang temucut pulak. Sebelum ni saya sibuk tebas lalang, habis lalang timbul temucut. Bila fikir-fikir balik, baik biar je lalang tu tumbuh. Dia tak kacau saya. Si temucut ni sangat menjengkelkan. Pantang lalu je, sibuk nak melekat kat kain.
Ada teori kata sebab saya upah pakcik bangla mesin rumput hari tu. Dia siap mesin segala pokok yang saya tanam. Habis anak pokok pulasan, pokok limau purut dan pokok katak puru saya tinggal tunggul. Sakit hati saya simpan sendiri. Sapa suruh saya pi upah dia. Patutnya saya bagi briefing dia dulu pokok mana yang kena potong. Anak-anak pokok saya tu pulak baru setinggi 2, 3 jengkal, bercampur aduk pulak dengan rumput dan lalang. Tak salah lah kalau dia tak perasan. Aduh..kesian saya.
Sekarang ni memang saya serabut nak membasmi pokok-pokok temucut ni. Dah google cara-cara dalam tnet ni tapi tak jumpa pulak. Malas dah nak suruh orang mesin rumput. Saya cabut sikit-sikit konon-konon sebagai exercise petang-petang. Tapi la ni asyik hujan pulak. Hmm.. makin subur laa temucut tu.
Monday, 19 March 2012
Tayar bengkak rupanya......
Friday, 16 March 2012
Susahnya berajal di negeri orang..
Thursday, 15 March 2012
Jagalah ia sebelum terlambat.

Hari Selasa hari tu pi hantar Unser untuk servis. Last time servis, depa rekomen buat major servis. Bila cek tadi rupa2nya bukan setakat major servis, banyak pulak parts yang kena ganti - brake disc, brake pad, mounting belts, aircond blower, repair leakage dan lain2 tah apa2 saya pun dah tak faham. Charge kos pulak bukan main lagi. Hubby pulak suruh ambik sume parts yang original and brand new sebab takut tak compatible ngan Unser tuh. Saya pulak mana reti dengan sume benda alah pasal kereta nih. Adusss…. Dengan berat hati terpaksalah ikut je apa yang terbaik. Dah la unser tu saya yang guna. Suka hati buat macam harta sendiri. Main redah je bawa sana-sini. Hubby kata cara pemanduan saya yang buatkan keta tu hancus. Redha je lah.
Pagi tadi pak cik Toyota tu call lagi, update harga kos yang makin meningkat setiap kali dia buka engine tu. Benda kecik2 pun dia kira. Setakat ni 2 bulan gaji saya pun tak mampu nak bayar. Hubby kata demi keselamatan isteri dan anak2 terchenta dia sanggup bayar berapa saja. Heheh… kasih diterima darling! Harap2 keta tu boleh siap sebelum habis cuti sekolah.
Berangan & Mengawal Gula Dalam Darah
Dulu saya selalu berangan bangun pagi je dah ada makanan atas meja. Paling tidak pun saya dikejutkan dengan bau semerbak dari dapur. Namun k...
-
Awal tahun baru-baru ini saya decide untuk tukar Astro box baru. Sebenarnya dah lama orang astro tu asyik call suruh saya tukar dekoder astr...
-
Diam tak diam dah lebih tiga tahun saya pindah ke rumah ni. Dalam masa tiga tahun tu dah masuk empat kali saya panggil plumber untuk repair...
-
"Kat Hospital Ampang tak boleh buat Puan. Boleh cuba Klinik Kesihatan Ampang ataupun kat Cheras Baru.Yang paling bagus Hospital Kuala ...