Friday, 10 November 2023

Umrah 2023: Madinah~Aktiviti Bebas 1

Isnin, 23hb Oktober 2023

Usai sarapan hubby ajak jalan-jalan sekitar Masjid Nabawi. Kebetulan hari ini tiada aktiviti khusus maka kami ambik peluang melihat keindahan binaan masjid.

Kita sarapan dulu.

Dah lama saya berhajat untuk melihat proses buka 'payung' di masjid ini. Tapi sayang, hajat belum kesampaian sebab masa kami ke masjid semula, semua payung telah siap terbuka. 

"Takpe... kita cuba lagi esok."

So, hari ini kita nikmati keindahan suasana berpayung ini dahulu. Cuaca agak panas berbahang tapi bila berjalan di bawah payung ini terasa nyaman. Di beberapa tempat ada kumpulan halaqah dari pelbagai negara. Mungkin depa buat pengisian ilmu dan tazkeerah. Kami singgah duduk di tepi sekumpulan warga Indonesia sambil 'menumpang’ dengar ilmu yang disampaikan. Alhamdulillah semoga mereka mendapat pahala berganda asbab berkongsi ilmu di bumi barokah ini.



Kemain, bila hubby suruh posing bawah payung.

Singgah solat dhuha dalam masjid.

Usai menikmati keindahan Masjid Nabawi hubby ajak jalan-jalan di kawasan sekitarnya pula. Sangat banyak perubahan sejak enam tahun yang lepas. Kawasan yang sebelum ini ada tapak pasar, sudah di ratakan menjadi dataran dipenuhi burung merpati. Ramai yang menjaja makanan burung, SR5 satu paket. Kami sekadar lalu sahaja dan meneruskan perjalanan hingga ke hujung jalan belakang hotel. Banyak lagi pembinaan hotel(?) yang sedang dijalankan di kawasan luar masjid ini, mungkin untuk menampung bilangan jemaah yang semakin meningkat saban tahun.

Dataran 'merpati'

Hajat nak pusing-pusing hingga ke hujung jalan tapi keadaan agak berdebu dek construction.

Teruja melihat pokok yang baru ditanam sepanjang jalan.

Lepas dah penat berjalan, kami singgah Pasaraya Bin Dawood untuk mencari makanan buat kudapan di bilik hotel. Banyak jugak barang-barang yang berkenan di hati. Tapi kita istighfar dulu... datang sini bukan nak shopping tapi nak isi tabung pahala. So kita cuci mata sahaja sambil teruja melihat buah-buahan yang menggamit rindu negara terchenta.


Buah manggis, SR39 satu pack.

Rambutan SR29 satu pack.

"Ummi shopping apa?" Pertanyaan biasa dari anak-anak bila saya keluar jalan-jalan.

Tipu la kalau saya tak shopping apa-apa. Saya beli susu dan laban buat membasah tekak serta roti dan biskut buat kudapan di bilik hotel nanti.

Kita memang hantu susu.

Mudah-mudahan Allah kekalkan kesihatan yang baik untuk urusan seterusnya.

(Boleh baca cerita sebelum ini di sini.)

Sekian.😊

Thursday, 9 November 2023

Umrah 2023: Di bawah langit Madinah~ Raudhah

Ahad, 22 Oktober 2023

Hari ini Mutawwif dah set masa untuk program ziarah ke Raudhah. Slot jemaah lelaki pada pukul 11 pagi manakala slot wanita pada pukul 10 malam nanti. Semua slot kami dah buat booking melalui apps Nusuk sejak dari Malaysia lagi.

Seawal jam 10 pagi hubby dah berkumpul dengan jemaah lain di lobi hotel. Depa gerak dalam kumpulan bersama Ustaz (Mutawwif) dan dapat masuk ke Raudhah dengan aman damai. Paling penting hubby dapat solat Zohor berjemaah dalam Raudhah. Jealous?... Haruslah saya jealous dan berharap(doa) supaya perjalanan ziarah saya malam nanti dipermudahkan juga.

Tenang dan damai dalam Raudhah.

Sementara hubby pergi Raudhah saya duduk berehat di bilik hotel sahaja, niat untuk simpan tenaga untuk ke Raudhah malam nanti sambil mengikuti 'live' Tawaf dari Masjidil Haram di TV hotel. Setiap hari saya akan ambik peluang mengikuti live tawaf sebagai pemangkin semangat dalam diri. 

Live dari Masjidil Haram.

By pukul 9.00 malam hubby temankan saya turun ke lobi hotel untuk slot jemaah wanita pulak. 

Khusyu’ mendengar taklimat.

