Friday, 19 July 2024

Henfon Raya (Aidil Adha)

Berkali-kali anak-anak dok komen tentang betapa dah lapuknya hp saya. Depa suruh tukar yang baru takut hp tu dah tak boleh keep-up dengan  technology terkini. Nak update pun dah tak berapa nak jalan. 

“Casing pun warna coklat…” Melampau sangat sampai casing yang clear sebelum ini dah bertukar warna.

So pada hari raya Aidil Adha baru-baru ini kami buat rombongan Cik Kiah ke kedai Samsung di The Curve, cari handphone sambil jalan-jalan santai dan makan-makan.

"Ambik yang elok sikit la… ayah bayar”. Walau saya hanya perlukan yang basic untuk kegunaan makcik vintage, kita sangat berbesar hati dan menerima dengan terbuka bila hubby nak belanja.

Kita pilih yang sederhana sahaja.

Saya pilih yang basic, lebih kurang yang sedia ada sesuai dengan aktiviti penggunaan seorang makcik. Depa bagi dua pilihan free gifts. Samada wireless earphone atau smart watch tanpa sebarang aksesori lain. Saya pilih smart watch. Kalau dulu depa bagi free charger plus wayar, earphone dan casing sekali.

Balik sahaja ke rumah bermulalah kerja-kerja anak no-4 untuk transfer semua file, apps dan data dari hp lama ke dalam hp baru. Kita duduk je diam-diam sambil menunggu pakar menyiapkan kerja. 

Depa bagi smart watch as free gift.

Malangnya, susah nak cari casing untuk hp baru ni. Apa lagi, kita shopee aje. Anak no-2 tolong orderkan, bukan satu tapi dua terus. Simpan buat stok katanya.

Casing hp saya hitam putih. Yang lain tu saja tambah order untuk dapatkan free shipping.

Terimakasih kepada hubby yang belanja hp untuk isteri terchenta. Hadiah raya katanya. Juga untuk anak-anak yang turut sama excited ‘memproses’ hp baru ummi, where we can find hapiness in all little things. Semoga Allah rahmati kita semua hingga ke akhirnya. Amiin. 🌹

{Cerita tentang Aidil Adha boleh baca di sini}?

Sekian.😊

Sunday, 14 July 2024

Bidai & Langsir belakang dapur

Lepas siap kerja-kerja membetulkan awning belakang rumah yang bocor baru-baru ini saya minta depa pasangkan bidai pulak. Saya beli bidai secara online. Of courselah anak no-2 dan no-4 yang menjadi orang tengahnya. Saya hanya share Shopee link, transfer duit dan tunggu sahaja bidai sampai depan rumah. Saya bayar upah pasang RM20 untuk satu bidai. Saya minta depa pasangkan bidai keliling porch tepi rumah sebanyak 6 keping. Total caj RM120. Reasonable jugak harganya sebab saya tak payah nak panjat naik turun tangga seperti sebelum ini.

Bidai bahagian porch tepi.

Kawasan bucu belakang dapur.

Untuk bahagian belakang dapur saya pakai kain langsir sahaja. Saya kutip langsir-langsir lama yang masih elok untuk kegunaan semula. Saya potong, modify dan jahit semula apa yang patut. Lepas tu saya sumbat dengan batang besi langsir yang lama dan sangkut dengan hook ‘S’ pada wayar mesh. Seperti biasa kita panjat naik turun tangga untuk kerja-kerja menyangkut langsir. Jenuh jugak nak menyiapkan kerja-kerja menyangkut ni sebab makcik semakin tua semakin gayat. Langsir dalam pelbagai bentuk dan warna pun tak jadi hal. Kita berjimat cermat selagi boleh. Yang penting dapat menjaga aurat dari pandangan luar. 

Langsir blackout untuk kawasan pintu keluar masuk dapur utama sementara langsir separuh untuk bahagian dapur memasak kedua.

Langsir kuning biasa untuk kawasan laundry dan menjemur pakaian.

Begitulah makcik menghabiskan masa di rumah. Apa sahaja yang boleh dibuat sendiri kita usahakan selagi terdaya. Apa-apa pun, sekiranya ada yang tak puas di mata dan di hati selepas ini, kita setelkan kemudian. Setakat ini kita berpada sahaja dengan apa yang ada. Semoga Allah merahmati kita semua. Amiin. 🌹

{Cerita bidai belakang dapur sebelum ini boleh baca di sini}.

Sekian.😊

Thursday, 11 July 2024

Mihun sup

Masa mengandung dahulu saya jarang mengidam benda pelik-pelik. Of course la ada fasa kita teringin nak makan sesuatu yang special. Tapi sejak kecil saya diajar untuk menahan keinginan sehingga betul-betul mampu, maka bila saya mengidam apa-apa pun seboleh mungkin saya cuba menahan diri dari menyusahkan orang lain. 

