Thursday, 6 July 2023

Aidil Adha 2023... cara kita

Aidil Adha tahun ini jatuh pada hari Khamis 29 Jun 2023. Hari ini 6 Julai 2023. Bermakna baru seminggu yang lepas kita berhari raya tapi rasa macam dah lama berlalu. Tahun ini kami beraya di KL sahaja. Kebetulan anak sulung dah balik kampung suaminya sehari sebelum hari raya, yang nombor 2 pulak balik seorang diri sahaja sebab suaminya kena oncall dimalam raya, nombor 4 beraya di rumah mertua dan nombor 5 beraya nun jauh di perantauan. Tinggallah nombor 3 yang baru mendapat cahaya mata sambung berpantang di rumah. Meriahlah jugak dengan acara masak memasak dimalam raya dengan anak nombor 2 dan 3, seorang menantu dan cucu. 

Untuk menu raya, saya cuma masak kari daging, ayam masak merah serta acar nenas dipadankan dengan nasi minyak untuk juadah dihari raya. Semua lauk saya dah siapkan sejak malam raya. Pagi raya saya cuma masak nasi minyak dan buat acar sahaja. Tahun ini saya lari dari kebiasaan merendang dan mengukus nasi dagang dipagi raya. Alhamdulillah jimat masa dan tenaga yang tinggal tidak seberapa ini.

Ready nak gi solat raya, sementara anak nombor dua nak keluar menjemput suaminya habis oncall di hospital.

Usai solat raya kami menjamu selera ala kadar sahaja. Tiada siapa yang available nak setting meja hidangan raya, so kita berpada sahaja dengan apa yang ada. 

Gambar raya? Pun tak ada sebab semua orang tidak bersedia dalam masa serentak. Cukuplah sekadar shot-shot di sana sini buat kenangan dimasa akan datang.

Tok ayah excited nak beraya dengan cucu baru.

By zohor baru anak menantu nombor 4 pulang beraya memeriahkan suasana. Seperti biasa disebelah petang hari raya hubby akan bawa semua yang balik beraya keluar jenjalan, ambik angin dan makan-makan disekitar bandaraya. Kali ini kami ke The Linc, KL. Sambil tu haruslah merakam momen penting sebagai kenangan.

Us girls… as always, gedik-gedik syok sendiri.

One on serius mode.

Ngopi di petang Aidil Adha @ Ben’s The Linc. (Kopi belum sampai).

Flat white for makcik.

First time saya jejak kaki ke The Linc ini. Cantik rupanya tempat ini. Tapi macam hanya sesuai untuk orang have have. Bolehlah sekadar nak jalan-jalan cuci mata dan posing-posing ambik gambar. Supermarketnya sangat luas dengan open concepts. Barang pun banyak pilihan tapi agak pricey.

Suka tengok rimbunan pokok di sini.





Pameran lukisan.


Alhamdulillah, done Aidil Adha 2023. Walau tiada apa yang menarik tetap juga kita abadikan dalam blog sebagai kenangan. Kot-kot nanti terlupa ingatan bolehlah kita buat rujukan. Maklumlah setiap tahun ada sahaja benda yang hendak digaduhkan…nak masak apa, beraya kat mana, etc, etc. So, kalau ada catatan bolehlah kita jadikan hujah. Namun tahun ini sangat tenang… setenang air yang jangan disangka tak ada buaya. Gitulah kehidupan.

Sekian.😊

Wednesday, 5 July 2023

Majlis Aqiqah Cucunda Lily Humaira.

Lewat usia cucunda 12 hari, pihak keluarga besan saya melangsungkan majlis aqiqah dan potong jambul baby. Oleh kerana saya tak pasti bagaimana perjalanan aturcara majlis sebegitu, maka saya cuma mengikut sahaja segala perancangan yang telah disusun. Depa tempah seekor kambing (untuk baby perempuan) dan upah katering untuk masak menu aqiqah beserta juadah untuk menjamu tetamu dan kawan-kawan serta keluarga yang hadir.

Majlis aqiqah cucunda putri, Lily Humaira.

Tahnik oleh Imam Masjid Melawati.

Qasidah oleh anak-anak dari sekolah Tahfiz Melawati.

The proud nenek.

Nenek & Tok Ayah.

Toknda & Nenda, Nenek & Tok Ayah.

All the proud families.

Nenek ambik syarat main gunting-gunting.