Usai taklimat daripada Mutawwif kami gerak dalam kumpulan bersama dua orang ustazah dari Indonesia. Seorang lead di hadapan dan seorang lagi control dari belakang. Awalnya kami beratur macam budak sekolah. Di pertengahan jalan semua orang mula berjalan dengan keluarga memasing. Memandangkan saya lone ranger, saya ambik kesempatan berjalan di sebelah ustazah. Alhamdulillah saya dapat mendengar penjelasan/huraian tentang Raudhah daripada ustazah dengan jelas. 

Beratur ke Raudhah.

Dah lama tidak merasa bergerak secara berdisiplin dalam kumpulan. So bila berjalan di sebelah Ustazah terasa macam back to school pulak. Seronok nak jadi murid yang baik dan berdisiplin. Kami berhenti di kawasan khas untuk memberi salam kepada Rasulullah dan berdoa mengikut bacaan doa ustazah. Boleh juga nak baca sendiri dari buku panduan doa atau baca je apa-apa doa sendiri. Mudah-mudahan Allah terima semua doa kita. Sambil tu boleh sampaikan salam yang dikirim oleh sahabat-sahabat dari Malaysia kepada Rasulullah. Nak sebut nama satu-satu pun boleh, nak buat secara pukal pun boleh. 

Kemudian kami beratur lagi mengikut laluan yang ditetapkan sambil bersedia dengan apps Nusuk dalam hp masing-masing. Keadaan agak teratur sehingga kami masuk ke dalam masjid, masih dalam barisan dan bersolat tahiyatul masjid dalan barisan yang sama. Lepas tu tunggu giliran untuk masuk ke Raudhah. 

Tetiba terasa nak mengira bilangan tiang dalam Raudhah. Ada banyak tiang sebenarnya tapi tiang yang penting ada enam batang. Di zaman Nabi, asalnya tiang itu daripada pelepah tamar sahaja. Over the time pihak berwajib dah upgrade hingga menjadi tiang marmar bersalut/hiasan emas. Dalam tu ada tiang Aisyah, tiang Taubat dan macam-macam lagi. (Boleh google je untuk info lanjut).

Last port untuk beratur menunggu giliran masuk. Raudhah terletak dalam kawasan berlampu itu.

Kami tidak menunggu lama. Sebelum pukul 11 malam kami dapat masuk ke Raudhah. Namun suasananya sukar diceritakan. Semua orang berebut dan bertolak untuk solat dan berdoa. Alhamdulillah dengan menjadi 'murid' yang baik dan taat mendengar kata Ustazah saya dapat solat sunat taubat, hajat dan sujud syukur di sebelah ustazah. Walaupun tempat sangat sesak dan sempit dan orang melangkah ketika saya sedang rukuk dan sujud, kita bertabah sahaja demi mendapatkan barokah dan doa mustajab dalam Raudhah. Pesan ustazah, semasa dalam Raudhah jangan terlepas walau sesaat untuk berdoa apa sahaja kerana semuanya Allah dengar. Dimakbulkan atau tidak, itu bukan masalah kita. Allah yang berhak menentukan segalanya. Yang penting kita terus berdoa. Usai solat saya berdiri tepi tiang bagi menghindari asakan dan tolak-menolak oleh jemaah yang sangat ramai sementara menunggu kawan-kawan dalam kumpulan menyelesaikan urusan mereka. 

Setiap orang diberi masa 10 minit sahaja untuk berada dalam Raudhah bagi memberi peluang kepada jemaah lain pulak.

Raudhah dalam bangunan berkubah hijau.

Alhamdulillah semua urusan selesai sebelum pukul 12 malam. Keluar sahaja dari Raudhah terasa suasana yang agak tenang, mungkin sebab dah lewat malam. Yang ada cuma pekerja(cleaner) yang masih sibuk membersihkan karpet dan lantai perkarangan masjid. Saya ambik peluang berjalan sendirian balik ke hotel dalam ketenangan malam. Selepas 'keserabutan' dalam Raudhah tadi terasa sangat damai menikmati langit malam di bumi barokah ini. Saya singgah minum air zam-zam yang cooling daripada water filter sebelum menuju ke hotel sambil ambik gambar buat kenangan.

Hotel Movenpick dari kejauhan.

Saya tiba di hotel sebelum pukul 12 malam untuk berehat bagi mengumpul tenaga untuk hari esok pula. Semoga Allah mudahkan.

Cerita sebelum ini

Sekian.😊

Wednesday, 8 November 2023

Umrah 2023: Jom ke Madinah dulu.

Sabtu, 21 Oktober 2023.