“Hang, kalau nak apa-apa, usaha sendiri. Jangan dok bergantung kat orang…” Itu pesan ayah yang saya pegang hingga kini. Dan entah kenapa baru-baru ini saya sangat teringin nak makan mihun sup Utara. Nak buat sendiri tak mampu (padahal malas sebenarnya), maka kita bersabar sahaja hingga ke suatu masa yang entah bila. Kebetulan minggu lepas saya menemani hubby ada urusan di Ayer8, Putrajaya maka saya bercadang untuk mencari mihun sup sambil me-time di tepi tasik sementara depa selesai berurusan. Tiba-tiba pulak anak no-4 bermurah hati datang all the way dari Nilai untuk menemani bonda, ditambah lagi dengan anak no-2 yang turut menyinggah lepas balik dari kerja di Kajang, maka kita raikan kemeriahan hidup bersama anak-anak, the more the merrier.

One for the memory sebelum hubby meneruskan urusan.

Port biasa bila ke Ayer8.

“Kita makan kat MyViets lah. Amin belanja.” Saya tak pasti anak no-4 ini ke yang belanja atau anak no-2 yang bayar. Apa-apa pun, pepandailah depa bincang adik-beradik. Yang penting, kita dapat duduk berborak anak-beranak bagai tiada hari esok sambil menghirup sup panas.

Pilihan saya: Chicken noodle soup with prawn and crab. 

Bersama anak no-4, menantu dan anak no-2. Orang dah kemas meja pun kita duduk berborak lagi.

Banyak isu yang diborakkan. Sedar tak sedar hari dah menghampiri waktu Maghrib. Oleh kerana kawasan Ayer8 ini berada dalam kawasan zon merah wabak denggi maka kami beransur balik ke rumah anak no-2 di Tamara Residense dan sambung berborak lagi sementara menunggu waktu untuk pulang ke rumah masing-masing.

Walaupun masih belum dapat menikmati mihun sup utara yang sebenar, tetaplah kita bersabar menunggu hingga tiba waktunya. Semoga kita sentiasa dibawah perliharaan Allah. Amiin.🌹

Sekian.😊

Wednesday, 10 July 2024

Boboi Nenek dah 2 tahun.

Pada 30hb Jun 2024 baru-baru ini, cucu boy nan seorang ini dah masuk usia dua tahun.

“Semua orang pakai warna hijau peach tau…”

Kali ini Mummy Boy buat sambutan di rumah sahaja. Dah alang-alang baru pindah rumah yang ada halaman untuk anak-anak berlari, maka kita gunakan semua ruang yang ada sebaik mungkin. Nenek datang bawa perut sahaja sebab semua makanan sudah disediakan plus sediakan tenaga secukupnya untuk melayan cucu. Sebelum potong kek, kita layan cucu main/mandi kolam yang disewa khas untuk sehari.

Tok Ayah semangat teman cucu swimming.

Birthday boy berkubang dulu sebelum acara potong kek.

Happy 2nd birthday, boy.

The proud Nenek and Tok ayah.

The merringue.

The cake.

Desserts.

Kenapa tak ada gambar family? Entahlah... semua orang sibuk bersembang hingga lupa. So kita simpan sahaja gambar-gambar candid(random) buat kenangan.





Cousins.

The proud Tok ayah.

The Mummy.

Alhamdulillah. Semoga baby boy membesar menjadi anak soleh, penyejuk mata mummy & daddy. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Tuesday, 9 July 2024

Coffee @Datum Jelatek

Dua minggu lepas saya menemani hubby buat kerja di Datum Jelatek. First time bawa laptop ke sini, saja nak merasa suasana di sini pulak. Kami duduk di kawasan terbuka di kedai kopi Jamaica Blue. Walaupun tempat terbuka, keadaan agak lengang dan hubby dapat buat kerja dengan selesa.

Coffee @Jamaica Blue.

Keadaan mall yang sangat tenang.

Tak banyak sangat kedai yang boleh dijelajah di sini dan saya boleh habiskan pusingan ke semua level dalam masa 10 minit sahaja. Ada kedai Mr Diy di tingkat 3 untuk saya cuci mata dan cuci poket sambil kill the time sementara menunggu hubby siapkan kerja. 

Usai buat kerja hubby ajak makan tengahari. Malas nak pergi jauh-jauh, kita singgah di Locca Cafe sahaja. Hubby ambik hot chocolate dan set nasi putih dengan asam pedas ikan tenggiri sementara saya pilih spagheti bolognese dan teh O ais limau.

Lunch @Locca Cafe. 

Apa cerita di meja kopi hari ini?

“Another port untuk buat kerja…” Dan hari ini saya datang lagi menemani hubby buat kerja. Lagi sekali kami duduk di tempat terbuka kedai kopi Jamaica Blue. Kali ini kami ambik sarapan sekali. Saya ambik pasta with meatball sementara hubby ambik breakfast set.

Sambil duduk-duduk kita buka novel, baca Quran, scroll fb, ig, tik tok. Sesekali saya akan bangun untuk jalan-jalan pusing mall. Seperti cerita dua minggu lepas, saya hanya cuci mata sambil exercise kaki bagi mencukupkan bilangan langkah harian.


Another round of coffee.

Sarapan untuk makcik & pakcik pencen.

Saya bukanlah penggemar kopi tegar dan sangat berhati-hati memilih menu kopi bagi mengelakkan caffein intolerance. Apa-apa pun, semoga Allah kurniakan yang terbaik untuk kita semua. Amiin.🌹

Sekian.😊

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...