Usai upacara tahnik dan selawat, semua tetamu berdiri dalam bulatan. Kemudian baby dibawa keliling sambil didukung oleh ayahnya untuk upacara gunting rambut. Saya tak pasti apa yang dibaca semasa bayi digunting rambutnya. Saya cuma berselawat dan berdoa agar baby dikurniakan kebaikan di dunia dan akhirat sambil menggunting rambut sebanyak 3 kali. 

Before.

After. 🥰

Alhamdulillah majlis aqiqah berjalan dengan lancar. Walau cucu dah masuk 4 orang inilah kali pertama saya menghadiri majlis cukur jambul baby dari awal sampai akhir secara dekat. Sebelum ini semua jambul anak-anak dicukur oleh ayahnya. Mengimbau kenangan lama, semua rambut anak-anak saya dicukur oleh hubby pada hari ketujuh kelahiran. Dengan tangan mengigil pun hubby gagahi jua mencukur rambut anak-anak terchenta. Tiada majlis dan tiada sanak saudara, hanya ada saya dan hubby suka hati syok sendiri menggayakan hasil cukuran. Majlis aqiqah pula diadakan kemudian bila dah cukup mampu. Alhamdulillah all well ends well.

Sekian.😊

Tuesday, 4 July 2023

Cuti Aidil Adha 2023… JJCM @ Kota Bharu.

“Jom beli tiket balik Kelantan…” 

Untuk raya Aidil Adha tahun ini saya tidak bercadang untuk ke mana-mana. Tapi kebetulan dapat jemputan kenduri kawen anak sepupu maka hubby pun terus buat planning balik kampung sambil jalan-jalan cari makan. Bermula dengan sarapan membawa ke makan malam semua dah siap dalam perancangan sebelum kami gerak balik lagi. Semua pilihan tempat makan berkisar dalam bandar Kota Bharu sahaja. Walau banyak jugak kedai yang masih tutup dek cuti hari raya, kita berpada dengan apa yang ada.

Sabtu, 1 Julai 2023

Kami gerak dari rumah dalam pukul 8:00 pagi dan tiba di KLIA2 pukul 9:10 pagi untuk flight pukul 11:00 pagi ke Kota Bharu. Tiba sahaja di KLIA2 bermulalah detik “Ummi tak payah masak…”

Sarapan @ O'Briens KLIA2

Kami tiba di airport Pengkalan Chepa pada pukul 12.00 tengahari dan terus ke rumah sepupu hubby di Kg China untuk makan tengahari. Depa hidang nasi dagang tapi segan pulak saya nak ambik gambar beriya-iya. So kita nikmati hidangan sambil berborak sahaja. Kemudian kami check-in The Grand Renai Hotel dan berehat sebentar sebelum keluar untuk cari dinner pulak.

Dinner @ Nasi Lemak Kopi O, Jalan Yahya Petra, KB.

Depa ada sediakan makanan bungkus untuk take away juga. 

Ahad, 2 Julai 2023

Kami turun untuk sarapan di hotel sahaja. Banyak juadah yang depa sediakan. So kita cuba sahaja memana menu yang berkenan di hati.

Kacang pool yang enak.

Laksa Kelantan, kuah manis tapi sedikit hanyir.

Yummy salad. 

Lunch @ Restoran Kubang Kerian.

Ngopi @ Naskeen Coffee, Pasir Tumbuh.

Dinner ike bekok @ D’Klasik White Coffee, Cherang, Kota Bharu.

Isnin, 3 Julai 2023

Pepagi lagi kami dah keluar cari sarapan nasi kerabu di Lieniey Nasi Kerabu Tumis yang terletak di Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu. Sebagaimana yang diviral, nasi kerabu kambing bakar memang sangat awesome, juicy dan manis. Tambah pulak ngan air teh beng...fuh memang boleh potong kaki.

Sarapan@ Lieniey Nasi Kerabu Tumis.

Teh beng.

Lunch kenduri kawen @ Wakaf Bharu.

Sup shark fin, homemade by sepupu hubby.

By petang kami lajak ke jajahan daerah Bachok mencari kopi viral anak-anak muda di kafe Hattori Coffee. Depa bukak dari pukul 4 petang hingga pukul 11 malam sahaja. So usai makan kenduri disebelah tengahari kami balik berehat di hotel dahulu. By pukul 4 petang baru kami gerak ke sana mengambil kira keadaan jalan jam yang bermula pada pukul 5 petang. Kami tiba di sana dalam pukul 4.30 petang. Pengunjung masih belum ramai so kami dapat tempat yang agak strategik untuk melihat keindahan alam. 