Usai solat Musafir kami terus gerak pada pukul 8 pagi dan tiba di KLIA dalam pukul 9 pagi dengan ditemani anak nombor 4 dan menantu. Sebelum ke lantai pelepasan kami singgah sarapan sandwic di O'Brien, KLIA Food Garden. Saya minum teh tarik buat pelepas rindu semasa di Tanah Suci nanti.

Beg dah siap beratur sejak semalam.

Usai sarapan kami ke Anjung Tinjau untuk taklimat dan serahan passport kemudian beratur untuk check in. Masing-masing kena check in sendiri di kaunter K. Agak lama jugak nak menunggu urusan check-in sebelum kami dapat berkumpul dengan anak-menantu, cucu-cucu dan besan yang datang untuk menghantar kami di airport.

Luggage dah siap tag.

Taklimat di Anjung Tinjau.

 Check-in di kaunter K.

Family yang datang meraikan permusafiran.

Selesai urusan check-in kami sempat makan ramai-ramai di McD KLIA (sebelum boikot). Lepas salam-salam pukul 12.15 tengahari kami bergerak turun ke pintu pelepasan untuk flight Saudi Air yang dijadualkan berlepas pada jam 1:30 petang. (Seperti biasa, tetiba pulak nak berdrama airmata)

Selepas scan passport dan cap jari kami terus ke pintu C3 untuk naik bas ke terminal. By pukul 12.45pm kami dah masuk untuk boarding.

Pukul 1:20 tengahari kapal terbang mula bergerak, dan entah kenapa hati saya mula rasa sebak. Baru nak layan emosi tetiba kapal terbang jadi pegun. Keadaan jadi senyap sunyi macam blackout, enjin kapal terbang pun berhenti dan keadaan dalam kapal terbang terasa berbahang tanpa hawa dingin. 5 minit kemudian Kapten buat pengumuman kata ada masalah power short dan kena push back to Gate 3 untuk repair. Pukul 1:30pm enjin dah boleh start, aircond on semula and will take off in 10-15 minutes. In the mean time depa hidang air oren dan kuih atas kesabaran menunggu. By pukul 2.30pm kami selamat berlepas dari KLIA dan di jangka tiba di Madinah pada pukul 6.15 petang.

Saya dapat tempat duduk tepi tingkap sebelah sayap kapal terbang. Alhamdulillah dapat tengok langit sebelum berlepas walaupun sudut pandang hanya separuh sahaja. Awalnya langit mendung. Lepas tu hujan. Suspense jugak bila nak terbang dalam hujan begitu. 

Awan mendung di luar jendela.

Sepatutnya berlepas pukul 1.30pm tapi lewat satu jam.

Tetiba hujan lebat masa nak berlepas.

Kami duduk di seat row untuk tiga orang tapi depa bagi kami duduk berdua sahaja. Alhamdulillah, keadaan menjadi lebih luas dan selesa. Sungguh, rezeki Allah datang dalam berbagai rupa. Selepas kapal terbang dah agak stabil saya ke bilik air untuk ambik wudhu dan bersolat jamak Zohor dan Asar (atas kerusi-tempat duduk) sebelum depa hidangkan makanan. Alhamdulillah saya makan dengan berselera. Lapar rupa-rupanya. Lepas tu saya hanya tidur, bangun, tidur, bangun sepanjang perjalanan. Sejam sebelum mendarat depa hidangkan pastri dan kek pulak.

Nasi putih dengan daging goreng kunyit.

Pastri, kek dan teh panas.

Sebaik sahaja memasuki  langit Madinah dah nampak lembayung senja dari tingkap kapal terbang. Entah kenapa saya suka melihat matahari yang jatuh perlahan-lahan, menjadi garisan dan hilang.

Lembayung senja dari jendela.

Detik-detik akhir cahaya matahari menjadi garisan dan menghilang.

Nampak lampu-lampu airport disebalik sayap kapal terbang.

Kami selamat mendarat di Airport Madinah pada pukul 6:15 malam waktu Madinah. Usai ambik beg, saya singgah di bilik air dulu sebelum terkejar-kejar naik bas yang dah lama menunggu untuk ke hotel.


Kami tiba di hotel Movenpick sebelum azan Isyak dan terus ke dewan makan untuk makan malam. Sambil makan, pihak TH Travel mengagihkan kunci bilik sambil menolong mana-mana jemaah yang perlukan simkad baru untuk kegunaan di Saudi. Saya tak perlukan simkad baru sebab dah beli Data Roaming dari Malaysia lagi.  Sebelum naik ke bilik hotel, kami serahkan passport kepada Mutawwif untuk disimpan di tempat selamat.