Gajet yang berbunyi bila pesanan makanan dah siap for pick-up.

Keropok lekor RM7 sebekas.

Toffeenut Latte with cream @ Hattori Coffee.

Lepas mengopi kita ambik angin tepi pantai sambil berangan indahnya hidup tanpa commitment persis laut lepas.

Bersama angin bayu petang...

Lepas dah isi minda dengan berangan saya dah penat nak isi perut lagi. Kami tidak bercadang untuk keluar dinner di mana-mana so kami cuma singgah beli maggi cup dan lain-lain makanan ringan sahaja buat stand-by in case lapar malam-malam.

Dinner maggi cup sahaja. 

Selasa, 4 Julai 2023

Masuk hari keempat, Hubby dah penat (baca:muak) nak makan sarapan di hotel so pepagi lagi kami dah keluar cari makanan dan balik makan di hotel. Hubby beli nasi berlauk sementara saya went for nasi lemak sambal tumis ikan bilis dan kerang tapi malangnya tidak menepati selera. Saya hanya dapat habiskan satu perempat bahagian sahaja. Selainnya saya serahkan kepada tong sampah. Usai makan, kami terus check-out dari hotel. Flight balik KL dijadualkan pada pukul 12.30 tengahari tapi delay pulak. Apa lagi… kita sambung makan di airport pulak sambil isi masa menunggu flight delay. By the time tiba KLIA2 kami lapar semula. So kita makan lagi.

Early lunch @ Airport Kota Bharu.

Late lunch @ Food Arcade, KLIA2.

Jom balik rumah. 

Begitulah cerita jalan-jalan cari makan kami. Tak sabar nak back to normal, makan ala kadar semula. Tak tahulah dah berapa juta kalori yang dah masuk dalam perut saya selama empat hari berada di bumi Serambi Mekah ini. Ditambah lagi dengan minuman paling manis. Sungguh seram bila memikirkan entah bila semua itu nak flush out. Mudah-mudahan semua kalori/kolestrol jahat yang bawak penyakit tu sudi berpisah dari jasad tanpa membawa sekali kesihatan saya.😌

Sekian.😊

Monday, 3 July 2023

Kenduri @ Lantai Kesidang, Wakaf Bharu,

Dah lama tak balik bercuti di Kelantan. Kebetulan dapat jemputan kenduri kahwin anak sepupu, so kita gandakan cuti sempena Aidil Adha.

Depa buat majlis di Lantai Kesidang, Desa Sri Putra, Wakaf Bharu. Oleh kerana saya dah pekena nasi kerabu special masa sarapan pagi, kenyangnya membawa hingga ketengahari. So masa kenduri kita ambik makanan sikit-sikit sahaja buat syarat. Selebihnya kita ambik peluang beramah mesra dengan saudara mara.

Parents of the bride.

Selamat pengantin baru.

Ambik nasi dan lauk sikit-sikit je buat syarat.

Sup shark fin homemade yang super yummy, saya peghabih dua mangkuk.

One with mak pengantin cum sepupu hubby paling rapat.

Masjid Wakaf Bharu yang cantik di bawah langit terang.

Alhamdulillah.

Sekian.😊

Sarapan @ Lieniey Nasi Kerabu Tumis, KB

Masa cari/survey sarapan di Kota Bharu, ramai yang suggest Lieniey Nasi Kerabu Tumis. Katanya kambing bakarnya the best ever in town. 

So pagi ini kami tak ambik sarapan di hotel. Sebaliknya kami terus cari sarapan di luar. Restoran ni terletak di tepi Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu. Ikut waze, jaraknya hanya 9 minit drive dari hotel Grand Renai. Kami turun pukul 8.30 pagi dan sampai sana dalam masa 10 minit. Walau orang beratur agak ramai tapi semua mengikut flow yang sistematik. Depa ada laluan untuk take away dan lagi satu laluan untuk dine-in tapi semua orang kena beratur untuk ambik makanan. Servis pun laju. Sebelum pukul 9 pagi makanan kami dah terhidang atas meja.

Nasi kerabu kambing bakar plus solok lada.

Teh beng RM3.

Alhamdulillah kenyang sarapan untuk hari ini. Harga cuma RM20 untuk 2 orang makan. Lain kali boleh datang lagi.

Sekian. 😊

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...