Nasi dengan rendang daging rasa Indon.

Usai urusan kami terus masuk bilik di tingkat 5 untuk membersihkan diri, solat jamak Maghrib Isyak kemudian berehat bagi mengumpul tenaga untuk hari-hari seterusnya. 

Tingkat 5.

Bilik yang selesa.

Sinki di bilik air.

Shower.

Pantry.

Pantry lengkap dengan peti ais, cooker dan sinki.

Kami tak bawa banyak barang dari Malaysia. Hubby dah limitkan satu luggage dan satu hand carry setiap seorang. So saya sumbat pakaian untuk 10 hari persalinan, keperluan peribadi serta dan ubat-ubatan yang perlu sahaja. Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan di dunia untuk kebaikan di akhirat nanti. 

Cerita sebelum ini.

Sekian.😊

Sesekali ke Halaman Rindu

Sekian lama tidak turun ke laman, hari ini kita jenguk-jenguk apa yang ada. Selain dari rumput-rampai yang menyemakkan keadaan, masih ada tanaman yang sudi mengeluarkan hasil walau lama terbiar tanpa belaian. Bukan sudah melupakan tapi bila prioriti telah berubah arah kita terpaksa mendahulukan yang dahulu.

Pokok bunga telang yang sentiasa ceria.

Mulberry.

Macam limau kasturi(?), tapi pokoknya besar dan berduri panjang.

Ciku yang telah matang.

Apa-apa pun bila keadaan kembali tenang, saya tetap akan turun lagi kerana di laman inilah tersimpannya segala rasa.

Sekian.😊

Tuesday, 7 November 2023

Umrah 2023: Beli Data Roaming, Download Apps Nusuk & Booking slot Raudhah dan Umrah

Sebaik sahaja dapat kelulusan visa entry ke Arab Saudi, saya terus search pasal Nusuk, apps untuk kegunaan semasa di Madinah dan Mekah nanti. Tapi first thing first harus kena make sure ada line internet masa kat sana. So kita search pulak macamana nak dapatkan line internet di sana. Ada beberapa cara yang Pakcik Google cadangkan. 

  • Beli sim card sebaik sahaja tiba di sana. (Pihak TH akan uruskan hal ini sebaik sahaja kita tiba di hotel Madinah). 
  • Beli pakej khas untuk Umrah dari Celcom (saya memang pakai line Celcom)
  • Buat buat roaming. 

Setelah habis study semua pilihan yang ada, saya pilih yang paling mudah untuk diri sendiri. Saya ambik Celcom Roaming Pass. Macamana nak subscribe? Oleh kerana saya memang guna Celcom Prepaid, maka kita search sahaja key word ‘subscribe roaming celcom prepaid’, lepas tu ikut sahaja arahan yang diberi.

Sebelum tu kita pastikan baki dalam handphone mencukupi (top-up dulu secukupnya). Saya pilih option 30-Day Unlimited Internet Pass, RM98 untuk sebulan. Cukuplah untuk kegunaan selama 10 hari di sana nanti.

Lama betul saya buat pilihan al maklumlah makcik ni tak berapa pandai bab-bab internet. Takut tersalah tekan lain pulak jadinya. So kita sangat berhati-hati dalam segala hal.

Bila dah setel bab memastikan ada line internet di sana barulah kita download dan register apps Nusuk. Seperti biasa, kita google sahaja. Yang penting, mesti ada nombor Visa dan nombor passport. Saya rujuk cara nak register di sini. Terimakasih kepada tuan punya posting asal, semoga Allah merahmati mereka dan mengurniakan sebaik-baik ganjaran kepada pihak Salsabila Aflah Tours & Travel. 

Seronok pulak jadi murid baru belajar benda-benda maya ini. Sebelum ini semua urusan maya ini saya serahkan kepada anak-anak, tapi bila semua dah terbang, terpaksalah kita jadi budak baru belajar semula. 

Sehari sebelum berlepas pihak TH suruh buat booking untuk masuk ke Raudhah dan Umrah melalui Apps Nusuk yang kita dah download hari tu. Depa bagi tarikh dan masa untuk jemaah pergi bersama dalam satu kumpulan. Kita hanya perlu ikut arahan dalam apps sahaja.

Apps Nusuk dah siap register atas nama kita.

Slot Raudhah booked.

Alhamdulillah selesai urusan pendaftaran dan kerja-kerja online. Mudah-mudahan Allah sentiasa kurniakan kesihatan minda dan badan yang cergas untuk urusan seterusnya.

Entry sebelum ini

Sekian.😊

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...